NAMAKU SIMPUL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...


TAK TAHULAH kucing siapa? Ia datang ke rumah saya sejak minggu lepas. Masa tu saya sedang menggantung baju di ampaian. Kelam-kabut En Rizar buka pintu belakang bila terdengar suara kucing mengiau. Yaya ikut terlonjak-lonjak kesukaan. Tanpa segan silu ia masuk dan menggesel-gesel macam kita ni tuan dia. Yaya terus berlari mengambil kotak 'whiskas' yang memang sedia ada (walaupun kami sebenarnya tak membela kucing). En Rizar tuang dalam pinggan makanan kucing. Dia cium-cium jer, tak laku pun.


"Kita tak ada ikan, kesian dia.. mesti lapar. Bagi whiskas tak makan lak tu.. kucing siapa ni?" Saya cuma pandang, masih budak-budak lagi kucing ni. Tak berani nak pegang, sebab saya agak sensitif dengan bulu kucing lagi-lagi kalau kucing yang datangnya entah dari mana-mana.


Suami saya menggeleng tidak ada jawapan. Kucing itu dicium-ciumnya. Dia memang gila kucing. Tak kiralah kucing dari mana, mesti nak angkat dan cium.. eiiii. Tapi kalau kucing tu ada kurap biasanya dia pandang dan bagi makan jer (kalau masa tu ada makanan).


Setelah bermain-main sekejap, kami melepaskan kucing itu keluar. Cepat-cepat ia masuk balik. Main-main sekejap, hantar balik keluar, susah betul nak keluarkan, tak sampai hati. Tapi hantar juga keluar sebab ia tak mahu makan.


Esoknya ia datang lagi. Kali ni dilehernya terikat riben hijau tua bersisi emas. Mesti kucing orang ni. Saya tambah lagi satu riben, warna hijau juga tapi hijau muda. Ia masih tak mahu makan whiskas, cuma minum air saja. Setelah puas melayan keletahnya kami hantar ia semula keluar.


Hari berikutnya ia datang dengan leher yang kosong. ??? Kebetulan hari Sabtu, saya masak gulai asam pedas ikan aji dengan talapia goreng berlado. Rezeki si comel. Tapi sebelum tu, kami cuba lagi ajar ia makan whiskas. Dia makan sedikit, dah pandai nampaknya. Lepas tu ia makan berselang-seli. Sekejap whiskas, sekejap nasi lauk ikan aji. Berselera sungguh, sukanya kami. Lepas tu terbaring lena macam baru lepas angkat kayu balak.. kelakar sungguhla.


Macam-macam nama Yaya nak bagi. Comellah.. Manjalah... Saya cakap tu semua nama dah biasa, dah boring. Saya perhatikan ekornya tu tersimpul. Nampak 'tut'nya.. hehe.


"Babah, apa kata.. bonda bagi ia nama Simpul?"


En Rizar setuju. Yaya yang pada mulanya tak setuju terpaksa setuju sebab saya kata kalau tak setuju maknanya si budak kucing ni tak boleh lagi datang ke rumah. Lepas tu Yaya sibuk pulak nak namakannya Dak Cing. En Rizar kata Simpul Dak Cing. Ahhhhhhhh... tak kira, saya nak panggil Simpul juga. Simpul..... oh... Simpul...



(tengok ekornya tu tersimpulkan..)
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sariyusa...bila tgk kucing ni teringat sgt2 kat kucing saya (kucing sy kaler tompok2,jojo namanya..)..dah seminggu dia x blk umah..sedih sgt sb saya bela dia sejak kecik lg,sblm anak pertama lahir..skrg my son dah 8 thn..bayangkan dah berapa lama sy jaga dia..dia kluar rmh pun sb hubby sy marahkan dia..(insiden terberak kat dapur)..perasaan sedih sy hanya Allah saja yg tahu..kucing ni bkn saja penambah rezeki kita..bahkan blh buatkan kita gembira..saya sendiri,kalau tensen,sedih..pegang & usap kucing saya jojo..pun dah blh legakan saya..skrg,hanya doa saja harap2 sgt agar dia blk semula dgn selamat..rindu sgt kat dia..

    ReplyDelete
  2. simpul...ok la tuh....kucing kampung mang tk pandang whiskas ni...cam tekak org kampong...mane masuk mkn2 org western kan...hahaha

    ReplyDelete
  3. Lina, supaya Jojo akan hilang rajuknya dan akan pulang nanti. Saya pun pernah jugak alami kehilangan kucing ni, ,acam meroyan sedihnya tu..

    Mamarempit, ialah mama... tekak kucing kampung gaknya, haha. Tapi hari ni kita bagi udang, suka sangat dia makan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!