KALAU SUDAH TAKDIRNYA.. episod akhir

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM...

MARI kita sambung cerita yang tergantung semalam..

Jadi, apabila meihat keadaan bapanya begitu, Jah seperti dapat merasakan bapanya akan pergi. Jah tak cerita pula kalau bapanya memang ada sakit jantung, tapi kesimpulannya kalau mereka ada bekalan ubat sakit jantung, saya rasa mungkin bapa Jah memang ada penyakit itu, cuma tak kronik sahaja dan lagi keadaannya sebelum itu amatlah baik.

Jah kata, walaupun jauh di sudut hatinya berasa amat takut, ditambah pula dengan keadaannya yang mengandung, Jah kuatkan semangat.

"Bapak, pak... mengucap ya pak..."

"Asyahaduallah ilahaillallah... Wa'asyhaduanna Muhammadar Rasulullah.....", ajar Jah.

Bapa Jah mengikut Jah mengucap, Allah... Allah.. Allah.... dan terus terkulai tersandar di kerusi bas.

Jah takut. Dia tahu bapanya dah tak ada, tapi dia tak berani bersuara tambahan ada emaknya di sebelah. Jah tak mahu emaknya terperanjat. Jah takut sesuatu yang lebih buruk berlaku pada emaknya. Sementara itu suasana dalam bas agak sayu, ramai jemaah yang terdiam melihat keadaan bapa Jah. Tapi semua tak berani bersuara menyatakan bapa Jah dah tiada, mungkin mereka juga macam Jah, berbicara dalam hati sahaja.

Mutawwif yang membawa mereka berbincang dengan pemandu bas dan jemaah yang lain. Semuanya bersetuju supaya mereka terus membawa jenazah bapa Jah ke hospital. Tak perlulah menunggu ambulan. Nanti selepas menghantar jenazah, mereka boleh terus menunaikan ihram di Mekah.

"Mak, kita pergi hospital dulu hantar bapa ya mak," Jah ni memang lemah lembut orangnya. Dia tak berkata apa-apa tentang bapa kepada emaknya. Emah Jah masa tu fikir bapa Jah cuma pengsan sahaja.

Jenazah bapa Jah dibaringkan di kerusi belakang bas. Salihin memangku kepala bapa mertuanya manakala emak Jah memangku kaki suaminya. Jah sendiri duduk beralaskan kertas di lantai bas mengadap perut jenazah sambil membacakan surah Yassin sehinggalah mereka tiba di hospital. Mereka turun di sana sementara jemaah yang lain meneruskan perjalanan ke Mekah.

Di hospital, tahulah emak Jah bahawa suaminya telah pergi mengadap Ilahi. Tapi kata Jah, emaknya tenang sahaja. Langsung tidak menangis, seperti redha dengan ujian Allah yang amat berat kali ini. Begitu juga dengan Jah dan Salihin. Sedih tu memanglah sedih, kata Jah, tapi perasaan sedih tu macam sukar nak dibayangkanlah.

Jadi, beberapa doktor dan pegawai bertugas telah membuat siasatan kepada Jah dan Salihin tentang keadaan bapa Jah sebelum meninggal tu. Jadi, Jah pun menceritakan dari mula bapanya berbaju kurung dan menukar pakaian ihram tersebut hinggalah arwah meninggal dunia. Jah pun pada mulanya tak faham juga, kenapa berulang-ulang mereka meminta Jah dan Salihin mengesahkan keadaan tersebut. Takkanlah tak faham-faham atau tak percaya. Rupa-rupanya tujuan mereka ialah untuk mengesahkan bahawa bapa Jah meninggal dunia dalam keadaan sudah berniat ihram.

Satu perkara yang Jah, Salihin dan emaknya tak tahu, saya pun tak tahu sebenarnya... apabila seseorang itu meninggal dunia dalam ibadah ihram atau sekurang-kurangnya telah berniat ihram, jenazahnya tidak akan dikafankan. Maka pegawai yang bertugas itu telah mencatatkan dalam laporan kematian bahawa jenazah meninggal dunia dalam keadaan ihram dan pihak-pihak yang menguruskan jenazah akan sedia maklum, maka jenazah tidak akan dikafankan.

Pada mulanya, Jah fikir dia tiga beranak tak dapat lagi berjumpa dengan jenazah bapanya. Maklumlah, cerita-cerita orang kalau meninggal di sana, memang tak dapat berjumpa lagi kan. Tapi sebaliknya, Salihin dapat melihat sendiri jenazah dimandikan (saya tak pasti kalau Salihin dapat memandikan jenazah bapa mertuanya).

Selesai dimandikan, mereka dibawa melihat jenazah diuruskan dan dipakaikan pakaian ihram yang baru. Keadaan jenazah seperti keadaannya sebelum tadi yang hendak mengerjakan ihram. Kepala jenazah dibiarkan terbuka dan tidak boleh ditutup kerana meninggal dalam keadaan ihram.

Dari hospital jenazah di bawa ke Masjidil Haram dan diletakkan di depan Kaabah. Di sana memang ada disediakan tempat untuk solat jenazah sekiranya ada jemaah yang meninggal dunia. Di sana beberapa orang jemaah Iran memujuk Jah dan keluarganya supaya bersabar.

"Syurga.... syurga.... syurga...." kata mereka berulang-ulang.

Jadi disebabkan terlalu ramai sangat jemaah di situ, Jah dan emaknya disuruh naik. Ribuan jemaah yang berada di Masjidil Haram, tanpa disuruh-suruh ikut sama solat jenazah dengan berimamkan Imam Abdul Rahman. Subhanallah.... Subhanallah..... Subhanallah... besar-Nya perancangan-Mu Ya Allah terhadap hambamu ini... besar-Nya kurniaan-Mu Ya Allah... Allah Maha Besar..(airmataku merembes laju ni....).

Jah dan emaknya melihat solat jenazah dari atas sementara Salihin ikut bersolat jenazah. Sebaik selesai solat jenazah, beberapa orang Pak Arab terus mengangkat jenazah tanpa bertanguh-tangguh dan dibawa pergi. Salihin sempat mengejar jenazah bapa mertuanya dan melihat jenazah dikebumikan sementara Jah dan emaknya menunggu di tempat penginapan mereka.

Lalu, tinggallah mereka tiga beranak ...

Kata Jah, ketika masih di sana walaupun bapa baru meninggal dunia, mereka seperti tidak mengalami kesedihan, sedih tu ada tetapi redha. Mengenangkan ganjaran yang dijanjikan Allah lebih-lebih lagi bapa Jah meninggal dalam keadaan yang begitu mudah. Langsung tiada riak siksa bertarung nyawa pada pandangan mata kasarnya. Kata Jah lagi, betullah agaknya kata Salihin, bila kita nak meninggal ni, nyawa kita dicabut, ditarik dari hujung ibu jari kaki sampailah ke halkum.

"Agaknya kan Yus, masa aku tanya bapa aku, nak air tu.. dah dekat manalah nyawanya kan...?" Wallahu alam... hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Jadi, bila datang empat beranak, pulangnya tiga beranak... maka itulah saat-saat sedih yang paling dirasakan Jah, emaknya dan Salihin. Ialah, pergi berempat balik bertiga.. tentulah tak dapat digambar kesedihannya namun Jah benar-benar bersyukur kerana Allah menyusun perjalanannya dengan begitu baik. Walaupun ada halangan pada mulanya tetapi Jah tak terkilan sebab dapat juga membawa kedua ibubapanya ke Tanah Suci... syukur... syukur Ya Allah...




p/s:

1. Macammana agaknya ya keadaan kandungan dan bayi Jah? Kalau diikutkan sepatutnya Jah dah bersalinkan?

2. Saya ada juga bertanya dengan Jah, apakah agaknya perbuatan bapa Jah sehingga mendapat ganjaran yang sebegitu rupa dari Allah SWT? Nak tahu tak jawapannya.. nanti saya cerita ya... nak buat kerja dulu ni..

Wassalam ~

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. takziah buat puan azizah, Allah maha mengetahui atas segalanya...sebak baca pengalaman dia. tak sabar nak tahu cerita seterusnya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!