BULAN SELAMAT UNTUK SERI KANDI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...
terima kasih, kawan sekolah Seri Kandi yang mula-mula tag gambar ini



GURU.. 1ASPIRASI 1AGENDA!

kembali ke sekolah, hihihi
1BULAN yang penuh dengan perayaan bagi Seri Kandi adalah bulan Mei. Bermula dengan malam 1 Mei, Seri Kandi meraikan hari lahir ER yang jatuh pada 30 April  sehingga Iman berkata, "tiap kali hari jadi babah, esoknya mesti cuti," hihihi. 1 Mei, Seri Kandi meraikan Hari Pekerja (cuti bekerja tapi kerja rumah sentiasa ada), Ahad lepas (12 Mei) meraikan Hari Ibu walaupun ada yang sudah menjatuhkan haram hukumnya menyambut Hari Ibu (Wallahualam ~ Seri Kandi tak mahu komen banyak bab ni), keesokannya (13 Mei) Seri Kandi diraikan pula sebagai 'birthday girl'.

Hari ini, pagi-pagi lagi Seri Kandi sudah menerima ucapan hari guru dari pelajar. Ada juga pesanan ringkas dan whatsapp diterima memberi ucapan yang sama dari sahabat dan kenalan. Tag di fb juga ada. Alhamdulillah, 17 tahun sudah Seri Kandi menempuh pahit manis ranjau duri bergelar pendidik. Ramai yang masih pelik dan tertanya-tanya dengan bidang tugas Seri Kandi. Tepatnya Seri Kandi ini adalah sebagai instruktor dalam bidang kemahiran dan jurusan Seri Kandi adalah Elektronik Industri dan Peralatan. Pelajar-pelajar Seri Kandi terdiri daripada pelajar lepasan SPM kebanyakannya dan 10 tahun dulu Seri Kandi pernah mempunyai pelajar yang berusia lebih 40 tahun.

anak beranak pergi sekolah... hehehehe
Di sini boleh dikatakan sambutan Hari Guru memang tiada. Mungkin minda pelajar-pelajar ini telah diset bahawa Hari Guru adalah untuk guru sekolah sahaja. Berbeza dengan kolej yang mula-mula Seri Kandi berkhidmat dulu. Di sana Hari Guru disambut meriah. Masing-masing berjabat dan saling memberi ucapan. Pelajar-pelajar berpakat membuat sambutan. Mungkin kerana di sana, kami dipanggil cikgu, di sini Seri Kandi dipanggil Puan :-)))

sila bulatkan jawapan yang betul!
Di kesempatan ini, Seri Kandi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru istimewa buat ibu Seri Kandi yang mendidik Seri Kandi sejak dulu hingga kini, kepada guru-guru yang pernah mengajar Seri Kandi di tadika (Seri Kandi masih terbayang cikgu bawa cerek ada air milo.. hihihi) di Tadika Sek Keb Batu 10, Skudai, guru-guru yang mengajar Darjah 1 Kuning (1982) dan Darjah 2 Merah (1983) Sek Keb Batu 10, Skudai, guru-guru yang mengajar di Sek Keb Rimba Terjun, Pontian (1984 - 1987), guru-guru yang mengajar Seri Kandi di Tingkatan 1P2, Sek Men Dato' Ali Hj Ahmad (1988), Pontian, guru-guru yang mengajar di Sek Men Dato' Abd Rahman Yassin, Tampoi, Johor Bahru (1989 - 1992) dan pensyarah-pensyarah Seri Kandi di Midas Institute Of Engineering Technology, Johor Bahru (1994 - 1996).

p/s Tujuan catat nama sekolah dan tahun tu untuk jejak kasih kawan sekolah, jika anda berada di masa dan tempat yang sama dengan Seri Kandi catatkan tolong tinggalkan komen di bawah ya :-))))

Tak lupa juga kepada sifu-sifu dalam dunia dapur dan maya Seri Kandi yang tak mampu Seri Kandi tuliskan namanya satu persatu kerana tidak mahu ada yang tertinggal dan berkecil hati. Selagi ada ilmu yang anda kongsikan selagi itu anda adalah guru di hati Seri Kandi.

warga sekolah... Sekolah Kejuruteraan & Sains Kreatif, KYPJ

Selamat Hari Guru 2013
Seri Kandi Tanah Jauhar

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. First sekali mesti la ucap selamat hari guru utk Puan Sri Kandi..termasuk juga ER dan Iman...hehe..anak beranak pegi sekolah. ER paling lawak, org dah tak pakai seluar pendek tau, aurat tu..haha. Ok la utk seronok2.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Seri Selamat Hari Guru..semoga jasa dan bakti beroleh keberkatan dunia & akhirat..
    akak dah 2 ari nak masuk umah akak asyik x dapat..tgk kat tingkap jek menu sedap 2.. karbonara hu hu hu..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru dan happy belated besday utk puan sri yg cantik manis :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!