MAKAN... RESTORAN TERAPUNG PENDAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...

CERITA ni dah lama simpan dalam folder sebenarnya, hehehe. Ya Ampunnnn.. dah lama giler rasanya sejak bulan November tahun lepas.. errr... takpun bulan Oktober, kui kui. Restoran Terapung Pendas ni belum pun lama dibuka. Lokasinya berhampiran dengan Restoran Tanjung Nelayan, Pendas. Pendas kat mana??? Pendas ni di Gelang Patah, Johor. Pendas ya.. bukan Pedas, Pedas dekat Negeri Sembilan, hehehe. Oh, ya! Sebenarnya Sk tak berapa pasti nama penuh restoran terapung ni kerana masa nak ambil gambar papan tanda restoran tu tetiba sahaja SK dapat panggilan telefon, tu yang terus terlupa nak ambil gambar.

Restoran ini memang betul-betul terapung. Terolang aleng kita dibuatnya. Tapi seronoklah sebab sebenarnya ini pengalaman pertama SK makan secara terapung, kekeke. Walaupun di JB ni banyak sebenarnya restoran makanan laut yang didirikan di atas laut (menggunakan istilah restoran terapung jugak) tapi tak banyak yang betul-betul terapung. Kebanyakan memang dipacak terus di tebingan pantai atau laut tu. Jadi, kalau anda tidak pernah menikmati makanan secara terapung yang sebenar, bolehlah singgah ke sini. Bila dah terapung, ambil gambar pun asyik bergoyang dan kabur. Lagilah guna kamera yang tak profesionalkan... huhuhu.. kita layankan ajelah ya.

Restoran baru jadi semuanya masih serba baru dan berkilat-kilat... hehehehehe

Kami sampai awal... orang pun tak berapa nak ramai lagi. Masa tengah makan tu tetiba jer berpusu-pusu orang datang dah riuh rendah jadiknya

Antara tong drum yang diikat di tiang-tiang restoran

Pemilik restoran menyediakan ruang di tingkat atas khas untuk surau

Jom tengok makanan laut yang ada malam tu... kerang dan kupang

ketam, sotong dan udang

pelbagai jenis ikan dan udang lipan bara

sebelum makanan sampai kami dihidangkan keropok ini... tak tahulah bayar ke free sebab tak ada resit masa bayar

signature... asam pedas... SK lupa ambil ikan apa... huhu

kata orang kalau nak makan ketam murah datanglah ke Gelang Patah.. ini ketam yang dimasak black pepper

yang wajib dan favourite... sotong tepung

sayur campur atau cap chai (cemana eja???)
haaaa.. memang selalu kalau pergi makan ini jer lauk yang kami selalu order, makan tiga beranak jerkan.. tupun tak habis.. agaknya sebab dah makan keropok mula-mula tadi kot...

dah selesai makan nampak 'waiter' lalu bawa air ni.. lepas tu tanya..
"awak bawa tadi air apa, saya nak satu," hihi

menikmati bandung istimewa bersama ais krim vanilla secara terapung

Jumlah keseluruhan : RM100 (tiada bil)
ER kata mahal... huhu.. sebab kurang sedap..
tapi pada SK bolehlahhhh.. sedap jugak taklah masin dsb,
dan lagi restoran terapung katanya kennnnn...


Sekian...

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak macam sedap. Tak sedap ke kak? Saya memang peminat tegar sotong goreng tepung. Nyammmm...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugak Ziela, maybe sebab dekat Rest Tanjung Nelayan lagi sedap so ER bias kat situ..

      Delete
  2. asslm kak..
    wah nmpk sgt2 mnarik..QH ni pantang dgr n tgk restoran yg sedap cmni..pulak tu restorannya pon mnarik..trapung2 ye..harus cuba klau blk jhr ni..tq info jjcm

    ReplyDelete
  3. Mnarik kedainya...nmpk sedap je...tang mna yg x sdapnya tu kak..?

    ReplyDelete
  4. Salam. . Sy cadang nk bawa keluarga next week. . Harus buat rempahan atau kita boleh terus g je. . Ada fon number tak

    ReplyDelete
  5. sedap juga...surau pun ada..udangnya fresh bosa2 ttp harganya watu tu rm 120 sekilo..siap masak

    ReplyDelete
  6. ketam, asam pedas, sayur campur, keropok, sotong tepung, ais krim...6 item je... rm100 kira mahal tuu..
    makan utk brape org?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!