THE SMURFS CHECKERED RAINBOW CAKE... GORGEOUS GILER.. SEDAP GILER!!

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...
 
 
OOOOO... ngorat eh? Amboiiihhh, kemain lagik yek.. sampai tertiarap-tiarap mengurat, hahahaha. dah macam Saipul Apek ngan Syanie dalam filem Laila Isabella tu, ingat tak? Alaaaaaa.. yang adegan kat air terjun dalam hutan tu. Apek meniarap atas batu... Syanie menyandar tepi batu sambil kocak air.. hehehehehe...

 
Lepas tu, tengah syok-syok mnegurat.. bergurau-senda.. tetiba jer muncul Si Rosyam bawa kayu api. Aiiiiiii.. kacau daun sungguhlaaaaaaaaaaa... hiks

 
Cantik jelita sungguhlaaaa Si Smurfette nikan. Ada sesiapa yang ingat macammana Smurfette boleh wujud dalam keluarga Smurfs tu tak? Kalau tak ingat boleh tengok filem The Smurfs 2, dalam filem tu ada imbasan semula bagaimana Smurfette boleh tinggal bersama 99 ekor Smurfs jantan tu. Bagaimana Papa Smurfs akhirnya berjaya menukar karektor Smurfette dari seekor smurfs betina yang jahat kepada Smurfette yang jelita dan baik hati. Kalau nak tahu, Sk sekeluarga tonton The Smurfs 2 ni dalam dua versi tau. Versi pertama dalam Bahasa Inggeris kami tonton di hari pertama tayangannya lagi di Village Mall, Sungai Petani, hari raya pulak tu, hihihi. Dan versi kedua dalam Bahasa Melayu, tengok kat KSL Mall, JB... punyalah minat dengan Smurfs, hahahaha.


TAK sia-sia SK menabung bagi mendapatkan sebiji kek yang begitu gorgeous dan sedap ini, air tangan siapa lagi kalau bukan pembuat kek tersohor dan terhebat di Malaya, Akak Masam Manis kita, Azlita Aziz tuuuu. Yang pasti, bukan sahaja 'birthday girl' suka... mak 'birthday girl' lagilahhhhhhhhh suka dan SK tak sangka, nenek 'birthday girl' pun terlajak suka nampaknya. Alahaiiii, sebak pulak SK bila tengok ibu SK sangat sukakan kek yang kalerpul ini tau... nampak gayanya SK kenalah menabung lagi untuk majlis ibu pulak nanti. Eh, takpe.. demi insan-insan yang Sk sayangi itu semua tak jadi penghalang, duit boleh dicarikan....


Pada mulanya Sk tak pasti adakah tempahan tema Smurfs atau lebih tepat lagi Smurfette  ini pernah diterima oleh Kak Ita... tapi sebagai pengikut setia blog Masam Manis, SK perasanlah macam SK yang pertama minta tema ini... hihihi. Akhirnya semalam, kak Ita telah mengesahkan dalam BLOG-nya
bahawa inilah kek tema Smurfs yang pertama dihasilkan beliau dan betapa beliau tertunggu-tunggu tempahan kek bertema Smurfs ini. Alkisah, Kak Ita ni dua kali lima dengan SK juga, amat meminati kartun Smurfs sejak Sk kecil lagi. Sk masih ingat kalau nak tengok kartun Smurfs ni, SK akan buka 'Channel 5' TV Singapura. Lepas tu SK mulalah berangan nak membela orang-orang biru ni, hahaha. Tapi.. sampai ke sudah, memang jangan mimpilah kan.. nasib baik dapat bela kucing yang rupa ala-ala kucing Gargamel tu... hahaha.

google image
SK nak ucapkan terima kasih banyak kepada Kak Ita kerana telah merealisasikan impian SK untuk hari lahir Iman tahun ini. Dan terima kasih juga kerana kemurahan hati Kak Ita membuatkan boipren untuk Smurfette ni, Clumsy kot ni... dia tu herokan.. hehehehe. Kak Ita sememangnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi sebab SK tak terfikir langsung Kak Ita akan memhasilkan kek yang sebegitu rupa. Kalau ikut bayangan SK, Smurfette tu akan berdiri di atas kek seorang-seorang macam tu tapi tak sangka yang Kak Ita boleh membuat kek berbentuk tunggul pokok di hutan dan Smurfette tu sedang bersimpuh sopan dan menyandar di tunggul tersebut sambil ditemani boiprennya :)))))


Oh, ya... kenapa SK pilih 'Checkered Rainbow Cake'??? Sebabnya Sk sukakan warna-warnanya yang ceria dan SK memang suka tengok checkered cake yang dihasilkan Kak Ita.
Biasa tengok gambar jadi Sk nak tengok dengan mata kepala sendiri pendekkata SK nak tengok keratan rentas checkered cake tu, hihihi. Dan sebab yang paling utama ialah Sk tak pandai buat checkered cake, hahahaha. Nantilah, pelan-pelan nanti SK nak belajar buat checkered cake ni sendiri tapi buat dua warna jerlah, coklat ngan vanilla, huhuhu.


Ramai jugak yang tanya, macammana rasa kek Kak Ita. SK ni tak pandai nak terjemahkan rasa sesuatu makanan tu macam Aziela My Rainbow tu tau. Aziela memang terror bab-bab tu, hehehe. Tapi yang pasti rasa keknya memang lain dari yang lain dan SK pasti Kak Ita menggunakan bahan-bahan yang mahal dan berkualiti dalam pembuatan keknya. Kulit-kulit pokok tu walaupun fondant tetapi seakan-akan rasa coklat yang mewah dan terukir dengan cantiknya. Cair di mulut pulak tu, aiiii sedapnya. Cream cheese frosting yang membalut setiap bentuk dam tu pun sangat sedap... huiiii.. tak terkatalah.. memang Sk langsung tak menyesal menempah kek dari Kak Ita tau.. sangat-sangat puas hati. Ehhhh, ini bukan promote ya.. Kek Kak Masam Manis kita tu memang dah terkenal seantero dunia. Tak payah SK cerita dekat sini pun semua orang dah taukan betapa anggunnya kek-kek yang dihasilkan Kak Ita. Ramai yang sanggup datang dari jauh untuk membeli kek dari Kak Ita.

 
Haaaa... ini antara mesej yang sempat SK printscreen antara Sk ngan Kak Ita, hihihi.
Sebenarnya dah lama SK teringin sangat nak makan kek Kak Ita, itulah sebab utama SK tempah kek tu selain dari sebab yang SK ceritakan tadi, huhuhu.
Alhamdulillah, akhirnya ada rezeki dari Allah swt, syukurrrrr.
Akhir kalam, buat Kak Ita... terima kasih sekali lagi untuk kek yang cantik dan mewah ini.
Love u Kak Ita, muahhhhhhhhhhhh!!

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam perkenalan... wah cantik la kek smurft tu..bewarna warni.. Sedap2..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pertama jer, dah boleh agak mesti hasil kerja Kak Ita. Untunglah Kak Sari kan sebab dok dekat dengan Kak Ita... Uwaaa...apsala ramai org JB yang pandai baking nie...?

    Oh, penjelasan tentang rasa kek tu memang memancing seleralah kak. Tu pandai tu....hehehehehe..

    Oh, Happy Birthday Iman.... Semoga menjadi seorang muslimah yang cemerlang.... Amin.

    ReplyDelete
  3. hehhehehhe!
    SBC Channel 5 pagi-pagi

    Saya masih hapal lagu kebangsaan Singapura sampai sekarang kerana SBC5!

    ReplyDelete
  4. Wow!! comel giler kek tu..sayang nak makan nih..

    ReplyDelete
  5. nampak sedap seri...untungla dekat dengan Azlita masam manis...boleh makan kek sedap...hehe...kalau kkida nak order garenti tak sampai punye....huhu....

    ReplyDelete
  6. memang anggun kek kak ita ni.. takde siapa berani nak pertikaikan kesenian dalam setiap persembahan keknya... akak mmg kagum sejak dulu.. sejak sebelum ita mengambil tempahan.. bila dah ambil tempahan ni lagilah.. memang boleh terbeliak biji mata tiap kali kak ita tayang hasil dekorasinya.. hehe... apa2pun.. tahniah dpt merasa kek air tangan k.ita... bertuah.. & tak lupa.. happy besday buat iman... moga jadi anak yg solehah & berjaya dunia & akhirat ye cayang...

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Iman...Beruntunglahh...dapat kek yg cantik lagi sedap...bila turn sy nak tempah kek dgn kak ita ni..

    ReplyDelete
  8. Hppy bthdy buat iman..hand touch kak ita mcm ada magic..sgt kreatif. Love it.

    ReplyDelete
  9. salam,

    sy pun suka masuk blog kak ita cuci2 mata hihihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!