AZAM IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...

APA ada pada tahun baru? Bagi SK sejak dah tua-tua ni, tahun baru jarang ada maknanya. Kalau dulu-dulu zaman sekolah tahun baru bererti naik kelas baru, jumpa kawan baru, jumpa cikgu baru, baju baru, kasut baru... ops! Beg sekolah jarang baru. Kalau nak merasa beg baru kena tunggu lepas raya, kumpul-kumpul duit raya barulah dapat merasa beg sekolah baru yang diidamkan... kotak pensil bertingkek-tingkek tu memang hanya mampu memandang dan telan air liur sahaja. Kerana kami orang yang tak mampu untuk bermewah-mewah macam orang lain dan tak pula pandai meminta-minta.. takut sebenarnya hendak meminta-minta... eh, memang tak reti nak meminta-minta sebab sendiri faham abah bukan orang kaya, ibu pula tidak bekerja.


Hari ini Iman memulakan persekolahan di sekolah baru. Hari ini Iman memakai kain warna biru muda. Terbayang-bayang saat SK mengendongnya ketika masih bayi kini Iman sudah sama besar dengan SK. SK ingatkan badan jer sama besar tapi rupanya bila timbang berat, Iman dah lebih berat dari SK, huhuhu. Kerana SK merasakan ER mampu... maka SK minta ER sediakan baju sekolah Iman sebanyak lima helai untuk dipakai dari Ahad sampai Khamis... kerana sebenarnya SK yang tak mampu nak basuh baju sekolah selalu. Sebab SK akan kumpul semua baju yang berwarna putih untuk dibasuh sekali arung dan banyak-banyak terus.. SK campak dan nila jer terus dalam mesin basuh. Senangkan kerja SK. Untuk kain cukup dua helai sebab boleh dicampur semasa membasuh baju lain. Tudung pun SK suruh ER beli lima. Oh, nak cerita.. entah kenapa tahun ni SK lambat beli tudung sekolah Iman... rupa-rupanya di sekolah baru Iman tudung putih 'awning' dijual siap dengan lencana. Jadi tahun ini kerja SK sangat mudah. Tak payah jahit lencana dan tak payah tulis nama.. sebab dah buat 'rubber stamp' nama Iman siap-siap.. hehe. Iman pun dah pandai berdikari menyediakan keperluan sekolah sendiri. Cuma SK tetaplah juga kena jadi CD yang berputar setiap hari. Bunyinya sama jer... Iman... kemas tempat tidur... Imannnnn... kemas bilik... Imannnnn... Imannnnn... Imannnnn... hihihi.


Oh, ya. Iman sekarang ni bersekolah di sekolah SK dulu tau. Sebenarnya atas permintaan Iman, SK dan ER langsung tidak memohon mana-mana sekolah berasrama walaupun kami ada kabel kuat sebab SK ni memang jenis yang tidak suka nak memaksa anak. Ya, dari segi disiplin, masa untuk tengok tv, masa untuk tidur, masa untuk belajar memang ada aturan. Dari kecil Iman telah dilatih bila masa yang dia boleh tengok tv, bila masa yang dia perlu belajar. Sebab itu SK hairan dengan sesetengah ibu bapa sekarang yang katanya, anaknya kalau dah tengok kartun makanya mak bapak jangan harap boleh tengok siaran lain. Anak kalau dah buka laptop, mak bapak jangan harap dapat guna. Eh, kenapa anda biarkan anak macam tu? Bagi SK adalah sangat penting mendisiplinkan anak sejak kecil. Biar dia tahu peraturan, apa yang boleh apa yang tidak boleh. Mana yang betul, mana yang salah. Esok-esok jangan sampai anak pijak kepala kita. Okey, sambung cerita asrama tadikan, SK pun sebenarnya tak sampai hati nak berpisah dengan Iman. Dahlah anak seorang, nak hantar pulak ke asrama. Walaupun SK tak pernah duduk di asrama namun SK tak sanggup membayangkan apa yang akan Iman lalui. Okey, itu fikiran negatif SK jer tau.. pendekkata SK tahu ER pun tak sampai hati nak melepaskan Iman. Jadi kita buat keputusan biarlah Iman bersekolah di sekolah menengah biasa sahaja.

Tup-tup, tiga minggu sebelum sesi persekolahan bermula, ER mendapat panggilan telefon dari sekolah lama Iman yang mengatakan Iman ditawarkan untuk memasuki Kelas Kawalan atau Kelas Rancangan Khas di sekolah lama SK tu. Sk terus telefon kakak ipar SK yang menjadi guru di sekolah menengah. Kak Roz memang menyokong penuh dan menceritakan tentang kebaikan kelas kawalan ni dan katanya bukan semua pelajar layak memasuki kelas kawalan. Guru-guru kelas kawalan juga adalah guru-guru yang terpilih. Menolak bererti melepaskan peluang keemasan. Sayang! Dan bila SK telefon sekolah, rata-rata memberi komen positif. Iman pula langsung tidak membantah dan mengikut apa sahaja keputusan kami orang tuanya. Dan pagi ini semasa menghantar Iman ke sekolah, SK yakin Sk telah membuat keputusan yang betul. Di sana sini SK tengok tersangkut dengan kesesakan lebih-lebih lagi jalan yang menuju sekolah tiga empat bintang. Tapi, sekolah Iman jalan terus sahaja. Ialah, sekolah bukan pilihan katanyakannnn... Alhamdulillah... semuanya tentu sudah disusun elok-elok oleh Allah SWT. Yang penting Iman kena berusaha lebih sedikit untuk masa depan Iman. Orang tua kata, belakang parang diasah lagikan tajam, nak.. jangan jadi orang yang bodoh sombong, yang tu memang tak mampu bonda nak menolong.. huhuhu.

Oh, ya! Tentu ramai yang tertanya-tanya apa keputusan Iman UPSR lepas. Dan ramai juga yang diam bila SK sebut Iman dapat 3 A dan 2 B... uiiiii... ada ke yang ingat Iman dapat 5A?? Sebenarnya SK dan ER amat bersyukur dengan apa yang Iman perolehi. Bukan rezeki kami sebenarnya kerana Iman bukan jenis yang terang otaknya. Untuk mendapatkan huruf berbentuk Eiffel Tower tu, Iman kena berusaha sepuluh kali ganda dari orang lain yang dianugerahkan kepandaian walaupun setiap hari mengadap fb semata-mata. ER sendiri berkorban ratusan ringgit setiap bulan untuk mencari guru tuisyen yang terbaik. SK berkorban waktu demi mengejar cita-cita menjadikan Iman seorang anak yang berjaya. Percaya tak bahawa keputusan Iman sentiasa naik turun naik turun setiap penggal. Cuba baca balik... naik... turun.. naik... turun. Maknanya setiap peperiksaan akhir penggal yang akan menentukan kelas pada tahun berikutnya keputusan Iman akan menurun. Impak maksimanya Iman telah ditukarkan ke sekolah lain kerana dengan angkuhnya guru besar di sekolah lama Iman (sekolah kluster katanya) cuma mahukan pelajar-pelajar yang mampu memberi keputusan A sahaja setiap penggal.

Alhamdulillah, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Di sekolah baru, kedudukan Iman mula menonjol. Walaupun pencapaian Iman dalam pelajaran masih tidak berapa bagus.. masih naik turun dan naik kemudian turun..:(  tapi dengan sedikit masa yang tinggal kami tetap berusaha yang terbaik untuk Iman. Guru tuisyen Iman sendiri menggandakan waktu tuisyen dan tidak pernah berkira asalkan anak didiknya dapat menerima ilmu. Dan bukannya dekat SK hantar ya, 30 minit pergi dan 30 minit juga perjalanan balik demi mendapatkan perkhidmatan dari Teacher Watie. Terima kasih banyak atas pengorbanan teacher ya. Dan SK tengok Iman sendiri, bagaimanapun dia berusaha, Ya Allah.. belum ada rezeki untuk Iman rupanya. Keputusan peperiksaannya hanya mampu mendapat B dan C.. entahlah.. masa tu Sk sendiri tak faham apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada SK.  SK menangis semahunya di hari kedua Iman mengambil UPSR. Sk meminta dengan sesungguh-sungguhnya. Kasihanilah Iman Ya Allah. Berilah dia kejayaan atas apa yang dia usahakan. Janganlah Kau hukum dia atas dosa kami ibu bapanya ya Allah. :'(

Siapa ibu bapa yang tidak mengharapkan anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Tapi bagi SK, amatlah takut jika tiada A langsung dalam slip keputusan. Tapi perasaan takut itu SK buang jauh-jauh. Sk tak mahu terlalu berharap. SK tetapkan hati untuk terima apa juga keputusan UPSR Iman. Dan bila SK tengok Iman dapat A untuk subjek Matematik, subjek yang paling Iman lemah.. yang Iman selalu dapat C... pernah juga dapat D.. SK amat kagum dengan Iman. SK peluk Iman kuat-kuat. Sk cium pipi tembamnya kiri dan kanan. Anak yang satu ini amat membanggakan SK dan ER. Sebab dia tidak pernah berputus harap. Semangatnya sentiasa kuat. Iman sangat suka pergi sekolah.. suka pergi tuisyen.. suka belajar.. cuma mungkin rezekinya belum sampai. SK percaya, rezeki Iman ada di sekolah barunya ini. Tuah Iman ada di sekolah ini. SK pasti dan yakin Iman akan menjadi pelajar yang cemerlang. Anak yang akan membanggakan SK dan ER dan warga yang akan mengharumkan nama negaranya suatu masa kelak, insyaAllah... Aamiiinnn... aamiiinnn Ya Rabb.

Nota : Kalau nak tahu apa dia Kelas Rancangan Khas atau KRK boleh baca DI SINI

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mengalir air mata baca n3 akak ni... tahniah Iman...good luck!

    ReplyDelete
  2. tahniah wat iman ye..hepi new year wat SKTJ!!

    ReplyDelete
  3. Uwaa....kak. Sedihnya..... Kita serupa. Anak kita seorang. Harapan kita tinggi, tapi kasih sayang kita tinggi lagi. Tahun ni Adam UPSR. Dan ya, sepanjang masa nie, keputusannya sama macam Iman. Turun, naik...turunn. Mungkin belum tiba masanya untuk dia lagi. Namun yang pasti, harapan, usaha dan doa tak harus berhenti walau berapa besar pun umur mereka.

    Saya setuju dengan pendapat akak tentang disiplin anak. Sangat setuju.

    ReplyDelete
  4. eh?
    boleh main mintak tukar-tukar kan sekolah lak gitu..?

    ada hikmahnya kan awak..

    nanti-nanti ..bila-bila free ..Iman ada masa..
    Iman baca entri ni ya nak..

    ReplyDelete
  5. Moga Iman akan terus cemerlang. Naik-turun-naik-turun perkara biasa. Kemampuan kita sebagai ibu-bapa membantu dan mendoakan yg terbaik.

    Selamat tahun baru dari kakak yg busy ni:)

    ReplyDelete
  6. Sk iman dh buat yg trbaik..ank akk pun x msuk asrama..pun amik krk jugk..thun nie pbsmr untuknya..moga dia lebih brjaya..moga ank2 kita brjaya sk.

    ReplyDelete
  7. salam kak..selamat tahun baru 2014..
    dah terserlah keremajaan si anak dara Iman...
    smoga mnjadi anak yg berjaya di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  8. woo... sodeh la baca.. but tak pe if ada usaha pasti jaya.. anak sya pun tak dapat 5A meskipun ujian percubaan dia dapat 5A selalu... rezeki kita di tangan tuhan.. so ujian sebenar di dapat 4A 1B .. mungkin ada sebab tuhan bagi dia kekurangan satu A sebab kekurangan satu A tu akan mengajar dia orang untuk terus berusaha untuk A yang seterusnya nanti.. tak jd sombong dan bongkak... so bagi Iman selut lah.. as dia tetap dapat 3A 2 B...so maksudnya anak2 kita ni diberi peluang untuk terus mengejar A yang akan lebih banyak dan memberikan kejayaan berganda nanti.. bukannya bongkak dan sombong mendapat 5A yang hanya dasarnya pada UPSR tetapi ujian seterusnya nanti... Anak saya pun tak masuk asrama penuh pun.. even dapat offer tapi masuk kelas KRK je.. Tahniah SK.. anda adalah ibu terbaik...!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!