ASAM PEDAS IKAN PARI DAN KACANG PANJANG BERTUMIS TELUR... TAMBAH KALORI BERLORI-LORI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...

ADA hati nak bakar kalori tapi bak komen Kakzakie, "Campur-tolak-bahagi-dharab balik asal sebab dah masak lepas tu makan habis ZERO jadiknya" hehehehehe. Aziela pulak kata.. "Masak, Iron, basuh baju (setengah jam = 130), mop lantai (setengah jam = 100). Total = 530kcal. Tapi, breakfast, makan nasi goreng campur ayam goreng campur teh ais = 650 + 400 + 200. Total makan : 1250. Glup...!!! Tak berbaloi langsung. Belum masuk lunch, tea, dinner, mentong, supper... Aduhaiiii," huwa huwa huwa!

Nak-nak pulak kalau dapat asam pedas ikan pari macam ni, kan. Haruslah tambah nasi berpinggan-pinggan. Kawannya pulak dengan kacang panjang bertumis (masak bening tak sedap nak jugak yang berminyak-minyak.. huhu). Cara Sk masak sangat mudah. Semua main campak-campak, siap! Biasanya cili kering dan bawang kisar memang sentiasa ada stok dalam peti sejuk. Sebab orang dalam rumah ni memang suka makan asam pedas dan sambal. Sk juga kisar sekali bawang dan cili kering tak berasing-asing sebab kalau berasing SK tak pandai nak agak-agak berapa banyak bawang kisar tu nak diletak. Teringat pulak seorang kawan SK dari Kelantan yang sangat sukakan masakan SK. Apa sahaja SK masak semua dia kata sedap. Banyak jugalah resepi yang Sk ajarkan pada dia termasuklah asam pedas style Johor ni. Jom tengok macammana SK buat asam pedas ikan pari yang simple.. kiranya menggunakan bahan yang paling minima ya.

asam pedas ikan pari dalam kuali lagi.. hihi

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan :

Seekor ikan pari saiz sederhana (suruhlah orang pasar siang dan potong siap-siap)
(Bersihkan ikan pari dan perap setengah jam dengan asam jawa dan garam kemudian bilas dan toskan)

Bahan kisar :
Cili kering dua cekak (direbus dan dibilas, toskan)
4 biji bawang besar size sederhana (potong-potong)
Air secukupnya
1/2 senduk minyak masak
(Kisar semua bahan ini dengan pengisar sehingga halus)

Bahan lain :
1" halia (hiris kasar)
1 btg serai (diketuk)
1/2 sk asam jawa adabi
1 /2 senduk jus limau nipis
air 1 1/2 mug atau secukupnya
1 sb lada hitam tumbuk
1/2 sb garam
Sedikit ajinomoto jika suka
Daun kesum secukupnya
1 senduk minyak untuk menumis


Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali (Sk cadangkan guna kuali supaya ikan tak patah riuk).
2. Masukkan dua senduk cili yang dikisar tadi. (Ada lebih boleh simpan dan guna untuk goreng kacang panjang bertumis telur).
3. Campakkan halia dan serai dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan asam jawa kacau rata. Kecilkan api, biar sekejap.
5. Masukkan air dan jus limau nipis, kacau rata. Kemudian masukkan ikan pari. Besarkan api sederhana sahaja.
6. Tutup kuali guna tudung kuali. Kalau tak ada, guna tudung pengukuslahhh.
7. Dalam 10 - 15 minit biasanya ikan dah masak. Buka tudung kuali. Masukkan ajinomoto dan serbuk lada hitam. Kacau-kacau perlahan guna sudip jangan sampai ikan hancur.
8. Kemudian masukkan daun kesum, biar sekejap dan bolehlah tutup api.
Senang, kannnnn.

Okey, sementara nak tunggu ikan masak bolehlah goreng kacang panjang. Pastikan anda ada sekurang-kurangnya dua kuali di dapur tau...

tuuuu diaaaa... takdan jugak nak posing dalam pinggan, hehehe

Kacang Panjang Bertumis Telur

Bahan-bahan :

Seikat kecil kacang panjang (cuci bersih dan patah-patah jer guna jari.. jangan patahkan dengan jari sekali sudah.. toskan)
sedikit minyak untuk menumis
1 sb cili yang dikisar tadi
sedikit garam
sebiji telur

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan cili kisar tadi sampai pecah minyak, api perlahan.
3. Masukkan garam, kacau sekejap.
4. Masukkan telur, biar sekejap.. kemudian kacau bagi telur hancur.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patah, goreng 5 - 8 minit dan matikan api.

Bolehlah kalau nak masukkan ikan bilis kalau suka. Dalam rumah ni karang ikan bilisnya bersusun tepi pinggan jadi baik tak payah letak.. membazir.. huhu.

Ops! Jangan lupa masak nasi tau!!!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. rasanya baru baca entry akak jom bakar kalori...ni tambah plak berlori2..hish2...saya pun akan makan bayk kalau lauk macam ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Hahahah...kak. Part tudung pengukus tu memang kerja sayalah tu. Takder penutup kuali. Nak beli yang elok tu, bukan main mahal lagi. Baik pakai penutup kukus jer...hahahahaha

    Kak, kalau mesin cili dengan bawang nie, letak dalam peti ais, boleh tahan berapa lama ek, kalau tak guna. Sebulan boleh? Heheheheheh. Cili kisar tu saya tau. Kalau nak simpan lama2, kena letak dalam tempat beku tu.... Tapi kalau campur bawang, saya tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaa... betullah, kuali yg siap ngan penutup tu mahalkan Ziela, kikiki

      ZIela, bleh tahan sebulan. Simpan dalam bekas kedap udara dan gunakan senduk yg bersih dan kering masa nak senduk cili kisar tu.. letak dlm frige jer, takyah masuk freezer tau

      Delete
  3. Aduhai asam pedas mana boleh tahan SK. Kakak hari itu makan di taman aman bertiga ikan pari asam pedas, sayur bening petola, ulam raja + sambal belacan RM23/- bayangkan. Kalau asam pedas macam SK ni jauh laaaaagi mantop kakak tengok. Asam pedas SK ni kalau tak makan memang rugi!

    ReplyDelete
  4. Mengancam sungguh asam pedas pari tu SK

    ReplyDelete
  5. Asam pedas mmg terbaik..sedap makan dengan nasi penas2..mai sepiring SK

    ReplyDelete
  6. Kalo nak tengok resep asam pedas dari bandung tengoklah link ni kak, Resep Sayur Asem Sunda Segar Dan Nikmat. Salam kenal ye, saye dari negare jiran :)

    ReplyDelete
  7. waaa meleleh tgk asam pedas tu. feveret! :D

    salam singgah ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!