RESTORAN UPIN IPIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM...


MACAM takut-takut seram nak masuk ke Restoran Upin Ipin ni.
Sebab apa, keseluruhan luar kedai di balut poster Upin Ipin maka di dalamnya kelihatan gelap gulita. Dua kali percubaan nak masuk tapi ada unsur-unsur malu-malu meow di situ. Banyak kali Iman memberikan hint supaya bondanya ni membawa dia makan ke situ tapi macam SK bagitahu tadilah, macam janggal aje nak pergi sebab SK dua beranak ni memang tak ada langsung imej rupa kanak-kanak. Anak kecik pun tak ada nak dibawa kalau tak macam ada logik akal jugaklah masuk restoran Upin Ipin kan, hehehe. Dari luar pulak gelap macam ada orang ke... tak ada orang ni, huhu.
 

Jadi, di suatu petang yang tak berapa nak damai,
SK berjaya menyelinap masuk walaupun tak bawa budak kecik cuma budak besar
yang dah sama besar dengan bondanya.
Jangan tak tahu, Iman ni peminat Upin Ipin. Sejak mula kartun Upin Ipin disiarkan di TV9 suatu masa dulu, Iman memang tak pernah miss. Jadi kalau nak tahu apa sahaja pasal Upin Ipin ni dan watak-wataknya, tanya saja dengan Iman. Dia mesti boleh jawab punya!
Selepas berpusing-pusing sekejap di dalam restoran akhirnya kami mengambil tempat duduk lat dua meja mengadap peti tv yang tergantung di dinding belakang berhampiran dapur. Tapi ada unsur pening lalat di situ sebab tiada sesiapa pun yang sudi nak melayan kami. Adik-adik yang berpakaian t-shirt hitam tertera logo Upin Ipin ni buat tak tahu jer. SK tanya Iman, sini layan diri ke... kena order kat kaunter ke? Iman pun jungkit bahu. Laaaaaaaaamaaa barulah ada adik ni datang bawakan Menu dan kertas order macam dekat kopitiam tu.
Awal-awal adik ni bagitahu bahawa kebanyakan makanan yang ada dalam menu dah habis. Aik!! SK tenung jam.. baru pukul berapa. Laris mungkin jualan tu sebab banyak yang dah habis. Iman yang tidak cerewet pilih nak makan nasi ayam sahaja manakala Sk macammmmmm dietlah kononnya. Tak apalah, yang nak makan sangat pun Iman jadi kita layankan sajalah dia. Iman macam biasa airnya bandung soda dan SK pilih Strawberries Smoothies ni, memang sedap tak sia-sia Sk pilih, hehehe.
Haaaaaaaaa... tu dia bandung soda.. trademark orang Johor tuuuuuuu!! Gambar ni sebelum ia dikacau.. jadi kena action minum dulu, hihihi. Motif??? Salah masuk gambar ikut susunan dan malas nak edit, kui kui


Nasi Ayam Upin Ipin... sungguhlah tak padan saiz hidangan dengan pinggan dan dengan harga
 
 
SK sebenarnya banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat nak komen pasal
Upin Ipin punya restoran ni. Tapiiiii.. disebabkan Sk pun sendiri tidak pernah punya restoran dan tak tahu sangat pasal  kerenah orang berniaga kedai makan ni jadi SK malaslah nak komen.
Cuma Sk nak berpesan, tingkatlah mutu dan keunggulan, itu jerlahhhh... wassalam.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. jaja rasa rata2 yang g restoren upin ipin ni tak kira lah kat jb ke kat kl ke..mmg akan dengar suara tak puas hati..mcm akak ckp la..makanan banyak dah habis, menu biasa2 jek but harga kemain lagi..kalau tgk pinggan iman tu..banyak lagi ayam nasi ayam tu kalau dibeli kat kedai2 biasa..diaorang ni just guna tarikan upin ipin tp kualiti makan tak jaga..harap2 ada peningkatan lah..

    ReplyDelete
  2. Saya pernah try kat restoran pioneer dia di Shah Alam beberapa tahun lepas. And sampai sekarang saya masih fobia... Giler memalukan bangsa restoran ni. Dahsyat. Sedih saya....

    ReplyDelete
  3. Elehh... kakak nampak memang bukan budak kecik aje yg masuk SK. Yg dah beruban pun ramai juga.
    Tapi, setiap kali kakak pergi angsana, nampak restoran ini sesak jadi kami tak pernah rasa lagi SK.
    Macam bagus bila lihat ramai yg pergi tapi kami ni kalau dah lapar malas nak tunggu.

    ReplyDelete
  4. Kat Angsana ke? tak pernah nampak pulak.....komen...jgn tak komen. Kita berhak sbg pelanggan sb kita bayar.

    ReplyDelete
  5. ramai orang komen restoran ni servicenya out sket

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!