'CHEESE' APA YANG BAGUS DAN ADA UNTUNG BUSAT MAAAA???

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...

CREAM CHEESE

ANTARA soalan yang paling banyak ditanya... hehehe. Sebenarnya Sk dah naik serba salah nak jawab soalan-soalan ini. Betul, cream cheese yang bagus adalah cheese yang mahal tetapi jika cara penyimpanan salah (termasuklah cara anda membawa balik ke rumah dari bakery shop) cheese yang mahal juga akan menghasilkan krim yang layu di hujung mekar. Oh, ya. Bagi kebanyakan peniaga, mereka akan membeli cheese secara pukal. Cuma seorang sahaja setakat ini yang saya pernah jumpa beli cheese secara runcit. Alasan dia, senang.. tak payah sukat-sukat. Baik, alasan diterima :-)))))

Kenapa Sk jadi serba salah untuk bagi jawapan? Sebab bila Sk sebut Sk guna satu jenama cheese ni rupanya ada yang memerli-merli di laman sosial. Oh, Sk tak tahu apa salah Sk bagitahu jenama yang Sk gunakan. Adakah bila Sk bagitahu Sk guna cheese jenama apa, semua pelanggan anda lari ke Sk? Tidakkan.. jadi kenapa nak perli-perli pula.. sungguh tak faham..

Ada yang tanya, untung ke Sk meniaga guna cheese 'tu'? Bolehlahhhh.. Sk tak pernah rasa rugi pun. Untung tu subjektif. Ada orang nak untung banyak... ada orang tak kisah... ada orang asalkan balik modal. Tapi tiada siapa yang nak rugi. Malah dalam Islam pun tiada had tentang keuntungan. Dan Sk nak bagitahu juga di sini, modal cheese ni tak sama bagi setiap peniaga. Maknanya untung pun tak sama. Marilah Sk tunjukkan contoh. Harga yang dipaparkan adalah harga standard bagi kebanyakan jenis cheese.

Peniaga A - Beli cheese Jenama A berharga RM12.90 -  250 gram.

Peniaga B - Beli cheese Jenama B berharga RM7.90 - 250 gram.

Peniaga C - Beli cheese Jenama B berharga RM14.90 - 500 gm

Peniaga D - Beli cheese Jenama A berharga RM59 - 2 kg

Peniaga E - Beli cheese Jenama B berharga RM40 - 2 kg

Peniaga F - Beli cheese Jenama C berharga RM28 - 1 kg

Peniaga G - Beli cheese Jenama D berharga RM29 - 1.36 kg

Peniaga H - Beli cheese Jenama D berharga RM231 - 13 kg

Jika setiap 250 gram cream cheese boleh menghasilkan 70 biji cheese tart dan setiap peniaga menjual sebiji cheese tart dengan harga 70 sen sebiji, peniaga manakah yang paling untung? Okey, buat kira-kira dulu nanti cikgu bagi jawapan dan assignment yang lain pulak ya :-))))))

Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam sari
    Cecita cecita cmne nk simpan cream cheese dgn betul. Akak klau beli cheese yg sari selalu guna tu tk leh simpn lama. Tp klau yg T tu tahan lama lak tp kureng sikit la rasanye. Abes tu cmne nk wat...bole tlg?

    ReplyDelete
  2. Nak meniaga suka2 pun org komplen ada je yg tak kena eh? Itulah org kita, suka sgt kondem bangsa sendiri (ada pulak yg marah kakpb ni)
    Kakpb niaga suka2 cari duit poket, untung bnyk....alhamdulillah...untung sikit pun alhamdulillah. Apa yg lebih kakpb suka, keberkatan yg kita dpt. Kalau ikhlas menjual (maksudnya tak tipu, guna krim cheese murah tapi ckp kat org guna yg mahal) insyaallah lambat laun ada ganjarannya.

    Pokok cerita disini :) kakpb guna krim cheese mahal kalau mampu, time sesak.....gunalah yg biasa2.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!