Assalamualaikum WBT
JANGAN kan nak menang Percutian ke Dolomites, Itali, anjuran Khairul Aming, nak beli Sambal Bilis Nyet KA pun tak lepas ya masa KA membuat jualan secara live Sambal Bilis Nyet, beberapa minggu lepas. Pada mulanya, Sk tumpang sekaki jer dengan Iman tengok live KA tu. Bila beg kuning dah dibuka,Sk pun nak cuba la masuk sekali. Beberapa kali jugaklah kami berjaya klik buy dan dapat slot untuk buat bayaran, tapi tengah loading tiber sold out. Nanti dapat masuk semula , sold out lagi, sampailah sudah, tak dapat beli. Pehhhhh.. dasat la penangan Sambal Bilis Nyet, walaupun masa dah diumumkan 5 pemenang tu pun, tetaplah gagal nak membayar, huhuhu.
Beberapa hari kemudian, bungkusan Dendeng Nyet Berapi ni sampai ke rumah. Lahhh, Iman kata, dia saja jer beli Dendeng ni, sebab lama tak makan. Sebelum ni, pernah jugaklah beli Dendeng KA ni.
Kawan Iman, Qas, berjaya beli Sambal Bilis Nyet. Oh, kali ni, kena beli pakej 5 botol terus, jadi, Qas jual lagi 4 botol sambal tu. Sk baru nak suruh Iman beli dua, tapi dapat sebotol aje. Yang lain, dah ada pembeli.
Ramuan Sambal: Cili, minyak masak, bawang merah, tomato, ikan bilis, gula, bawang putih, penambah perisa, stok ayam, asam jawa, buah keras, belacan, garam dan daun limau purut.
Untuk menjaga kualiti sambal agar tahan lama, kena simpan dalam peti sejuk selepas dibuka dan cedok sambal menggunakan sudu yang bersih dan kering.
Kita boleh tengok cara penyediaan bahan mentah dalam VTT Khairul Aming, daripada menangkap ikan bilis di lautan dalam sehingga menuai cili di ladang untuk bahan utama Sambal Nyet Bilis.
Inilah tekstur Sambal Bilis Nyet. Ni kita gaullah minyak dan sambal biar sebati sebelum ceduk masuk ke mangkuk. Oh, kenapa namanya Nyet? Boleh baca
Kebetulan ada lagi bubur nasi Iman, SK makan dengan bubur nasi. Tapi, seganlah nak ambil banyak-banyak, hahaha. Ni kalau makan dengan lempeng cair atau
PUNTEN, pun sesuai! Bagi yang tanya, sedap ke? Sedaplah bagi SK, rasa macam sambal yang kita masak sendiri. Tak ada rasa pelik, tak pahit dan tiada rasa pengawet. Rasa pengawet ni maksud Sk, kalau kita makan makanan dalam botol macam ni, dia akan ada rasa macam ubat sikit. Ianya juga, tak manis atau terlebih masin dan masam. Ada lagi tu haaa sambalnya, simpan sebab nak makan dengan telur dadar. Sambal macam ni, tak payah lauk lain, nanti kacau rasa, hehehe.
Sedapnya sambal tu cicah bubur nasi atau punten panas-panas! Senang kerja bila jumpa sambal ready-to-eat kena selera, tak ada rasa pengawet.
ReplyDeleteMemang dasat betul penangan KA ni. Aura dia lain macam ek. Tengok video teaser tu pun dah gempak. Hebat seorang KA ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat merasa sambal bilis nyet KA. Sedap tu mesti ramai repeat membeli dan laris jualannya.
Sambal macam ni ngam juga kalau ada telur goreng. Kannn...