NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH DI HARI CUTI MAULID

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 



SALAM Maulidur Rasul SAW 1448H.

Tema sambutan Maulid bagi negeri Johor tahun ini, 

MAJU JOHOR DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI


Tema ini menekankan bahawa kemajuan sesebuah negeri perlu seiring dengan nilai-nilai Islam, kekuatan akidah, serta perpaduan ummah agar mendapat keberkatan.



Sempena cuti hari ini, Sk masak Nasi Tomato dikawankan dengan Ayam Masak Merah. Masak satu lauk aje dengan Pencuk (Acar Jelatah). Masak petang dan malamnya baru makan. Pagi tadi Sk dan PI sarapan di Ashoka Curry House sebab tak ada apa nak masak untuk sarapan kecuali telur. Ada nasi semalam tapi sikit beno, tak cukup untuk masak Nasi Goreng. Balik dari sarapan, singgah econsave beli ayam dan faham-faham sajalah, kalau dah ke supermarket, memang tidaklah beli ayam saja-saja, hihi.


Hari tu baca di thread, apa bezanya Ayam Masak Merah dengan Ayam Sambal. Beza memang berbeza ya. Ayam Masak Merah ni kita tumis guna minyak lebihan goreng ayam dan letak minyak sapi sikit bersama daun pandan dan rempah empat sekawan. Kemudian, tumis bawang dan cili kisar, bila dah terbit minyak, masukkan tomato puri dan ayam yang digoreng setengah masak. Renihkan hingga ayam masak dan masukkan susu cair. Akhir sekali masukkan kacang pea dan renihkan. Tapi, ni Sk guna butter sebab minyak sapi habis, heheh. 


Acar Jelatah atau Pencuk wajib ada bila masak nasi tomato atau apa-apa nasi berperisa. Rasa nenas yang manis-manis masam tu hilangkan muak sebab nasi berperisa ni selalunya berminyak dan berlemak sedikit.


Masak nasi tomato satu cawan jer.  Sk guna beras basmathi dari goodies pengantin kat Ganu. Ada pulak buah tomato, jadi selain puri tomato, Sk letak jugak tomato segar dipotong dadu yang ditumis sekali bersama bawang dan rempah empat sekawan. Tak masak waktu tengahari atau makan waktu tengahari sebab Iman kan kerja hari ni, jadi kita masak petang untuk makan malam. Eloklah tu semua makan penuh berselera sebab kelaparan. PI siap nak repeat esok malam ya, dia lupa esok malam dia ada kerja, tak makan malam di rumah, hehehe.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!