Assalamualaikum WBT
MINGGU lepas, Sk ada cerita yang Sk dan PI tempah wardrobe untuk gantikan almari Iman yang dah beberapa kali roboh rak penggantungnya. Yang kelakar, sejak awal Sk dah ukur bahagian tempat nak letak wardrobe tu, 4', tapi sampai kat kedai Sk sebut 6'. Staf tu cakap, ini 6' la, sambil tunjuk display wardrobe yang tersandar di sebelah katil dalam ruang pameran. Sk terus blank, berapa saiz sebenarnya, haha. Sebab tak nak nanti jadi huru-hara, Sk setuju aje la tempah 6', padahal 4' aje patutnya. Jadi, tak bolehlah letak dekat ruang yang dirancang. Bagus jugak tempah lebih panjang, baju Iman berlambak-lambak ya, kalah baju emaknya. Jadi, hari ini dah siap dah pasang wardrobe tu. Semalam, Sk ambil cuti, sebab nak cat bahagian dinding almari yang asalnya pasang wallpaper. Iman kata, nak cabut semua wallpaper zaman dia budak-budak dulu, ahahaha.

Penat la semalam nak masak. Penat mengecat, memanjat dan mengemas. Malam tadi pulak, PI bekerja tugasan liputan Piala Sumbangsih, Pasukan JDT vs Kuching FC di Stadium Sultan Ibrahim. Iman balik kerja, dia belanja makan di Adam Mutiara Thai Food, Taman Pulai Mutiara.
Kami ambil menu set untuk 2 orang makan. Dalam set tersebut terdapat
Ikan Siakap
Tomyam Campur
Baby Kailan Ikan Masin
Telur Dadar
2 Nasi Putih
Ikan Siakap boleh pilih masakan, kami pilih Masak Tiga Rasa
Ikan Siakap datang berbantalkan daun salad. Ikannya digoreng elok, tak terlampau garing sampai keras kejung. Sos tiga rasa bukan sos semata tapi boleh nampak ada cili yang dikisar hancur, cukup masin, manis dan masamnya. Sosnya pun cukup la untuk seekor ikan, tak la kita bercatu-catu. Ada potongan nenas yang tidak melebih-lebih.
Orang kata, tomyam kat sini sedap. Kena cuba la dulu, nak tahu betul-betul ke sedap. Bagi Sk, rasa tomyam dia sama aje seperti di kebanyakan kedai tomyam. Ia dimasak menggunakan pes tomyam tapi tak sampai rasa tomyam tu. Tapi okey la, rasa pesnya tak menyengat. Dalam tomyam ada ayam, sotong dan udang seekor.
Baby Kailan Ikan Masin dia okey.
Telur Dadar
Selain set ni, kami pesan jugak Sotong Goreng Tepung. Lepas tu, tengok ada seorang pelanggan tu baru dapat pesanan dia, dia pesan nasi dengan sotong goreng tepung sahaja. SGT tu bukan yang goreng macam jemput-jemput tu tau tapi yang nampak rangup tu. Kami tak sabarlah nak tunggu SGT kami, tapi dah separuh makan pun tak dihantar. Bila ditanya, baru nak cakap, sotong habis. Laaa.. awat tak cakap awai-awai???
Balik dari makan, Iman kata, nak mengopi. Sk tak nak, tapi dia paksa juga pilih, Sk pilih Chocolate Strawberry. Tak nak la mengopi malam-malam, nak tidur.. penat.. hahaha. Tapi sudahnya, pukul 2.30 pagi baru tidur sebab tunggukan PI balik bola, lambat. Jammed giler dia kata. Lepas tu, dia buka lampu pulak nak buat story, lagilah Sk susah nak tidur, huhuhu.
Alamak, udahlah penat buat kerja, tidur lambat pula. Tengok makanan, nampak sedap, SK. Wah, chocolate strawberry. 😋
ReplyDeleteTulah kak lenkali tulis kat hp, kita ni jenis pelupa kalau tak tulis mana-mana hahahahha.... sedap betul nengok ikan tu kak
ReplyDeletebr nk teliur menu sotong..rupanya abis plak ye
ReplyDeleteRezeki sangat dapat berehat lepas penat mengemas! Sedap-sedap belaka menu Thai Food tu. Tapi comel betul Iman ajak sweet tooth session minum Chocolate Strawberry tu
ReplyDeleteIman dah kerja ni rajin belanja makan. Alhamdulillah...
ReplyDeleteSedapnya lahaiii tengok ikan siakap masak 3 rasa tu. Penjelasan tu buat telan air je.
Nampak tomyam tu macam pekat dan sedap, tapi sebaliknya pulak ye.
Alahaiii tak suka betul kalau macam ni kan. Dah hujung-hujung baru nak cakap habis. Apooo..
Piala Sumbangsih dah bermula, Liga pun bermula masih ligat lah PI sibuk ye.
Hari2 Iman belanja ni. Untung la Bonda.
ReplyDeleteek eleh kedai ni...dah takde tak reti2 nak bagi tau eh? dibuatnya mmg org tunggu lauk tu dah berjanggutlah tunggu tak makan-makan lauk lain
ReplyDelete