ASSALAMUALAIKUM...
DULUUUU.. Sk ingatkan Sk anak bongsu. Rupa-rupanya ketika Sk berusia lima tahun, Sk dikurniakan seorang adik perempuan yang sangat
cengeng comel yang dipanggil Azwa. Semalam, Azwa menyambut hari lahirnya yang ke 34. Sk doakan semoga Azwa dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Terlanjur Azwa atau CikWa berada di JB kami buatlah 'surprise' untuk dia. Sk memang tak sempat buat kek, sempat buat di kedai sahaja. Kek Mangga menjadi pilihan.
Dulu-dulu, Sk lah yang selalu disuruh menjaga Azwa bila ibu sibuk di dapur. Kakak Sk pulak rajin tolong ibu di dapur. Jadi Sk lah yang selalu kena jaga adik. Sk ingat lagi, setiap kali Azwa nak tidur, Sk suka menyanyi untuk Azwa. Lagu yang paling kerap Sk nyanyikan berulang-ulang adalah lagu 'Kau Lupa Janji' nyanyian asal Jamal Abdillah. Poyo sungguhlaaa budak tecik umur lima tahun nyanyi lagu Jamal untuk tidurkan adik, kah kah kah.
Biasalah adik beradik, kalau tak bergaduh bukan namanya adik beradik, kan... hahaha. Tapi bila dah
tua besar ni selalu teringat zaman kecik-kecik dulu. Zaman kami hidup sebagai satu keluarga. Ada abah, ibu, Along, Angah, Sk, Azwa dan Aini. Zaman berubah.. kehidupan berubah. Masa sudah terlalu jauh rupanya meninggalkan kami. Namun kenangan tak mungkin akan terhapus. Bila berkumpul ada sahaja cerita kisah dulu-dulu.
|
lakonan semula... |
Setiap kali sambut hari jadi sesiapapun dan ada Azwa, mesti akan timbul semula kisah Azwa tertelan buah ceri semasa hari jadi Angah. Budak lagi masa tu. Bila tengok buah ceri merah-merah terpacak atas kek cepat-cepat ambil takut tak dapat. Sedang jilat-jilat buah ceri entah macam mana bolehlah pulak termasuk dalam mulut dan tertelan. Terus terbekik kat situ. Nasib baik ada Angah nampak. Bulat mata tertelan buah ceri katanya. Mujur tak tumbuh pokok ceri dalam perut kau CikWa.. kakakaka.
Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
ReplyDeleteTerkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
adoi.. sib baik takde apa2
ReplyDeletebudak2 mmg terkam kalau tgk kek ;)