KUDAPAN yang menjadi viral di dapur rakan-rakan dan rakan punya rakan punya rakan mukabuku Sk, POTATO FRITTERS. Huiiii.. cantik betul rupa Potato Fritters mereka, Sk punya ni tak penyabar. Sepatutnya kentang yang disagat tu jangan berair ya supaya boleh mendapat rupa Potato Fritters yang hensem... hehehe. Yang penting sedappp, memang terbaiklah. Terima kasih kepada Pn Noraida Durani yang berkongsi resepi ini, Sk kongsikan di sini pula.
Potato Fritters
3 biji kentang ( disagat)
4 sdm tepung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (Sk tak letak)
Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-caranya :
~ Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati.
~ Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak-agak leper....balik-balikkan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos cili

Salam jumaat yer ! Yang ini mmg best lagi2 makan masa panas2 dalam hujan pergh terangkat ler
ReplyDeleteHuii...mengancamnyaaa.....
ReplyDeleteSedapnya. Tapi nak kena beli sagat dulu. HUHUHU.
ReplyDeleteU've been tagged!
http://suzlinazreena.blogspot.com/2014/09/giveaway-saya-nak-sihat.html
wah dah buat gak, mmng sedapkan Yus...
ReplyDelete