SALAM MERDEKA... CERITA DULU-DULU... RENUNGAN MASA TUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...




ALHAMDULILLAH... 57 tahun sudah kita mengecap nikmat merdeka. Walaupun tidak melalui zaman sukar sebelum merdeka namun trauma tu tetap ada setiap kali menonton filem-filem seperti Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Acapkali selepas menonton filem-filem ini Sk akan mengalami mimpi ngeri. Bukan sekali dua Sk mimpi tentang serangan komunis ni. Macam nak tercabut jantung bila nampak komunis lari-lari pegang senapang di belakang rumah. Berpeluh-peluh dibuatnya. Rupa-rupanya mimpi... fuhhhhhh! Lega....


Sk berdoa, nikmat kemerdekaan ini akan terus dapat dinikmati oleh anak-cucu-cicit kita di masa akan datang. Sukar sebenarnya hendak menerangkan kepada mereka tentang betapa pentingnya bagi kita mengekalkan keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Juga untuk melahirkan rasa cinta terhadap tanah air yang berdaulat ini. Dapatkah anak-anak kita menzahirkannya? Ini kerana anak-anak kita kebanyakannya dilahirkan di dalam zon selesa. Mereka tidak pernah merasa apa yang pernah ibu bapa mereka alami dulu. Celik sahaja biji mata, terus menuju ke bilik air yang terletak di dalam rumah. Pusing kepala paip sudah keluar air. Yang lebih kaya, mandi bersiram air panas. Yang kurang kaya macam Sk ni mandilah air sejuk jer. Duluuuu.. masa Sk kecil, jenuh nak mengangkat air ke jam*** pagi-pagi buta. Dah tua-tua ni barulah dapat merasa nikmatnya ada tandas dalam rumah sendiri, hihihi.

Errrrr... apa kena mengena sambutan merdeka dengan tandas???

Lepas tu bila nak mandi, kena cedok air dalam baldi. Nasib baik ada bilik air dalam rumah.. ada paip air dalam rumah. Tapi, mak aihhhh! Sejuk giler weiii. Brrrrrr... Mandi asal boleh. Sabun mana sempat. Shampoo rambut??? Memang tidaklarrrrr.... sejuk punya pasal semua pakai larong jer. Yang lagi seram ada pulak makhluk-makhluk gatal yang mengintai di belakang rumah. Kurang ajar betul. Elok azan subuh berkumandang pergilah ke surau, ini terbongkok-bongkok belakang rumah orang mengendap anak dara mandi. Nasib baiklah zaman belum ada teknologi di hujung jari. Yang selalu jadi mangsa kakak Sk yang di Melaka tular. Maka akan terdengarlah pekikan dan laungan di subuh hari bila tersedar ada mata mengintai dalam bilik mandi.. huwa huwa huwa!! Fobia!!!

Lepas tu siap-siaplah untuk ke sekolah. Kalau nasib baik abah hantar naik teksi. Biasanya kami berjalan kaki kecuali Along yang kena naik bas sehingga ke Teluk Kerang. Masa tu kami bersekolah rendah di Kampung Rimba Terjun, Pontian. Kalau ada duit lebih di kocek kami ikut Along naik bas berhenti-henti. Sampai sekolah, nak picit loceng, badan tak cukup tinggi, menjeritlah kami suruh drebar bas berhenti.. hihihi. Haiiii... semakin jauh meninggalkan zaman kanak-kanak rasa semakin rindu dan semakin tua... urmmmm...

**RENUNGAN MASA TUA

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yang boleh kita makan, makanlah;
» yang boleh kita pakai, pakailah;
» yang ingin kita beli, belilah;...
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbahagi, berbahagilah...

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.
 
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung. Berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan... semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana kifarah itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak-anak tidak ada batasnya. Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! Tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar. Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku. Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"

Semoga bermanfaat.
 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Merdeka awak..

    Kita kekalkan kemerdekaan ini..

    ReplyDelete
  2. Sungguh SK.. walau kita celik mata dah merdeka tapi kita kena jaga kemerdekaan ini
    Tak mahu menjadi huru-hara ada peluru di sana-sini.
    Nak cari makan pun susah..

    ReplyDelete
  3. mengenang kemerdekaan. saya kawin pada tarikh kemerdekaan negara. hehhhhh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!