RESEPI RENDANG KERANG MAK SITI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM petang Sk pergi ke rumah ibu. Ambil kesempatan sebab ER ada acara kerja di sebelah malam. Bukanlah kalau ER ada Sk tak boleh jumpa ibu tapi biasalah kita nikan kadang-kadang hendakkan 'privacy' nak lama-lama sikit jumpa ibu kita. Kalau ada ER macam-macam pulak plan dia nak cepat balik.. nak tengok bolalah, nak tengok badmintonlah.. nak tengok beritalah. Aiiiii.. macamlah dekat rumah ibu kita tak ada tv kan... errrrrr..

Sebenarnya Sk takut ibu merajuk sebab hari tu ibu ada telefon suruh datang pasal ibu masak Rendang Kerang dengan sayur kubis masak lemak ke goreng ke.. lupa. Sk sebenarnya bukan tak nak datang tapi dah lauk rendang kerang tu ER tak makan. Sk tengok kerang bakar pun ER macam tak berapa nak minat. Kalau kerang sambal tu ER makan itupun kena ada sampingan lauk yang berkuah walaupun kari telur. Jadi, daripada tengok dia terkulat-kulat kunyah nasi dengan telur dadar ditambah muncung setengah depa, SK menolak pelawaan ibu. Lagi pulak hari itu Sk sibuk menghantar dan mengambil Iman dari kelas tuisyen, esoknya dah nak kerja. Jadi semalam tu konon-konon nak pujuklah hati ibu Sk (mana tahukan kalau dia merajuk takkan nak cakap kat anak) Sk datang membawa selambak sayur kangkung yang segar bugar pemberian kawan sekerja SK yang ada kebun sayur. Separuh sayur tu Sk dah siang siap-siap petang kat pejabat sebelum balik.. :))))) jadi ibu tinggal goreng belacan jerlah. Bertuah punya anak.. bukan patut anak yang gorengkan sayur untuk maknya.. huwa huwa huwa.

Jadi, sementara tunggu kakak Sk balik Sk borak-borak dengan ibu. Sambil-sambil tu jari ni dok menggodeh dekat tab, kan.. ibu Sk tanya, mana gambar Rendang Kerang yang Ani masukkan dekat fb? Sk pun tunjuk... ni ha.. bagilah resepi nanti Uda boleh tulis dekat blog. Ibu kata dia dah lama tak menulis, dah tak pandai.. Sk kata tulis aje.. tulis jawi lagi bagus.. orang mesti suka baca... kan.. kan.. kan... lepas tu Sk tengok ibu tulis.. tulis jawilah.. ra nun dal nga... dal alif ga ya nga... Eh.. tu Rendang Daging.. orang nak resepi rendang kerang.. hehehehe. 

ini rendang daging
Lepas tu ibu kata, gambar tu gambar rendang daging... hahahaha.. Tipah Tertipu rupanya.. lepas tu bila tanya Ani rupanya dia kata salah masukkan gambar.. cari-cari gambar rendang kerang dah hilang... ahhhh.. gasaklah.. atas permintaan ibu.. nah.. silalah salin resepi Rendang Kerang ni ya. Errrr.. ada yang tak boleh baca jawi??? Tak apa.. Sk taip rumi kat sini.. wokeh!!!

Sila belajar wokeh!!!


 
 
p/s perasan tak resepi tu ibu lupa bab kerisek.. hehehe.. jadi ingat ya,
sebelum diangkat masukkan kerisek..
hehehe.


Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Silap SK jangan translate to rumi lets everyone baca yg jawi tu hihi... kakak suka:)

    ReplyDelete
  2. org dulu2 bawang2 tu dipanggil butir bukan biji cam sekarang..

    ReplyDelete
  3. mengancam rendang kerang ni..


    sama mcm mama lya..semua buku resepi tulisan jawi.. hehe
    klo tulis apa2 pon tulisan jawi.. bila rumi..mesti ejaan lama2

    ReplyDelete
  4. Bahan giling tu kakkkk....bukan blender. Perghhh...kagum..kagum. Cantik tulisan jawi mak akak yer... Mudah nak baca....

    Psst : Hubby saya plak suka pasang telinga kalau saya nak borak2 dengan mak. Dia seronok dengar gossip. Bolehh?

    ReplyDelete
  5. Chantek nye tulisan jawi mak sari.
    Agaknye org kedah ni mmg tk mkn kerang kot. Asben akak pun tk mkn kerang. Anak2 pun ikut sama mcm babahnye hu3...akak sowang je makan. Dulu arwah mak abah ada bole geng mkn kerang. Skrg tk de sesapa nk mkn bsama2. Kalau mkn char kue tiaw jenuh la akak mkn kerang ank2. Semua pas kat ibu.
    P/s jenuh gak nak merumi kan resepi ni he3...

    ReplyDelete
  6. Wahhh...cerita rendang kerang ye..suke,suke sgt....walo pun silap gambo ye..
    Tulisan jawi mak akk mmg cunn..😉

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, teringat kat mak. Tulisan tu lebih kurang tulisan jawi mak saya. Mak dulu ada buku resepi yg dia tulis sendiri, sebahagiannya memang mak tulisan jawi..

    ReplyDelete
  8. Mana pulak lupa kerisek SK. Tengoklah mak dah jelas tulis tu - dal wau ailf (2) sin wau dal wau (sudu) kaf ro ya sin ya kof (kerisek). Dan last sentence tu mak ada tulis - sebelum diangkat masukkan kerisek. Mak tak salah - mak PANDAI! hihi... bravo mak:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!