EVAROS ALOE VERA AQUA GEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM...

TAK semua insan di dunia ini bernasib baik dilahirkan dengan kulit yang cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sk selalu merasa kagum terutama bila melihat model-model yang dilahirkan dengan kulit sempurna. Tipulah kalau tak cemburukan. Badan tu dah tentulah selim melim kulit pula cantik tanpa cela. Bertuahnya mereka, kan. Kata orang kalau nak kulit cantik kenalah jaga pemakanan. Mungkin betul jugak faktor pemakanan boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kalau hari-hari doklah mengadap makanan yang berminyak dan berlemak manalah nak datang cantiknyakan... huhu.

Haaa.. tu satu. Satu lagi petua nak dapatkan kulit yang cantik yang tak memerlukan belanja. Cukup dengan mengamalkan petua. Ya... wudhu. Pehhhhhhhhh! Ini statement yang selalu dikeluarkan artis-artis yang tak dimakan usia. Habis tu, makcik-makcik yang dah berkedut tu tak ambil wudhu ke Cik Retis oiii. Hati kena bersih katanya. Urmm.. seolah-olah orang yang muka berjerawat penuh tu tak pernah ambil wudhu dan hatinya kotor.. :p

Masa Sk kecik-kecik dulu.. kami selalu diajar. Nak muka cantik.. kulit licin kalau makan tu pinggan kena bersih. Jangan ada sebutir nasi pun yang tinggal. Selain dari rezeki, katanya kalau makan bersepah nanti muka kita akan banyak jerawat. Jadi, sebab nak muka cantik, tak mahu rezeki putus memang bersih pinggan tak ada sebutir nasi pun yang tertinggal.. sampai sekarang pun Sk makan pinggan licin tau. Kalau yang tinggal tu tulanglah.. takkanlah nak makan tulang pulakkan.

Urmmm.. tak ada maknanya. Tetap jugak cik jerawat tak jemu singgah ke muka ni. Dari zaman remaja sunti sampailah dah jadi remaja purba ni. Tak kiralah time bendera jepun naik atau turun.. jerawat tak pernah jemu nak singgah. Macam-macam cara nak jaga makanan.. kurangkan berminyak. Jangan makan kacang. Jangan makan coklat. Tapi tetaplah jugak. Setiap bulan beratus duit yang habis untuk beli produk khas kulit berminyak dan berjerawat. Sampai Sk dah tak ingat produk apa yang Sk pernah guna. Masa mula-mula pakai, wahhhh.. jerawat mula berkurangan. Tapi lama-lama kulit ni mula imun terhadap produk tersebut.

Kalau lalu di mana-mana kaunter produk, memang selalu dapat ceramah percuma. Banyak kali tergoda dan terbeli. Nak cantik punya pasal. Kadang fikir betapa beruntungnya mereka yang tak ada masalah kulit. Tentu duitnya dapat dijimatkan membeli benda-benda lainkan. Ramai jugak yang bagi petua-petua untuk kecantikan kulit. Yang mana tak pernah Sk cuba dan buat... cuba cakap. Tapi.. rajinnya mula-mula ajelah. Lepas tu ke laut... hahaha.


Antara petua yang palinggggg popular masa tu ialah daun lidah buaya. Hahaha.. nasib baik bukan lidah buaya. Mana nak cari?? Carilah pokok lidah buaya. Pokok lidah buaya ni adalah sejenis tumbuhan kaktus. Sk rasa ramai yang tahu tentang pokok ni dan ada menanam di rumah. Rumah Sk pun ada. Daun lidah buaya ni agak tebal dan di dalam daunnya mengandungi gel yang mempunyai begitu banyak khasiat. Nak petik daun tu kena hati-hati sedikit kerana kelilingnya berduri. Lepas tu patahkan tengahnya dan barulah boleh korek keluar gel tu.


Tapi, Sk tak sukakan bau gel tu. Haaa.. banyak benar alasan macammana nak cantikkan. Kalau baru patah, bau tu masih ok lagi. Kalau dah lama sikit makin tak sedap baunya di hidung Sk ni. Lagilah kalau nak sapu kat muka, kan. Hidung ni asyik mencemik-cemik jer menahan bau.. hahaha. Lepas tu Sk adalah beli beberapa produk yang menggunakan lidah buaya atau aloe vera ni. Memang kebanyakannya tak sedap di hidung. Sudahnya membazir macam tu jer bila beli.


Bila diperkenalkan dengan Aloe Vera Aqua Gel dari Evaros ni pada mulanya Sk fikir mesti nanti baunya tak sedap jugak. Aloe Verakan.. tak tahulah hidung orang lain tapi Sk memang tak suka baunya. Tak sabar nak tunggu sampai rumah, Sk buka dalam kereta. Hurmmm... Wanginya sampai menenggelamkan bau hapak kereta Sk tu.. hahaha. Memang tak ada bau aloe vera langsung. Wahhh.. kalau macam ni bolehlah sapu satu badan tak payahlah pakai minyak wangi lagi... hihihi.


Kalau nak tahu Aloe Vera Aqua Gel ini merupakan produk dari Siri Rawatan Kecantikan Evaros yang sememangnya sudah terkenal dengan kebaikannya merawat kulit muka dari kesan penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone. Haaa.. macam muka SK nilah. Tak tahulah dah berapa beledi Tretinoin dan Hydroquinone yang meresap. Bayangkan berpuluh-puluh tahun menggunakan produk yang entah apa-apa. Sekarang ni memang Sk dah tak terpengaruh langsung.

Aloe Vera Aqua Gel ini dirumus khas dengan pati Aloe Vera, Teh Hijau yang kaya dengan anti oksida dan pati-pati botani semulajadi lain yang berupaya untuk membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit serta membantu memperbaharui kulit. Ia juga mempunyai kebaikan 6 dalam 1 iaitu sebagai masker, menegang, menyegar, melembab, menyembuh luka dan merawat kulit bermasalah.

Sebab tulah Sk berazam untuk menggunakan Aloe Vera Aqua Gel ni dengan konsisten. Tambahan baunya yang harum tu sampai tak sabar-sabar Sk nak guna. Yang bestnya lagi, Aloe Vera Aqua Gel ini mudah menyerap dalam kulit.. taklah rasa melekit-lekit. Kulit pun rasa lembab tapi tidaklah berminyak. Dalam masa yang sama ia dapat mengatasi masalah kulit berjerawat, kering, berkedut dan kasar. Maklumlahhhh.. dah tua.

Haaa.. ini bukan untuk kegunaan kulit wajah sahaja tau malah kita boleh gunakan ia sebagai losyen. Kalau kulit melecur atau digigit serangga dan binatang bolehlah sapu gel ini untuk mengurangkan bisa. Mereka yang mengalami kulit alah dan alergi juga digalakkan untuk menyimpan sebotol gel ini di rumah. Selain tu kulit bermasalah macam panau, kurap, kudis, bisul pun boleh sapu jugak. Begitu juga kulit proriasis dan untuk kulit kasar, tumit kaki merekah dan pecah juga boleh menghilangkan parut.

Aloe Vera Aqua Gel ini juga bersifat anti bakteria dan anti kulat di mana ia dapat menghalang jangkitan kuman dan mengelakkan luka dari merebak. Jadi, kalaulah kulit anda luka bolehlah letakkan aqua gel yang bersifat anastetik ini di mana ia dapat mengurangkan kegatalan, lebam dan kesakitan pada luka. Aliran darah juga ditambah bagi mempercepatkan penyembuhan dan meransang pertumbuhan sel baru. Ia juga mengaktifkan fibroblast sel kulit yang bertanggungjawab dalam proses menyembuhkan luka

Bukan sahaja berkhasiat pada kulit, sebagaimana aloe vera yang asli, aloe vera aqua gel juga boleh digunakan pada rambut tau. Nak rambut lebat, hitam dan bersinar.. sapulah aqua gel. Nak bunuh kuman untuk menghilangkan bau tidak selesa.. sapulah aqua gel. Nak sejukkan kulit kepala sapulah aqua gel. Kulit kepala gatal... kulit kepala luka.. sapulah aqua gel. Kalau kepala berkerak atau berkelemumur.. apa lagi, sapulah aqua gel. Berbaloi-baloiiii!!

Yang paling istimewa sekali, Aloe Vera Aqua Gel ini mudah menyerap dan menjadikan kulit anda lebih lembab dan tegang sepanjang hari. Memang rasa sangat berbeza bila gunakan aqua gel ni sebab kulit Sk ni jenis yang berminyak. Tapi hari ni tak rasapun berminyak dan bila tengok cermin tak berkilat macam selalu.. terus paksa Iman pakai sekali sebab tahulah Iman kan sedang meningkat remaja.. masalah sama macam Sk dulu.. kulit berminyak dan berjerawat. Paling best sekali #evarosaloeveraaquagel ini juga boleh digunakan di samping produk lain dan ia sesuai untuk semua jenis produk yang anda gunakan.


#evarosaloeveraaquagel ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 100 gm dan 30 gm


Haaa... kenal tak? Fimiedon dan Finiedon juga merupakan pengguna dan pengedar produk #evaros tau. Paling penting produk ini juga telah mendapat pengesahan halal oleh JAKIM.


Jom tengok testimoni produk.. wahhhh! Tak sabar Sk nak ikut  jejak mereka tau.
Ha... orang lelaki pun boleh guna tau...


Macammana nak beli ni Sk?? Haaa.. kat sini Sk tuliskan senarai pengedarnya ya. Kalau rasa nak cuba bolehlah cuba hubungi mereka ya..

Pengedar #evaros #evarosskincare #evarosaloeveraaquagel

1. Gombak, Selayang, Kuala Lumpur
    Atiqah 013-2841767

2. Ampang, Ulu Langat
    Zuraidah 019-3238246

3. Damansara
    Darlacharms by Finiedon 012-6801051

4. Ipoh, Manjoi, Silibin
    Alwiah 012-7133502

5. Johor Bahru
    Deliza Kosmetik - Jln Padi Emas 1/4, BBU

Boleh juga kalau nak berhubung terus dengan Sk ya.. macam biasalah boleh whatsapp Sk di 0127799705 atau sms 0127844524.

Harga : 100 gm RM49.00 Postage RM6
             30 gm RM29 Postage RM6

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi.. jom pergi ke fb Page Evaros Skin Care
atau Instagram Evaros_Skincare

Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalam..

    Mula2 masuk td terkejut tgk gambo beso gileee hehehe
    Sangat bagus kan produk ni, kita pakai sikit pun x melekit rasa tegang muka, nanti kita nak try sabun muka dia plak laa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!