MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, January 21, 2015

IMAN - 14 TAHUN


Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. berganda rezeki Iman untuk hari lahirnya tahun ini. Cik Ani bermurah hati sponsor kek dan beli bahan mentah untuk hidangan sempena majlis hari jadi Iman. Ibu pulak tolong masakkan dan sponsor tempat. Baru jer nak mula masak kuey teow cantonis, Nenek Alang (kakak nenek) muncul membawa pulut kuning dan rendang ayam. Juga sepapan telur pindang dan seplastik besar jambu air. Syukurrrrr9999x


Punyalah surprise sampai lupa nak hembus lilin sebelum potong kek.. hahaha.


Macadamia Cake dari Secret Recipe.
Kata Cik Ani dah lama beno tak makan kek SR. Tengok kek kedai lain semua tak menarik dan berbaloi. Ekonomi bonda tengah melecet.. syukur ada yang teringin dapatlah kita menumpang tuah.


Pulut Kuning yang dibawa Nenek Alang. Rasa pulut yang sungguh lunak ditambah Rendang Ayam yang sungguh marbeles. Tambah lagilah dengan telur pindang.. memang betul-betul Johoreanlah!


Inilah Nenek Alang.. ibu saudara Sk. Orang Felda Ulu Tebrau.. orang Tiram mesti kenal.. glemer ni tau!
Dalam kalut lupa ambil gambar kami sekeluarga.. hahaha.


Di usia 14 tahun Sk dan Iman dah macam sebaya jerkan. Best Friend Forever katanya.


Kadang-kadang melawan jugak ni. Masa tu... no no no.. tak jadilah forevernya.. hahaha. Bonda terus jadi garang macam singa.


Tak sangka.. satu sekolah pulak tu.


Haiiiii... rindunya zaman sekolah.

Doa dan harapan



Terima kasih semua kawan-kawan yang mendoakan sama ada secara lisan atau di dalam hati semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt.

Salam dari Nur Iman Fatiha.

4 comments:

  1. happy birthday Iman!!!!

    Baru betul2 Johoreannnn..ada telur pindang!

    ReplyDelete
  2. Amiin. Happy Birthday, Iman darling. Semoga menjadi anak yang solehah, muslimah yang cemerlang. Perghh...akak pakai baju sekolah...sebijik cam budak sekolah tau.

    ReplyDelete
  3. murah rezeki iman.. ramai dtg bawa makann utk birthday.. smg iman menjadi anak yg solehah n berjaya dunia akhirat insyaAllah :)
    mmg dh macam adik ngan kakak dah :)

    ReplyDelete
  4. Beruntunglah Iman, ramai yg prihatin. Aziz punya birthday tak sambut kot. Ada jg dia komen, tak dpt sama2.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...