Assalamualaikum...
KEUNIKAN nama restoran ini berjaya menggamit kami untuk menempuh perjalanan jauh ke sini semata-mata untuk menikmati keenakan kari kambingnya yang terkenal sehingga menjadi tarikan ramai. Setiap hujung minggu dikhabarkan deretan kereta memenuhi sepanjang pinggir jalan di restoran berkonsep terbuka ini.
Pelbagai persepsi kawan-kawan facebook bila Sk paparkan gambar ini. Ada yang kata kari kambing tu dimasak selama 40 hari. Ada yang kata kambing tu disimpan selama 40 hari selepas disembelih barulah dimasak. Hahaha. Dan seorang kawan Sk yang biasa berulang alik ke sini menerangkan bahawa restoran ini dibuka selama 40 hari dan tutup untuk tiga hari. Tu yang dapat nama macam tu... oooooo.. kata yang lain.
Menu yang paling popular di sini tentulah kari kambing yang dinikmati bersama roti canai (sarapan) dan juga nasi arab yang disediakan oleh seorang chef. Restoran dibuka seawal 7 pagi dan ditutup bila semua makanan telah habis dijual. Masa Sk datang ni dah lebih pukul 3 petang dan ngam-ngam sahaja nasi yang tinggal untuk 3 orang tau. Ramai yang datang kemudian pulang dengan kehampaan.
Tidak susah untuk datang ke sini. Anda perlu melalui jalan lama arah Yong Peng dan Ayer Hitam. Seperti kebanyakan restoran nasi arab anda boleh memilih hidangan disajikan secara individy atau meminta hidangan yang disediakan di dalam dulang. Harga??? Berpatutan dan berbaloi...
Burpppp!! Alhamdulillah.
Kakak jarang ikut jalan lama Yong Peng Air Hitam
ReplyDeleteLain kali kalau teringat nak cubalah mana tahu ada rezeki..
tak pernah sampai lagi.. nampak menarik
ReplyDeletejauhnyaa nak merasa. :(
ReplyDeleteSaya pernah dengar ni kak... Sedap ke kari kambingnya?
ReplyDelete