BEEF HOR FUN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...
 
 
BEEF Hor Fun ini Sk masak  pada petang minggu lepas. Kira masih baru lagilah.. huhu. Sebenarnyakan.. Sk banyak sangat gambar makanan dalam album. Ada yang Sk masak.. ada juga yang makan di luar. Tetapi beberapa masalah teknikal yang melanda membuatkan Sk tak dapat nak post gambar-gambar tersebut. Sayang pulak kalau memori makan-makan tu tak diabadikan di sini. Kan kita ni blogger makannnnn.. kekekeke. Sk harap gambar-gambar tu tak basilah nanti... nanti Sk kongsikan satu-satu ya. Harap jangan ada yang muntah pelangi kalau lepas ni berderet-deret entry. Ececeh... cakapppp.. padahal nanti berminggu-minggu tiada cerita di Alam Sari.. hihi. 
 
Okey... jom.. jom salin resepi orang yang tak berapa pandai masak ni. Ni kalau sepinggan pun dah beringgit-ringgit tau. Kalau nak makan sekeluarga lebih baik masak sendiri. Cuma Sk nak ingatkan, walaupun bahan-bahannya murah dan mudah tapi kalau anda baru nak pergi kedai beli kicap cair, kicap pekat, serbuk lada memanglah jadi mahal nanti. Jadi, pastikan di dapur kita sentiasa ada bahan-bahan asas untuk memasak ya. Macam di rumah Sk ni, kicap-kicap dan sos-sos memang tak boleh putus.. kena sentiasa ada dalam peti sejuk.
 
Beef Hor Fun
(4 orang makan)
 
200 gram daging lembu hiris nipis
6 cawan air
2 inci halia
 
Rebus daging lembu dengan air dan halia sehingga daging empuk.
Sementara rebus tu bolehlah rilek2.. hehe
 
Kuey Teow
2 sudu besar minyak masak
1/2 bungkus kuey teow
3 sudu besar kicap pekat
 
Panaskan minyak masak
Goreng kuey teow bersama kicap pekat
ketepikan ke dalam pinggan lebar
 
Kuah
 2 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih (dicincang)
beberapa keping fish cake dihiris (jika suka)
1 ikat sawi (asingkan batang dan daun)
 1 sudu besar serbuk lada putih
1/2 sudu besar garam (atau sesuaikan rasa)
4 cawan air rebusan daging lembu
3 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air (kacau rata)
2 biji putih telur
 
Panaskan minyak masak
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan fish cake.. goreng sekejap
Masukkan air rebusan daging lembu.. garam dan serbuk lada sulah.. biar mendidih
Masukkan batang sawi.. tunggu lembut sekejap
Masukkan hirisan daging lembu
Masukkan sawi.. biar mendidih
Masukkan air tepung jagung.. kacau rata-rata sehingga pekat dan mendidih
Tutup api... masukkan putih telur.. kacau bentuk bulatan.
 
Tuang kuah ke atas kuey teow tadi.
 
Hidangkan bersama cili jeruk atau cili padi potong yang diletakkan kicap cair.
 
 
 
 
 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya kalau dapat makan panas2... :)

    ReplyDelete
  2. Terbaik la..
    Saya kalau ke Restoren Mohd Chan Abdullah, ni lah antara meal yg saya suka order...sebab selalunya restoren cina muslim aja jual...
    Boleh la minta wife try buat..dah ada resepi tu :P

    ReplyDelete
  3. Disebabkan entry akak ni, saya telah beli kuay tiaw kungfu untuk lunch hari ni tau. Tapi masiiiinnnnn...huhuhuhuhu...

    Okeh kak..saya dah bersedia nak menghadap gambar makanan...let's roll it babeh...

    ReplyDelete
  4. ini ke Beef Hor Fun..hehe..kejakunan pula

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!