Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH... diam tak diam kita telah menjalani ibadah puasa di 5 Ramadan. Belum pun seminggu dalam bulan yang penuh berkah ini Sk telah mendapat khabar pilu apabila kehilangan seorang ahli keluarga iaitu anak saudara lelaki di sebelah Encik Rizar. Hafez Mohd Taufek yang merupakan anak sulung kepada abang ipar Sk yang tinggal di Pulau Pinang, juga merupakan cucu sulung di sebelah ER telah pergi menemui pencipta-Nya setelah hampir 6 bulan disahkan mengidap kanser usus. Arwah yang dilahirkan pada 1 Ramadan 30 tahun lalu dijemput pulang pada petang 2 Ramadan 1436H bersamaan Jumaat, 19 Jun 2015.
Siapa sangka di sebalik senyuman ini, terselit seribu satu kesakitan yang disembunyikannya. Bila mendapat tahu bahawa Hafez disahkan kanser, banyak kali juga hati ini memohon agar keputusan doktor tu sebenarnya satu kesilapan. Macam dalam drama-drama tukan.. rupa-rupanya salah fail.. terambil fail pesakit lain.. gitu. Tapi akhirnya kami terpaksa menerima kenyataan apabila keadaan Hafez dilaporkan semakin kritikal di mana buah pinggang dan hatinya tidak lagi berfungsi... hanya lebih kurang 6 bulan selepas arwah dimasukkan ke wad kerana mengadu sakit perut dan demam.
Di hari bahagia adiknya.. Sk pernah tuliskan dalam entri sebelum ini.
Masa ni sebenarnya arwah baru sahaja sehari (tak silap) keluar dari hospital dan doktor belum lagi mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya.
Bersama keluarga yang dikasihi dan sentiasa dilindungi. Anak yang sangat lembut dan hormat terhadap kedua ibu bapanya, tok, pakcik makcik, sepupu sepapat malah terkenal dengan kebaikannya di kalangan sahabat.
Di kalangan sepupu arwah senang dipanggil Nana (Abang)
Kali pertama dimasukkan ke wad. Gambar yang di'tag' kawannya di fb, masa ni memang agak terkejut juga tetiba masuk wad tambahan beberapa hari lagi akan berlangsung majlis perkahwinan adiknya, Nabil.
Lawatan dari kazen-kazen mengharapkan Nana Hafez segera sembuh dan dapat jadi pengapit Nabil nanti.
Lihatlah betapa kuat semangatanya..
Kenangan terakhir bersama keluarga. Maaf ya Azreen, bonda cilok gambar Azreen di ig.
Al-Fatihah utk Arwah....seorang yg suka trsenyum
ReplyDeleteSemoga Arwah ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman
Dari Allah kita datang kepada Nya kita kembali.. Sedih namun itulah hakikatnya ... dah sampai masanya.. terkenang pula situasi yg sama apabila arwah suami dipanggil Ilahi hampir setahun yg lalu.. setelah azan asar berkemundang.. suasana rasa sayu wp dlm keramaian... dalam pukul 5.30 arwah disahkan telah pergi.. hujan juga turun dengan lebatnya..
ReplyDeleteAllah...takde kata mampu ditulis kak...
ReplyDeletetakziah...semoga tenang di sana
ReplyDeleteAl Fatihah dan salam takziah dari akak sekeluarga. Semoga rohnya tenang dan di tempatkan di kalangan hambanya yang beriman
ReplyDeleteAl Fatihah. Org yang baik selalu pergi dulu kan kak. Saya.dah berjurai2 air mata dah ni....
ReplyDeleteAl-fatihah dan salam takziah....tiba2 rasa sebak...moga Allah swt melimpahkan rahmat buat arwah dan ditempatkan dikalangan hamba2nya yang terpilih.....aminn...
ReplyDeleteAl Fatihah.. meninggal dlam bulan ramadhan.
ReplyDeleteAl-Fatihah...dalam sakit masih ada senyuman. Tabah betul hati dia...
ReplyDeleteal fatihah.. semoga keluarganya tabah dgn dugaan.. walaupon tak mengenali arwah tp sy sedih baca cerita ni
ReplyDelete