DER' CABIN BISTRO

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan Kareem. Kalau tengok di wall fb, ramai yang teruja dengan ketibaan Ramadhan seperti juga tahun-tahun yang lepas. Sk sendiri mengambil kesempatan bercuti sehari lebih awal dengan alasan nak mengemas rumah. Tapi sampai ke sudah, apa pun tak boleh.. hahaha.


Jadi, sebelum masuk ke bulan Ramadhan, Sk ingin kongsikan entri terakhir sebelum entri2 berbuka memenuhi ruang. Entri makan kali ini, Sk nak bawa anda semua singgah ke Der' Cabin Bistro yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai. Katanya, tekak Encik Rizar teringin benar nak makan masakan omputeh, jadi.. jom kita!


Come For The Food 
Stay for The Fun
gitewww...

Walaupun malam masih awal, senja baru berlabuh namun suasana meriah sudah memenuhi ruang khemah di hadapan bistro yang dibina seperti kabin.. sesuailah dengan namanya Der' Cabin. Seorang staf DCB kemudiannya datang menyerahkan buku menu. Dia kemudian meninggalkan kamu sebentar membelek menu. Memang tergaru2 dagu tak gatal memikirkan nak makan apa.. hehe.


Staf tadi datang kembali membawa pen dan kertas order. Terus Sk tanya, apa yang menarik di sini. Dia mencadangkan kami mrngambil 'ribs' yang menurutnya mendapat permintaan paling tinggi di kalangan pengunjung. Sk mengangguk2 mendengar penerangan yang sungguh mantap dan setiap patah kata yang keluar dari mulutnya meluncur macam dirakam. Dalam hati Sk, pengurusan DCB memang sungguh mementingkan PR di kalangan stafnya.


Percaya dengan kata2 manis tulah, Iman terus meminta Sirloin Steak. Terkejut bapak dia, hahahaa.. tengok harga RM22.90 tu. Takkan orang yang bayar nak makan lagi murahkan.. ER terus meminta menu yang sama. Hahaha.. Sk tak campur. Sk dah ready bahan nak masak di rumah siapa yang gatal tekak nak makan western kan.. hahaha.

yek elehhhh.. baru rm22.90 pun dah kecoh eykkk


Macam biasalah, air sampai dulu. Pilihan Sk, jus epal. Vanilla Shake untuk Iman.. amboiii.. bukan main jeling no..  Yang satu lagi tu, Ice Coffee untuk ER.


Appetizer yang sedap.. Mashball namanya, special appetizer untuk malam tu.
Meatball yang dihidangkan bersama mashpotato serta hirisan ayam yang digoreng rangup disirami sos lada hitam. Sedapppp.. Sk bagi 3.5 bintang.


Chilli & Garlic Shrimp. 
Pasta Lenguini (tak silap namanya.. kalau salah eja mintak ampunnn)
Pada mulanya Sk minta Chicken Alfredo Pasta (memang penggila pasta) tapi adik staf ni kata, yang tu agak creamy dan kurang pedas. Kalau nak creamy dan pedas nilah dicadangkan ambil Chilli & Garlic Shrimp. Sk sebenarnyakan masih trauma lagi dengan kejadian Seafood Carbonara di Pots & Pans Cafe yang pernah Sk cerita di sini dulu tapi tawakal ajelah. Kalau datang macam kuah lemak kita siramkan aje kat dia.. haha. 

Bila satu suapan ke mulut sahaja terus pejam2 mata. Lemak berkrim disukai ramai sungguhlaaa.. haha. Bukan sahaja lemak tapi sangat berasa rempah ratusnya. Lemak dan spicy.. satu kombinasi rasa yang amat mengasyikkan gitu. Pastanya dimasak dan ditoskan dengan sempurna. Sk rekomen siapa yang suka berlemak la.. Sk bagi 5 bintang tauuuu!


Sirloin Steak.. masa ER order ni, staf DCB ni dengan yakinnya bertanya, nak masakan yang macam mana. Keluarlah istilah2 medium rare la.. medium laaa.. medium well laaa.. well done laa.. gitu. Tak silap ER minta medium rare.. terus dia kata, yang tu masak 50% sahaja.. dalam masih merah lagi. Lepas dia dok terang gitu gini.. ER setuju untuk medium well (tak silaplah) iaitu 70% masak. Lepas tu bila sampai, ER komplen ribs nya dah sejuk. Sk potong sikit.. yup. Agak tak berapa nak suam kot. Sejuk sangat tu tidaklah tapi kan kita kalau makan steak nak yang datang berasap2 gitu. Staf tadi terus datang dan mengambil semula pinggan ER untuk panaskan katanya. Sk syak bahawa sebenarnya semua ribs dah dimasak awal.. tu yang dia gelabah ayam sekejap bila ER minta medium rare.. entahlah.. hoho. Bila potong sedikit steak Iman, pun sama tak panas. Bagi Sk, steak ini memang agak sedap, daging tebal dan dimasak sempurna, dihidangkan bersama coleslaw yang berkrim tetapi friesnya alahai.. nampak sangat telah disediakan lebih awal. 

Setelah menunggu agak lama akhirnya staf tadi membawa semula pinggan ER.  Mahu bagi berapa bintang ya??? 3 bintang kot.. huhu.


Apa yang Sk perhatikan di sini, DCB mempunyai staf yang begitu komited dalam tugas masing-masing dan terlatih dengan setiap jenis makanan yang disediakan di sini. Mereka juga mendahulukan pelanggan yang datang awal. Ya, memang ramai yang terpaksa menunggu meja ya.. sila datang awal untuk mendapat meja segera.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web DCB seperti di atas.


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalu lalu je kak..x tau bila boleh singgah..Salam Ramadhan Almubarak kak :)

    ReplyDelete
  2. Mak oiii...cara akak.cerita pasal pasta tu membuatkan saya nak.terus terbang ke Masai. Syukur saya masih sedar.diri lagi... Takper..masuk.list!

    ReplyDelete
  3. saya pn baru je masuk entry dlam blog nanti singgah la ye nengok gambo2 yg smpat snap di der cabin di www.blogmakanbest.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Ok..concept Der Cabin..menarik..rasa makanan pun sedap..bangga dengan orang kita..kekalkan servis & quality..😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!