MAKAN DI THE SUBSTITUTES KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...


SALAM KHAMIS 17 Sya'ban 1436H. Kepada yang berpuasa, Sk doakan dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang elok agar dapat bertahan menjelang waktu berbuka nanti. Diam tak diam, dalam dua minggu lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan Al- Mubarak. Ada orang yang katanya nak makan puas-puas sebelum tibanya bulan puasa. Maklumlah, bulan puasa nanti walaupun selera kita besar (walaupun patutnya kena kecilkan selera) dan tekak nak makan macam-macam tapi bila dah berbuka dengan kuih sekeping dua pun dah kenyang. Lepas tu, walau dilambakkan makanan berplastik-plastik dari pasar ramadhan pun dah tak selera. Sudahnya semua masuk peti sejuk.. gitewww.

Kali ini Sk nak bawakan anda ke The Substitute yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Wisma Maria Johor Bahru. Pertama kali Sk tahu tentang The Substitute ini dari laman Johor Sedap. Dan atas cadangan kawan-kawan Encik Rizar yang pernah makan di sini telah menggerakkan hati kami untuk mencuba. Jom!

The Substitute ini adalah cafe terbuka ya. Dapurnya pun terbuka dan sampai-sampai sahaja kami telah ditegur oleh chefnya yang sedang sibuk memasak. Rupa-rupanya beliau nak bagitahu kebanyakan menunya telah habis. Tengok jam baru 9.30 macam tu. Urmmm..  maknanya memang cafe ini mendapat tempat di kalangan warga JB. Penuh ya.. tak ada meja. Nasib baik boleh tumpang meja kat warung mamak kat sebelah tu.

Apa yang kami 'order' ini sahajalah yang tinggal. Nasib baik ada nachos. Tak sahkan kalau makan di western cafe tak menjamah nachos. ER kata nachos ni lagi sedap dari Pots & Pans. Sk pulak kata Pots & Pans lagi sedap sebab ada chewyyyy cheese berbanding di sini menggunakan sos keju sahaja. Hahahha.. dasar hantu cheese cenggitulah. Sebenarnya Sk rasa nachos di sini agak keras sampai sakit lelangit. Istimewanya nachos di sini ada kepingan-kepingan daging yang dipanggang berama tomato salsa. Kalau ada pilihan paprika rasa lagi kick kot. Sk bagi 3.5 bintang.
Harga ANGUS NACHOS RM11.50


Sk sebenarnya nak makan pasta tapi tak ada rezeki semuanya telah kehabisan. Tak tahu nak makan apa, Sk pilih Lamb Burger. Selain hantu cheese Sk hantu kambing juga.. hahaha. Nampak tak cecair kuning tu? Mula Sk ingatkan sos lemon ke apa.. rupanya kuning telur pecah.. huhu. Bagi Sk, rasanya bolehlahhhh.. Sk bagi 3 bintang. Harga RM12.00


Pilihan yang sudah tak ada pilihan.. ER dan Iman makan Grilled Iggy Chicken Chop. Saladnya menggunakan salad yang sama dengan nachos. Rasa... sedaplah.. tak masin.. Sk bagi 3.5 bintang.

Harga agak tidak berbaloi RM15.50


Yang Sk suka di sini, Coconut Shake yang menggunakan air gula melaka. Memang cukup nyaman walaupun tak boleh lawan Coconut Shake Kelebang. Segelas RM4. Sk bagi 3.8 bintang. 

Errrr.. apasal tak bagi terus 4 bintang Sk???

Ntah.. huhu


Banyak pilihan tapi banyak yang habis. Anda rasa kecewa tak? Sk kecewa.. huhu. Nak pastaaaaa!!


Oh my my...Sk menyesal tak ambil Rooster Wrapper. Lain kali datang lagi.. insyaAllah.


Untuk maklumat lanjut boleh 'follow' 
Fb : The Substitutes Kitchen
Ig : The Substitutes

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakak rasa agak mahal jugalah berbanding rasanya di sini
    Tapi org seberang tambak kata murah itu yg mereka untung..
    Dia cepat habis sebab org yg ke Specialist wisma Maria ramai ke sini SK.

    ReplyDelete
  2. Huaaa sedapnya tapi jauh la plak kat johor hehe...by the way, salam perkenalan dari follower yang ke 813 :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!