Assalamualaikum...
DAH HAMPIR SEMINGGU ramadan berlalu. Walaupun sebelum bermula Ramadan tu niatnya berkobar-kobar nak update entri setiap hari namun harapan sahaja tinggal. Tapi macam sayang pulak gambar-gambar yang dah di'snap-snap' tukan.. jadi mari layankan jerlah ya.
Ini.. beberapa hari sebelum Ramadan. Kebetulan masa ni cuti sekolah, kan. Jadi, ajak Iman singgah bersarapan di kedai. Alsebenarnya Sk nak bersarapan di Warung Saga, Jalan Mahmoodiah.. tapi bolehlah pulak terpandang tempat ni. Ramai betul orang, jadi hati pun teringin nak tengok apa yang istimewa di sini.
Memang banyak sungguh pilihan tapi dah namanya orang Johor, lontong jugak yang dipandang. Lontong di sini lengkap dengan kuah kacang dan serunding. Paling best ada tempe.. hehehehe. Ni siapa nak datang kena tunggu lepas rayalah ya. Lokasi Warung Nasi Lemak Raja Alang, berhampiran Warung Saga, di Jalan Mahmoodiah juga. Buka setiap hari bekerja dari 7.30 pagi hingga 12 tengahari sahaja.
Malam-malam terakhir sebelum Ramadan, makan Chicken Chop di IT Roo Cafe yang terkenal dengan taglinenya.. The Best Chicken Chop In Town. Tapi bagi Sk, biasa jer.. oklah..
Lagi agenda makan di siang hari sebelum ramadan, Boat Noodle Sutera Mall. Kami 'order' semua jenis mee, maklumlah 'free'... hehehe. ER makan 5 mangkuk tapi asyik membebel kata lapar nasi.. huhu.
Hadaplah sampai kenyang, hari tu komplen cakap sikit sangat.. aummmm!
Suka mee yang kenyal2 tu.. susah nak jumpa kat pasaraya.
Burppp! Alhamdulillah...
Ni cerita sahur hari pertama... panaskan Sup Tulang Gaya Siam dan buat Kari Telur dan Daging Negro Feberet Pak Inche.
Untuk rekod, Sk tak masak di hari pertama sebab menurutkan kerenah ER nak cari baju raya di Muar.. tapi tak jadi beli pun.. tak berkenan langsung. Akhirnya jumpa di Batu Pahat, itupun untuk Iman jer. Sampai di Simpang Renggam dah masuk waktu berbuka. Lama jugak tunggu hidangan sampai, mujur dah beli siap2 kurma dan air botol.
Sampai rumah tetap masak nasi, sebab ER kata nak makan nasi dengan durian. Layankan jerlah perut suami kan kan kan.. Nasi tu memang dimasak untuk bawa ke sahur sekali.
Sebab kari telur semalam ada lagi, Sk tambah Sotong Goreng Kunyit.
Ni masa balik dari melawat anak saudara Sk di Penang hari tu, singgah berbuka puasa di Saudagaq Sup Junior, Tanjung Malim.
Tarikan di sini adalah Nasi Ayamnya.
Ini pula Mee Kari yang ditapau ER dari pasar ramadan. RM6 sebungkus, tahun lepas RM5.. ni naik singgit tapi tak kisahlah sebab mee karinya memang sedap dan harga bahan mentah pun mahalkan.
errr... bersambung nanti ya.
Selamat menjalani ibadah puasa dan berterawih ya.
Assalamualaikum Hai,Bonde blogwalking kat sini.
ReplyDeleteExchange Feed Group ada menganjurkan http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 ,
Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.
Adussss.. Terliur sudah.. Nyum3x..
ReplyDeleteAyoyo....sedapnya lontong tu kak.. durian pun nampak sedap banget.
ReplyDeleteKakak pun suka boat noodle yg kenyal-kenyal tu
ReplyDeletekalau boleh dpt di pasaraya biasa kakak pun nak cari juga.
pergh..banyaknya makanan..nmpk sedap semuanya..
ReplyDelete