SAYANG IMPIAN TOMYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...
 
KALAU malas nak masak di sinilah destinasi kami menjamu selera. Sayang Impian Tomyam ini terletak di Taman Impian Emas bersebelahan dengan Stesen Minyak Caltex. Apa yang boleh Sk simpulkan, masakan di sini sedap, layanan mesra dan tidak menunggu lama. Memang antara yang terbaik. Biasanya Sk datang di sebelah malam, jadi tahu sahajalah kedai tomyam, lampu pun manja-manja gitu. Kali ini Sk datang di sebelah siang, pencahayaan pun okey jadi rasanya nak kongsi dengan anda.. manalah tahu ingin mencubakan... jom!
 
 
Sup Tulang yang bukan tulang semata-mata.
Masih banyak daging yang direbus empuk menyaluti tulang. Memang betul-betul rasa sup siam.. antara sup tulang terbaik yang pernah kami jumpa dan setiap kali ke sini memang wajib minta sup tulang atau sup ekornya.
 
 
Daging Masak Merah. Haaa.. yang ini pun wajib juga.
Dagingnya cukup empuk, sos yang sedap dan seimbang.  
 
 
Baby Kailan goreng Sos Tiram. 
Memang selalu nampak lauk ni kat Alam Sarikan.. hahaha.
 
 
Asalnya Sk minta Udang Goreng Tepung tapi tukang masak tersalah buat, Sotong Goreng Tepung. Tak apa, okey jer. Cuma tepung sotong tu manis. Mula Sk ingat sos tu yang manis tapi bila Sk cuba tak cicah sos, rupanya memang tepung salut tu yang manis.
  
 
Tertelan-telan ailio tengok Sirap Bandung Tiga Layer.. haha.
 
 
Yang bestnya di sini, mereka bagi pencuci mulut percuma tau. InsyaAllah, kalau datang petang sampai pukul 8 ke 9 tu selagi stok masih ada.. Pencuci mulutnya pun sedap, kadang ada bubur jagung, pernah juga cendol. Kira siapa yang pernah makan di sini, pasti puas hati dan nak datang lagi.
 
Restoran Sayang Impian Tomyam
Taman Impian Emas (bersebelahan Stesen Minyak Caltex)
Buka Setiap hari.. petang hingga malam. 
 
Jom Kita!!
 
 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang telan air laju-laju tengok gambar yg SK post kan ni..
    Sup tu yg memang nampak sedap sgt tu..
    CH pun suka kalau daging nya dah empok..
    Senang nak makan..
    Tak lah liat hendak menggigit nya...
    Teringatlah pulak sup tulang mak yg sedap tu huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Daging tu yg penting, kena empok...
    Ni kadangkala, mintak daging masak merah..liat..kalau tak liat, lagi banyak lemak dari daging!

    ReplyDelete
  3. Sup tulang tu mengancam la pula

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok makanan. Boleh singgah nanti.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!