MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, June 15, 2015

SUP TULANG GAYA SIAM

Assalamualaikum...

AGAKNYA tak berapa puas makan sup tulang di kedai tomyam, kali ini Encik Rizar meminta Sk sendiri untuk memasak Sup Tulang Gaya Siam. Ialah, kalau di kedai tu semangkuk kecil pun dah RM8, itupun cuma ada tiga ketul alat-alat tulangnya dengan sedikit isi, jadi nak makan puas-puas katanya. Aaaa.. pandai ke Sk ni memasak. Bahan pun macam tak berapa nak cukup jer. Tak pe.. belasah jerlah janji ada rasa masam-masam sikit kannn..

Alhamdulillah, walaupun taklah sama betul rasanya dengan rasa Sup Tulang di Sayang Impian Tomyam tu, tapi masih ada unsur-unsur Sup Siam. Tengok kepuasan di wajah ER sepanjang duduk di meja makan tu, hehehe.. kira luluslah kan... Sk memang tak simpan stok sup bunjut jadi rasa rempah sup tu pada Sk agak kurang. Dan lagi komen ER, Sk kena letak sedikit sos ikan dalam sup tu. Ia ke?? Hahaha.. okey, ada ke sesiapa yang sudi nak cuba resepi belasahan Sk ni? Hahahaha...


Sup Tulang Gaya Siam

1 kilo tulang lembu*
Air secukupnya untuk merebus*
1" halia dihiris*

*Rebus sehingga cukup empuk

3 biji bawang merah besar dimayang halus
1/2" halia dimayang halus

Bahan rempah ratus
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas biji pelaga
5 tangkai bunga cengkih
Sedikit minyak untuk menumis

3 biji tomato belah empat
5 6 tangkai cili padi diketuk
2 senduk jus limau nipis
garam secukup rasa
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang

Panaskan minyak
Tumis bahan yang dimayang hingga harum 
masukkan bahan rempah ratus
tumis lagi sehingga bawang agak garing dan hancur
Masukkan tulang dan air rebusan
masak sehingga mendidih
masukkan tomato, cili padi dan garam secukup rasa
masukkan jus limau nipis
dan akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong2 setengah inci

Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

hidangkan bersama sambal belacan ala siam


3 comments:

  1. Pergh...ini dah kira skill tahap tinggi dah ni... Tengok pun tau sedap.

    ReplyDelete
  2. Yang menyebabkan ia jadi " siam style" tu pastinya sebab letak tomato & limau nipis tu kan..

    Nanti buat la pulak sup mamak style...hahaha

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...