Assalamualaikum..
PENGHUJUNG-PENGHUJUNG Sya'ban sebelum menempuh Ramadan,
tekak ni memang asyik nak makan masakan omputeh aje. Kali ini, Sk mengajak Encik Rizar ke Sandwich Bar yang terletak di Taman Melodi, Kebun Teh. Yang sebetulnya, sebelumnya tu ER yang asyik menyebut-nyebut Sandwich Bar ni tapi masa tu tutup pulak perniagaannya. Bila dah disebut-sebut, Sk pulak yang melebih asyik teringat-ingat ;p
Ini kali pertama kami ke sini dan tak pasti di mana sebenarnya lokasi sebenar Taman Melodi. Kebun Teh tu tahu jugak, jadi kita gunakan GPS berdasarkan alamat yang tertera dalam FB Page Sandwich Bar. Terkejut jugak bila sampai, rupa-rupanya kami memang dah biasa lalu di sini. Dulu, kalau nak tempah piala-piala atau pingat emas untuk kolej memang datang kawasan Jalan Bedara inilah. Tak tahu sejak bila Sandwich Bar ini mula dibuka yang pasti suasananya agak seram jugaklah sebab ni kawasan taman lama dan lagi ada banyak pokok-pokok besar. Nampak agak terpinggir jugaklah dari luar. Suram dan muram gitu.
Tapi... tapi... omputeh kata, jangan nilai buku dari kulitnya kan... bila dah masuk, wow.. terpana seketika dengan dekorasi dalaman di Sandwich Bar. Ya, macam pernah Sk ceritakan, cafe-cafe yang muncul macam cendawan lepas hujan ini banyak menggunakan konsep retro dan klasik lagi rustic. Khayal dibuatnya sampai rasa macam nak belek setiap barangan kecil yang menjadi hiasan dalam cafe. Tapi sebab sifat malu tu menebal jadi kita cuma pandang-pandang dan jeling-jeling sajalahkan..
Walaupun diluarnya agak suram.. kelam dan muram tapi bila masuk ke dalam terang bijik mata. Pelbagai design meja dan kerusi menghiasi dalaman restoran dan juga sudut untuk kanak-kanak.
Kalau Sk kecik comey lote memang nak duduk meja ni saja.. hahaha.
Menarik.. memang menarik.. rasa macam nak datang selalu... tapi..... nanti Sk cerita.. Jeng3!
Kata-kata yang dibingkai dan digantung berhampiran dengan meja Sk tapi cakap macam tak serupa bikin je.. huhu.
Apa-apapun.. kita minum dulu!!!
Yang kiri sekali tu ER punya, Lemonade.. yang tengah air kegemaran Iman, Bandung Soda dan yang dalam mug oren tu Honey Lemon, Sk punyalah. Aaaa... ada yang telan-telan ailio nampak!!!
Nachos adalah wajib okey. Nachos di sini sangat 'simple'. Cuma disiram dengan sos keju, harga pun tak mahal cuma RM3 cukuplah untuk 3 orang makan.
Haaa.. dah sampai pun. Dah namanya Sandwich Bar kan, jadi mari kita 'order' sandwich. Rupanya setiap sandwich memang dihidang siap dengan nachos. Yang ini adalah Beef Pepperoni. Roti Sandwich yang tebal dan gebu lagi sedap dihidangkan bersama kepingan daging dan pepperoni. Turut disertakan sos lada hitam secara asing, jadi ikut kitalah nak letak atau tak. Harga set ini RM13.50. Dagingnya tu boleh tahan tak berapa nak empuk jugaklah sampai nak runtuh meja tengok ER nak memotongnya, hahaha. Nak bagi berapa bintang ER?? Dia kata 2 sudah. Erkkkk!!
Pilihan Sk, Cheesy Beef. Amboiiiii... Sk kalau tak bercheese-cheese tu memang tak sahlah ya. Sebenarnyakan, Sk ni peminat En Mbekkk tapi awal-awal lagi staf SB ni dah bagitahu yang 'lamb' tak ada. Nak pilih tuna.. beef.. tuna.. beef.. tuna.. sekali tersebut beef. Bila Sk potong taklah sampai nak runtuh meja. Alaaa.. berlakon lebih ER tukan. Yang ni satu set (juga dihidang bersama nachos) RM14.50. Bagi Sk keseluruhannya sedap.. tak mengecewakan, Sk bagi 4 bintang.
Kali ini, Iman jadi wakil Sk makan pasta. Sk pun keliru sebenarnya tadi nak pasta atau sandwich. Bila Iman kata nak makan Spaghetti Bolognese, Sk pun pilih sandwich.. nanti kita boleh ngecek Iman punyakan...
Nama set hidangan pilihan Iman ni ialah Double Jumbo Spaghetti Bolognese with Meatball RM15.00. Pasta direbus sempurna bersama kuah bolognese yang sedap, dihidang bersama dua batang ketul sosej bersaiz jumbo dan juga beberapa biji bebola daging. Sosej tu agak masin sikit, meatball tu sedap macam meatball Ikea (macam pernah makannn..). Hidangan ni sesuai dikongsi oleh dua orang yang mana sorang tu tak berapa kuat makan. Kalau dua-dua kuat makan macam tak cukup, hihi. Iman kata dia bagi 5 bintang. Wowww!!!
Eh, lupa tunjuk gambar sebelum makan.. Iman sekarang suka pakai flower crown. Sikit-sikit flower crown.. pening kepala bonda.. urmmm.
Meh.. meh.. sebab Sk rajin, jom Sk tunjuk menu yang terdapat di SB.
Suratan atau kebetulan gambar ini boleh keluar melintang?? Mungkin tempias dengan layanan yang kami terima dari krew agak menyedihkanla jugak. Tak tahu kenapa muka berlipat 14. Senyum jauh sekali. Mula, Sk fikir Sk jer yang rasa macam tu. Bila dah keluar dari kedai ER terus cakap, tak ingin datang sini lagi. Dahlah masa pulangkan duit baki tu memang tak ada etika langsung. Pakkal aje tau... pakkal ajerrrrr laaaa...
Tu sebablah malas nak datang lagi.. urmmm.
akak report lah perangai staff tu kat FB page dia...
ReplyDeletekesian kalau perangai staff suram, sama macam exterior kedai nya..hahaha
area Kebun Teh tu mmg amat amat jarang saya sampai..
Kalau saya mesti dah hilang sabar tu kak
ReplyDeleteKalau muka mencuka layan pelanggan, mknn sedap jd hambar tau. Kz lebih pentingkan layanan. Bila rasa mknn tu kureng, terubat jg hati kita jika layanan memuaskan.
ReplyDeleteAda kalanya memang menagih kesabaran dlm menanti
ReplyDeleteMungkin tak ramai pelanggan tu yg tak ready..