CHEESE & HERBS PASTA PRAWN BAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


JUMAAT lepas, Pak Inche mengajak Sk ke Pasar Tepi Sungai Pontian
untuk menambah semula bekalan bahan mentah yang kehabisan.
Siapa yang ikut lama blog Sk tentu tahu tentang hobi ER bab ke pasar ni berbanding dengan Sk.
Ya, sejak dulu Sk tak suka ke pasar.
Ditakdirkan pulak bertemu jodoh dengan orang yang suka ke pasar.
Ayayai..
Balik pasar nanti kenalah pula membersihkan dan mengasingkan apa yang dibeli tu.
Biasanya, Sk akan bersihkan sahaja dan bilas
lalu disimpan dalam bekas aiskrim terpakai.
Mujur sekarang kebanyakan penjual di pasar sedia memberi khidmat menyiang ikan yang kita beli.
Malah ikan kembung pun Sk minta mereka siangkan.. alasan.. di rumah tak ada pisau.. hahaha.

Masa baru sampai ke gerai yang pertama tauke tu sedang menawarkan udang kepada seorang pelanggan tetapnya. Sk tengok kakak tu tak bagi keputusan nak membeli lagi.
Geram pulak Sk tengok seekor udang harimau sebesar tapak tangan dalam tong tu.
Tapi tulah.. dia sekor jer yang paling besar.
Bila kakak tu tak nak, cepat-cepat Sk ambil udang yang besar tu masukkan dalam bakul.. hehehehe.
Rezeki...
Dalam hati dah berangan-angan apa yang nak dibuat dengan udang tu.
Ialah.. asyik-asyik masak sambal
asyik-asyik masak lemak cili padi
Kali ni Sk rasa nak cuba resepi Minah Saleh pulaklah.. kui kui.


Cheese &Herbs Pasta Prawn Bake
Spiral Pasta yang direbus lembut digaul bersama sos prego keju dan herba
dan dihidangkan bersama Udang Panggang Berkeju.
Pehhhhhh.. layanlaaaa tekak minah saleh celup nikan.. hahaha.

Sk dapat idea masakan udang ni dari satu viral video yang dikongsikan Sis Aliah yang comel.
Terima kasih ya sis kerana berkongsi.
Kata ER, kalau guna lobster mesti lagi best.. urmmmm.. manalah lagi nak dapat lobster murah sekarang. Sekilo jer dah dekat RM140.
Biasanya seekor lobster saiz sederhana beratnya mencecah hampir 700 - 800 gms.. 
tu kalau beli, kena kunyah kulitnya sekali baru tak rugi.. kikiki.


Bila guna udang ni, tak adalah rasa rugi sangat sebab kulitnya tak setebal kulit lobster.
Oh ya.. tak semestinya guna udang harimau.
Kalau nak guna udang laut yang sebesar ibu jari pun boleh cuma letihlah nak membelah sekor-sekor.. hehehehe.

Jom memasak!


Inilah sos prego yang Sk gunakan untuk membuat masakan ini.
Cepat, mudah dan sedap.. 
Di rumah Sk memang sentiasa ada sos prego dari pelbagai flavor
Yang wajib ada Sos Keju & Herba, Carbonara dan Tradisi (Bolognese).

Bila sebut pasal sos prego ni ramai sangat yang mempertikaikan status halalnya.
Jangan risau, sos prego ni halal ya.. boleh tengok pada label bungkusan yang tertera.
Sos prego boleh didapati di dalam tin atau botol. Sk suka beli yang dalam tin sebab harganya murah sedikit dan mudah disimpan. Tapi bagi yang jenis masak sikit-sikit tu bagus beli dalam botol, kalau tak habis masak, boleh simpan dalam peti sejuk. Sk sekali masak memang buka satu tin dan habiskan terus, senang.


Udang tadi, kita belah dua. 
Cara mudah untuk membelah, mula-mula kita gunting dahulu kulitnya dari bahagian leher.. muahahaha. Udang ada leher ke???? Alaaa.. bayangkan sendiri la leher tu paras mana.. huhuhu.
Lepas tu, gunting pulak kulitnya dari leher sampai hujung kepala atau muncung mulutnya. Suka hatilah nak mula dari mana-mana. Kemudian, tiarapkan udang di atas papan pemotong, dan belahlah menggunakan pisau yang tajam jangan sampai putus ya.
Tiarap tu macam mana?
Letak udang atas papan pemotong dalam keadaan kaki ke bawah. 
Kalau kaki ke atas tu, telentang.. muahaha.
Kemudian, taburkan serbuk lada hitam, tutup semula dan biarkan seketika atau simpan sebentar dalam peti sejuk.


Kemudian, ambil sos prego keju dan herba tadi, sudukan sikit-sikit ke atas udang.
Letak rata-rata, jangan banyak sangat sebab nanti kita nak guna lagi untuk masak pasta berkeju pulak.


Lepas tu taburkan daun parsley atau daun ketumbar.
Sk guna apa yang ada, kebetulan ER beli banyak daun ketumbar untuk masak ikan kukus.
Cincanglah elok-elok jangan ikut macam Sk ni pemalas.. heheheh.


Mozarela Cheese ni Iman punya sebenarnya, katanya nak masak ayam mozarela.
Lain kali kena simpan stok jugak ni, beli yang buku tu parut sendiri.
Ini bukan mozarela untuk pizza, kalau nak chewy boleh tarik-tarik gunalah mozarela untuk pizza.. hehehe.


Taburkan atas udang tadi rata-rata.
Jangan tabur banyak sangat nanti dia melimpah rugi.


Kemudian pangganglah dalam oven dalam 20 - 25 minit.
Tak perlu masa yang lama untuk masak udang.. kalau masak lama sangat nanti ia liat.
Sk panggang serentak dengan pasta cheese untuk jimatkan masa dan elektrik, kekeke.


Sk gunakan spiral pasta sebab itu sahaja stok yang ada selain spaghetti.
Kalau guna macaroni atau pasta penne lagi cantik
nanti nampak bersarang-sarang bila kita potong.

Cara nak buat pasta ni senang aje anak kalau masih tadika pun boleh buat.
Gaul je sos prego tadi bersama pasta yang telah direbus (rujuk cara rebus pada label bungkusan).
Kemudian, taburkan keju.. apa-apalah keju yang ada.
Nak chewy guna mozarela untuk pizza.. nyum nyum!


Sepuluh minit yang terakhir Sk tambah lagi keju cheddar dan mozarela.
Kunun nak pinjam separuh jer.. pas tu terhabiskan pulak.. hahahaha.

Iman kata, 'kalah makan kat Manhattan Fish..' kui kui.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Woww. Udang tu boleh masak macam tu eh. Belah dua. Letak cheese. Soa prego cheese. Bakar.
    .
    Marveles. Nak cuba lah sis sk 😍😍

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya kak.. nak try dengan udang kecik2 je la.. udang besau den tak mampu beli.. tak cukup kang dengan askar yg ramai..huhu

    ReplyDelete
  3. Perghhhhhhh..
    Sedap giler akak tengok tayang SK petang ni..
    Macam terus nak mencari udang besor jer gamaknya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!