NASI LEMAK BERAS BASMATHI & KUIH BULAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


LULUH hati bila fyp di thread pagi semalam, tiga beradik meninggal dunia akibat merempuh lori yang diparkir di pinggir jalan kerana tidak nampak akibat jerebu yang agak tebal. Kejadian berlaku di Jalan Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, Pontian. Setiap kali baca berita atau mendengar tentang kemalangan melibatkan murid sekolah terutama sekolah rendah, Sk mesti teringat kejadian kemalangan melibatkan murid satu sekolah semasa sekolah rendah dulu. Biasalah dulu-dulu kan kebanyakan murid pergi dan balik sekolah berjalan kaki, di tepi jalan ada seekor lembu. Dikatakan lembu ini menyergah arwah yang sedang berjalan pulang ke rumah, lalu arwah yang ketakutan lari ke tengah jalan dan dilanggar kereta yang sedang lalu. Kejadian tu Sk tetap teringat sampai sekarang ya. Sedih betul.



Baiklah, kejadian hujung minggu lepas, Sk masak Nasi Lemak Beras Basmathi atas permintaan PI. Yang selalu baca blog Sk ni, tahulah berapa obsesnya PI dengan Nasi Lemak. Hari-hari makan nasi lemak pun boleh kot, PI ni.



SK masak guna beras basmathi jenama Faiza. Sukatan untuk air/ cecair bagi setiap 1 cawan beras ialah 2 cawan (gandakan). Ada yang kata, beras basmathi tak sesuai masak nasi lemak sebab ia tak menyerap santan, namun bagi Sk, santan kena pekat, boleh jer dia menyerap. Beras basmathi ni sedap dengan nasi berperisa, tapi kalau nasi kosong rasa macam bihun sebab dia halus dan panjang. SK masak nasi lemak letak halia, bawang merah dimayang dan halba. Daun pandan tak ada, yang frozen² pun dah habis.



Telur Lenggang by PI. Dia lenggang jer tapi tak potong-potong, jadi ambil jer la sorang sekeping.



Sambal Tumis kosong jer la. Ni Sk giling (baca: kisar) lada kering sendiri siap bersama bawang. Tak ada stok cili giling ready made, sekarang kalau nak masak sambal atau asam pedas, kena mula dari merebus cili kering sendiri. Nanti la kita beli cili kisar Abyzam kat Tik Tok, hehe.



Ikan Bilis Mata Biru beli di Tanjung Dawai yang tak habis-habis makan. Bukan itu jer, ada ikan bilis Pulai Pangkor yang Cik Ani, Angah dan Cikwa beli. Baru-baru ni dapat lagi stok ikan bilis dari Sabah pemberian Cikwa dan Haliza (office mate PI). Ikan Bilis yang Kak Amie bagi pun ada lagi. Kadang berangan nak buat Sambal Tumis Bilis letak petai dan bawang hiris, tapi manjangnya tak ada masa. Kalau ada masa, tak rajin pulak dia (haishhh.. malas jangan sebut ya)



Bulan lepas, dah masuk Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival) bagi kalendar Cina. Sempena itu, di sana-sini meriah dengan Kuih Bulan. PI bawa balik sekotak kuih bulan pelbagai perisa plus dua biji lagi dari hamper. Semua kuih bulan ini berstatus halal. Total semua, 6 biji kuih bulan, dua biji Sk bagi Cik Ani. Yang lain semua tak pandai makan. PI dan Iman lagi laaa.. 



Inj perisa Honey Longan Red Dates.
Cantik sangat cetaknya berbentuk bunga cuma Sk tak kenal la ni bunga apa.


Intinya diperbuat dari buah longan dan madu serta kurma cina. Ini pertama kali Sk rasa inti berperisa tersebut, sedap dan tiada rasa pelik.



Perisa Lava Chocolate ni pun pertama kali jumpa.


Kulitnya berperisa coklat.



SK bawa ke office, potong-potong. Patut potong-potong makan ramai-ramai, tapi Sk sorang jer kat office ni. Kalau dekat rumah lagi la tak termakan. Boring-boring, ambil seketul makan.



Tengah-tengah ada lava coklat. Ni kira kuih bulan moden la kan.


Yang ni Traditional moon cake, inti lotus atau biji teratai. Ingatkan ada kuning telur masin, tak ada pulak.



Ini perisa Earl Grey. Ia adalah gabungan antara teh hitam yang pekat dengan aroma segar  sitrus. Ni Sk bagi Cik Ani. Tak Tanya dah potong ke belum, intinya rasa apa, sedap ke tidak.



Ni Sk bawa pergi office. Tak ingat perisa apa, tak silap lotus jugak ni. Selain tu ada matcha jugak, pun bagi Cik Ani. Iman tu cuma minum air matcha jer, lain-lain matcha, dia matchalah, hehehe.







Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!