MAKAN MALAM DI Q BISTRO LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SIAP dah sarapan pagi ini. Mulanya plan nak sarapan di luar tapi PI kata kena tunggu kawan dia hantar story bola malam tadi. Hurmmm.. macam tu sarapan di rumah sajalah. Ada belen nasi goreng beli dekat Warung Nasi Goreng Basmathi, semalam, ada roti kaya butter, ada telur separuh masak, ada kopi, ada tea, dah lengkaplah sarapannya. 


Cerita 30 September lepas, PI ajak repeat lagi makan malam di Q Bistro Eco Botanic. Nak makan Mee Sotong, katanya.



SK teringat-ingat lauk Ayam Q yang Iman makan masa pertama kali datang tu. Tapi, tengok potongan bahagian ayam Ayam Q yang ada tak berapa menarik. SK pilih lauk Ayam Bawang dan sayur macam peria tapi bukan serta telur masin. Ada sambal kelapa dan satu lagi tu lupa nama dia, rasa macam garing-garing gitu. Sedap la Nasi Kandar kat Q Bistro ni. Sayur tu Sk ingatkan peria tapi bila dah makan, tak ada rasa pahit. SK agak ianya sejenis kundur (labu air).
 


Selalu PI yang ambil menu Rojak Sotong ni,
Kali ni, Iman pulak nak makan. Rasanya, setiap kali datang Q Bistro mesti pesan Rojak Sotong ni.



Mee Goreng Sotong yang PI teringin nak makan. Mee goreng sedap tapi sotong dia pulak liat. Selalu PI makan Rojak Sotong tak lah liat sotongnya.



Sup Kambing PI punya. Sedap sup Kambing ni.



Nah kambingnya. Lepas tu PI kata tak habis, tengok tinggal 4 ketul kambingnya. SK paksa habiskan, takkan nak bungkus 4 ketul kambing. SK tolong makanan dua ketul.



Kemahen depa ambik sorang dua makanan eh. Ini Murtabak Daging Iman. Sedap jugak. Tak lokek daging.



Baca resit, baru tahu, nama sayur Sk tu, Labu Ular, hahahaha. Kira macam labu air jugaklah tu, mula-mula ingat peria tapi tak pahit macam peria. Labu Ular rupanya nama dia. Tachod!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!