Assalamualaikum WBT
MENJUNJUNG TITAH DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, semua sekolah di negeri Johor diarahkan tutup selama dua hari pada 8 & 9 Oktober (hari ini dan esok) sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid akibat masalah jerebu yang melanda. Logiknya kenapa sekolah sahaja ditutup, mungkin kerana pelajar-pelajar lebih terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat dengan kawasan sekolah yang lebih terbuka berbanding pekerja yang bekerja di dalam bangunan bertutup. Kolej Sk juga memberi cuti kepada pelajar selama dua hari ini berbekalkan tugasan. Tiada arahan BDR kepada staf, kena datang kolej macam biasa la kita.
Hujung minggu lepas, Along datang Johor. Turut bersama ialah Abang Long dan Lala. Kebetulan PI tak ada bola, Sk pun free, tapi Iman malam tu pergi konsert Wali Band di Educity. Angah ada urusan, Cik Ani pun sama, jadi kami berlima sajalah. SK tanya Abang Long, nak makan di Restoran Ikan Bakar atau Chinese Seafood Restaurant? Abang Long pilih CSR, jadi kami ke Restoran YX.
Full house eh RYX malam tu, tak dapat meja atas pelantar yang mengadap laut. Kali ni dapat meja depan akuarium.
Suruh Abang Long pilih menu. Kami tak apa, dah biasa. Abang Long minta cadangan, pilih punya pilih, pilih la Ikan Siakap Stim Nyonya. Rasa kuahnya ala-ala asam pedas tapi guna cili hidup hijau, jadi warna kuahnya kekuningan. Along cakap, ada rasa macam ikan patin masak tempoyak tu. Eh, betullah. Kalau letak tempoyak, terus sama agaknya rasa dia.
Sejak dulu, kalau makan dengan Abang Long ni, dia jarang makan dengan nasi putih. Jadi, kami pesan Nasi Goreng Cina satu hidang terus. Makan.. makan.. makan... tiba-tiba udang ni sampai. Lambat pulak sampai Sk terlupa ada order udang ni. Udang ni offer, RM3/pcs (minima 5 ekor) minta 12 ekor.
Lauk-pauk lain yang dipesan tak diambil gambarnya.
Sebelum balik kita bergambar dekat sini la. Tapi gelap, la... tak nampak laut. Belakang tu Selat Tebrau, boleh nampak Singapore. Kalau sampai sini, awas, jangan buat panggilan atau terima panggilan telefon, kena matikan data siap-siap dan guna wifi restoran (bagi mereka yang pernah roaming panggilan luar negara).
Gambar dekat pokok buluh pulak. Cantik gambar ni.
Rasa berbaloi makan 5 orang tak sampai RM200 sebab biasa kami makan tiga beranak pun banyak ni jugak padahal ni ambil udang doblas ekor.
Nasi goreng tinggal dalam sepinggan, udang tinggal 5 ekor, Sk tapau bawa balik. Esoknya, Sk masak nasi goreng, dah siap, Sk gaul sekali dalam kuali dengan nasi goreng tapau tu, masukkan udang. Licin buat sarapan. Begitulah selalu, jangan membazir sebab membazir itu amalan siapa????
Ya betullah tu.. amalan syaitonnnnn.










Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih