Assalamualaikum...
RASA nak lompat bintang apabila Sk akhirnya berjaya membuat kuih Bingka Ubi yang sedap ini sendiri. Sk masih ingat lagi, masa kecil dulu ada jugaklah sekali sekala Sk melihat kakak menolong ibu memarut ubi untuk membuat bingka atau bengkang ubi ni. Kakak Sk tu memang agak lasak sikit. Suruhlah apa sahaja, parut ubi, kelapa, kopek kelapa malah menebang pisang pun dia terror walaupun masa tu masih sekolah-sekolah lagi. Sk ni agak lembik sikit, suruh apapun tak pandai, kah kah kah.
Bila beberapa kali tengok kawan fb, Suraya membuat bingka yang menjadi kegemaran suaminya, Sk sangat kagum. Kagum giler sebab Sue yang cantik jelita tu pun tak takut parut ubi. Satu hari Sk melawan rasa malu dan bertanya sendiri kepada Sue parut yang digunakan untuk memarut ubi tu. Rupanya boleh guna parut plastik, Sue pun rupanya trauma kalau nak guna parut besi, hihi. Disebabkan Sk ingat-ingat lupa ada tak parut tu dirumah, Sk terus beli parut baru di kedai barangan Jepun, Daiso. Baru RM5.30 tapi mampu parut ubi halus-halus macam parut besi tradisional tu jugak.
Resipi Bingka ini Sk ambil dari blog Masam Manis yang mana resepi asalnya dari Kak Ann Periuk Tanah sebab lupa simpan resipi yang Suraya guna. Dalam banyak-banyak resipi rasanya yang inilah resipi yang paling senang. Sebab Sk ingat dulu ibu buat dengan susah payah jugak, hahaha. Selain tu Sk ada tengok beberapa resipi yang berlainan jadi Sk pilih yang tak menyusahkanla.. percayalah, sangat senang guna resipi ni cuma kena sikit rajin parut ubi. Fuhhhh.. macam nak tanggal ketiak dibuatnya!
Bingka Ubi
Resipi : Periuk Tanah
Bahan-bahan :
4 cawan ubi yang sudah diparut
(Parut ubi dulu baru sukat jadi 4 cawan)
2 cawan santan pekat dari satu biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
(Sk tambah 2 sb susu pekat)
Caranya :
1. Panaskan ketuhar 200 darjah selsius
2. Campurkan semua bahan dalam loyang 7" x 7" dan gaul rata dan sebati.
(Sk guna loyang 8")
3. Letakkan loyang di rak paling bawah.
4. Bakar bingka 1 hingga 1 1/2 jam sehingga bahagian atasnya keperangan.
5. Apabila masak, biarkan 3 hingga 5 jam sebelum dipotong.
Nota : Loyang tidak perlu dilengser mentega atau dialas.
Parut kita :))))
Cantik berkilat memikat mata kakak:)
ReplyDeleteBengkang ubi memang sedap. Kenyal2 gitu.
ReplyDeletePart nak parut ubi tu yang leceh.
Sedapnyee...saya pun pernah buat...tapi kureng cantik...yg sariyusa buat..berkilat,halus...
ReplyDeletesuka ni bingka ubi Seri
ReplyDeleteboleh buat ni ubi sentiasa ja ada tunggu korek ja
Seri ada letak susu manis mesti sedappp kan
assalamualaikum seri...wah !! tadi ke blog sis lin buat bingka ubi juga skg seri pula buat...dah janji ke..? mmg nampak sedap ni...:)
ReplyDeleteSedap namapak bengkang ubi awak dik. P/s: ketiak tu dah ok ke?
ReplyDelete