Assalamualaikum...
DALAM banyak-banyak kuih, inilah kuih yang paling menjadi kesukaan Encik Rizar (ER). Kalau bulan puasa, dia sanggup beli cekodok pisang yang Sk pandang sebelah mata jer. Cekodok pisang pun nak beli ke? Buat sendiri jer, kata SK. Tapi.. sampai ke sudah tak jugak dibuat. Terpaksalah ER beli lagi kalau nak makan.. huhu.
Setiap kali nampak pisang di kedai, ER akan cakap, sedapnya buat cekodok. Sk?? Buat-buat tak dengar atau akan cakap, cekodok?? Aaaa.. lecehlah buat cekodok. Sebab, Sk rasa cekodok ni adalah antara kuih yang paling sukar nak menjadik. Buat lempeng jadik, jemput-jemput ikan bilis jadik, tapi cekodok pisang Sk selalu ke laut.. hahahaha. Dalam sepuluh kali buat, mungkin dua kali aje yang jadik, kui kui.
Satu hari tu, Sk beli pisang sebab teringin sangat nak makan pengat pisang bersama sagu (maaf tak ada gambar). ER dah merengek-rengek mintak cekodok. Okeylah, tinggalkan lima biji untuk buat cekodok. Lepas tu teringat ada seseorang beritahu, kalau nak cekodok yang perfect, nisbah pisang dan tepung mesti sama. Sk pun main agak-agak jer, tak sukat pun.. sudahnya cekodok rasa tepung, maka misi cekodok gagal.. rasanya itulah cekodok yang paling tak sedap pernah Sk buat.. hahaha.
Di hari yang lain, ER balik dengan sesisir pisang masak. Nak buat cekodok katanya. Aishhh, dia ni tak habis-habis dengan cekodok. Kali ni Sk belasah resipi macam biasa. Sk letak baking soda (biasa Er tak bagi letak) dan tuang gula, tepung taruk sikit kunun untuk lebih rasa pisang. Sudahnya, cekodok hitam legam sebab banyak gula, kah kah kah. Dalam kuali memang cantik kembung tapi bila keluar, penyek dan menyerap minyak. Nasib Sk cuma buat setengah sisir jer pisang tu.
Aish, tak boleh jadik ni, rasanya cekodok ni bukan calang-calang kuih. Macam dah terkena sumpahan cekodok pulak dibuatnya, hahaha. Nak buat cekodok ni kena ada ilmu jugak, baru menjadi agaknya. Lalu Sk google.. hahaha.. google sukatan untuk membuat cekodok.. dan terjumpa dengan blog Ibushima (Natiqua). Ternyata selama ini teknik membuat cekodok Sk memang salah.. sangat salah. kesilapan yang Sk selalu buat ialah meletak terlalu banyak gula dalam adunan. Lepas ni kalau buat cekodok, wajib wajib wajib sukat! Gituuuu...
Kepada IbuShima, Sk ucapkan berbanyak terima kasih kerana telah mengajar Sk membuat cekodok yang sangat sedap ini. Rasanya inilah cekodok yang paling sedap pernah Sk buat. Sk minta izin untuk menulis semula pantang larang dan resipi cekodok yang Ibushima kongsikan tu ya.
6 PANTANG LARANG MEMBUAT CEKODOK.
1. Jangan banyak tepung, akibatnya: cekodok keras dan tidak berasa pisangnya.
2. Jangan banyak pisang, akibatnya cekodok menjadi lembik dan menyerap minyak.
3. Jangan banyak gula, akibatnya cekodok menjadi gelap dan kehitaman.
4. Jangan guna api besar semasa menggoreng, akibatnya cekodok mentah di dalam.
5. Jangan guna pisang sejuk keluar dari peti ais, akibatnya nanti susah nak bancuh adunan.
6. Jangan campur air, akibatnya nanti cekodok cair dan leper.
RESIPI CEKODOK SEDAP
5 - 6 biji pisang emas/ berangan (panjang ><3 span="">3>
(Sk guna 12 biji pisang yang panjangnya 2")
2 sudu besar gula
1 cawan tepung (Sk guna mug yang rendah)
Cara :
1. Lenyekkan pisang hingga hancur.
2. Masukkan gula, lenyek lagi sampai halus dan gula hancur.
3. Masukkan tepung, gaul rata-rata guna sudu atau senduk.
4. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
5. Bila minyak panas, kecilkan api.. jemput cekodok guna jari dan masukkan dalam minyak.
Nota : jangan masukkan banyak-banyak.
Terbalikkan cekodok apabila bahagian bawahnya mula berubah warna.
Sentiasa duduk depan kuali dan balikkan cekodok supaya masak rata dan cantik warnanya seperti gambar di atas, kah kah kah.
p/s Kalau pisang tak berapa manis, boleh tambah gula.
akak biasa guna gula perang kalau buat cekodok
ReplyDeletetang tak letak air tu mmg buat mcm tu la..
tang sukat menyukat tu yg malas sikit hehe
sedapnyer...
ReplyDeleteOhhh... baru tahu jugalah sebab kakak kadang guna pisang dari dlm fridge
ReplyDeleteTapi buat sukatan memang tak adalah buat cekodok ni SK. Pakai tuang aje ikut rentak hati:)
assalamualaikum seri...mmg terbaik la...petua yg jarang2 org lain nak kongsikan..sedapnya tengok cekodok pisang tu....:)
ReplyDeleteDulu semasa isteri saya ada, pagi2 dia cik kodok. Lepas tu ada cekodok saya bawa bekal ke pejabat. selalunya belum sempat sampai ofis cekodok tu dah habis.
ReplyDeletebegitulah tiap2 hari