Assalamualaikum...
HARI ketiga sesi persekolahan di Johor dan negeri yang hari kelepasan amnya pada hari Jumaat. Sesuatu yang pelik tahun ini, adakah pihak kementerian terbabit terlepas pandang bahawa negeri yang kelepasan amnya jatuh pada hari Ahad hanya akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Jan 2017 kerana hari isnin mereka mendapat cuti ganti tahun baru yang jatuh pada hari ahad? Kenapa tak diseragamkan semua sekolah memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari, haishhh.. pelik sungguh pulak tahun ini tapi tak apalah, nak buat macam mana, kan. Kita ni rakyat marhaen saja. Namun begitu takziah juga kepada beberapa daerah di Kelantan yang mengalami banjir dan beberapa sekolah terpaksa ditutup walaupun baru dua hari bersekolah. Itulah yang dikatakan, manusia hanya mampu merancang, Allah swt jua yang menentukan.
Pagi ini, pukul 3 pagi mata ni dah terjaga. Trauma agaknya sebab semalam boleh terbangun lambat. Lepas tu kalau dah lambat apa lagi, hadaplah kesesakan jalanraya. Bayangkan, dari dalam taman perumahan lagi dah sesak. Jadi, walaupun mata dah terjaga pukul 3, tetaplah bertabah sambung tidur, huhuhu. Kemudian terjaga lagi jam 4 pagi. Ish, tak boleh jadi ni, kena bangun jugak sebab takut terlajak lagi sekali. Kebetulan, malam semalam ada orang buat permintaan nak bawa bekal nasi goreng.Eh, biar betul?? Hahahah.
Sebab hari tu Iman puji nasi goreng Sk sedap, jadi Sk ulang lagi resipi yang sama.
Bawang Putih dicincang, tumis dengan minyak jagung. Masukkan udang, sos tiram dan sos ikan.
Masukkan nasi dan jagung, gaul rata.. taburkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah. Pecahkan telur dan goreng sehingga semuanya sebati, siapppp!!
Sambungan Diari Disember 2016 Part 2
DAH kenapa tak habis tulis diari tahun lepas??
Sikittttt lagi nak habis, orang kata untuk kenangan, siapa lagi nak kenang kalau bukan si empunya diri, tak gitu? Hehehe.
AEON TEBRAU
Tentu ramai yang dah tahu bahawa Aeon Tebrau kini berwajah baru.
Tempar parkirnya lebih luas dan dalamannya lebih moden. Sk masih ingat lagi walaupun Aeon Tebrau ni merupakan Aeon terbesar di Johor tapi agak bosan rekabentuknya yang memanjang sahaja. Kebetulan, Sk ambil cuti lebih lepas balik dari Kuantan tu maka jomlah kita berpoya-poya di Aeon Tebrau bersama anak-anak.
Selain lebih luas, banyak pulak tempat untuk berfoto-foto.
Eh, alamak.. ada yang pandang dua kali ke gambar ni??
Maaflah tak perasan ada tutttttt!
Kebetulan Cikwa cuti, tulah yang pergi sekali bersama-sama.
Sakura di Gurun Sahara.. hak hak.
Tapi makan kat kedai mamak jugak, hahahaha. Sebenarnya plan nak makan di Butterscotch & Co yang pernah Kak Azlita Masam Manis cerita tu tapi tutuplah pulak. Cari kedai dan cafe lain semua tutup, mamak jugaklah yang buka 24 jam.
PUTERI PACIFIC HOTEL JOHOR BAHRU
Lepas tu ER ada dapat voucher Puteri Pasific Hotel yang dah hampir tamat tempoh.
Suruh Cikwa bawa budak-budak ni la claim kalau tak rugi wooo. Sk tak pergilah, nak kemas rumah katanya, hahaha.
\
Dapat bilik Queen Deluxe termasuk sarapan. Tapi diorang cerita makan sedap tapi tak tambah kat buffet banyak makanan habis jadi tak ada mood nak ambil gambar makan. Hah, dah free nak komplen pun segan la kan.. hahahah.
Janji boleh mandi kolam.
Dapat minum air biru pun suka sangat, hahaha.
MAKAN DI TELUK SENGAT
Pertama kali kami makan di Teluk Sengat, tak tahu nak makan di gerai mana.
Nampak juga kedai Mak Lam yang femes tapi terduduk di Gerai TS05, rezeki kan.
Sk mintak Nasi Goreng Seafood. Tak sangkalah gini rupanya NGS, kussss semangat.
Seafood tentulah sedap, tapi nasi goreng tu hambar jer.
Tomyam Seafood. Bukan main eksyen ketam tukan
tapi rupanya penat meratah kupang jer, huwa huwa huwa.
Mee Udang tapi rasa macam mee hailam.. nasib baik sedap. Iman makan nasi putih dengan kuah tomyam dan ikan siakap stim nyonya. Yang tu takde gambar sebab dah sibuk makan, heheheh.
Jumlah yang perlu dibayar RM68, pada Sk berpatutanlah dengan seafood yang diberi sebab kupang jer yang lebih.
Tapi yang best kebetulan malam tu ada pertandingan memancing dan jualan. Memang agak meriah dan dapatlah pancing baju baru, wakakakak. Tenkiu Pak Inche!
assalamualaikum seri...wah !! bestnya jenjalan n makan2...:)
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2017 SK.
ReplyDeleteSemoga lebih success
Makan-makan-makan hihi...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah Allah beri kesihatan dan mampu mengikut selera kehendak diri.