ASAM PEDAS IKAN WARNA-WARNI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


Biasa nampak ikan ni di pasar.
(sumber gambar : google image)
Pernah jugak bertanya si penjual,  nama ikan ni,  tapi macam tak masuk kepala pulak,  hihi. 
Sk memang tak pernah beli ikan ni sebab takut tengok kalernya tu,  hahaha. Yang jual tu selalu cakap,  sedap kak ikan ni. 
Oh...  Tak apalah,  hehehe. 


Masa nak beli sarapan di kantin pagi tadi,  terpandang asam pedas ikan. 
Biasanya,  Kak Sab akan masak ikan mayong, ikan kaci atau ikan pari tapi ikan hari ni macam ikan talapia pulak rupanya. 
Lantas Sk bertanya,  ikan apa..  Sambil menyenduk nasi. 
Ikan kaler-kaler, terdengar suara Kak Sab dari belakang dapur. 
Terus terbayang ikan kaler-kaler yang menakutkan untuk disiang tu. 
Tapi tengok dah masak ni elok pulak tak berkaler,  kekeke. 
Ikan dah masak memanglah tak ada kaler Sk oi. 
Sedapppp rupanya ikan kaler ni,  isi lembut dan mudah di asing dari tulang. 
Bak kata abang yang jaga kantin,  goreng pon sodappp!! 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau x salah SA abah SA cakap nama ikan tu ikan Bayan..sedap kak ikan tu..pernah beli buat masak lemak cili api..

    ReplyDelete
  2. Sedap ikan bayan ni.
    Goreng, ratah aje.

    ReplyDelete
  3. ikan kaler-kaler ke namanya. tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam...
    Sedap sebenarnya ikan kaler-kaler ni, dulu tak pandai makan, tapi keluarga belah suami selalu masak ikan gini, lama-lama pandai pulak makan he he heeee.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!