Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH...
Selepas menunggu sejak petang semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam tadi.
Dr Mahathir, 93, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun.
Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.
Syukur.. Semoga semuanya baik-baik buat kita semua.
Alhamdulilah...aamiinn moga TunM di berikan kesihatan berpanjangan untuk berjuang ..
ReplyDelete