Assalamualaikum...
CERITA makan sebelum Ramadhan.
Encik Rizar kita ada sejenis perangai..
yang kalau dia pergi makan ke tempat-tempat tertentu yang bersama klien atau kawannya,
kemudian dia rasa sesuatu tu sedap maka dia akan ajak Sk return.
Mungkin masa dia makan sedap-sedap tu, dia dok terkenang Sk kot..
Alangkah bahagianya kalau isteriku ada sekali menikmati makanan yang lazat ini...
Gituuuuu...
Jadi, pada satu malam yang bertuah, Sk dan Iman telah dibawa ke Carabao Restaurant yang merupakan sebuah restoran Aunthentic Thai.
Ya, betullah tu.. Carabao tu Kerbau.
Orang Thailand sebut carabao ke.. itu Sk tak tahu.
Yang Sk belajar dulu, orang putih sebut buffalo, hehehehe.
Carabao Restaurant ni terletak dekat dengan New York Hotel, JB.
Sebenarnya Sk biasa nampak jugak Carabao ni cuma tak pernah pergi sebab nampak tempatnya macam untuk orang ada-ada.
Sekilas pandang macam restoran-restoran Thailand yang terletak di pesisiran Batu Feringgi, Penang.
Yang jaga carpark pun Pak Arab.. terasa macam ada di luar negara pulak.
Jom kita masuk.
Hiasan di dalam restaoran berkonsepkan terbuka.
Dekorasi dalam restoran memang membawa kita terasa berada di Siam.
Lain auranya dengan makan di restoran tomyam atau Seafood Restaurant yang biasa Sk pergi.
Banyak perhiasan kuno digantung di atapnya.
Seram pun ada sikit, hehehehe.
Juga kain-kain dan hiasan yang melambangkan bahawa restoran ini dimiliki oleh warganegara Thai.
Mungkinlah...
Eh, meh tengok apa yang ER nak makan sangat tu.
Seafood Tomyam.
Slurppppp!! Tomyam paling lazat yang pernah Sk nikmati tau.
Paste yang digunakan asli tau, bukan paste dalam botol.
Memang terasa sungguh keaslian masakannya.
Ada penggunaan santan kelapa muda di sini.
Di sini, semua hidangan tomyam datang dengan satu saiz sahaja.
Kalau anda datang seorang pun, hambiklah seperiuk ni jugak.
Harganya RM25 seperiuk, memang puaslah makan tiga beranak.
Walaupun supnya asli, tapi menggunakan udang frozen.
Yek eleh.. udang kat rumah pun frozen jugakkan, hihihi.
Sotongnya tebal dan besar dan sempurna masaknya.
Aduh, sambil taip tertelan ailio.
Sotong Sambal Thai.
Wow! Wow! Wow!
Sk makan sambil belajar apa yang dijadikan rencah dalam hidangan ini.
Yang pasti ia menggunakan hirisan lengkuas dan daun limau purut yang begitu menyerlahkan rasa masakan ini. Turut ada penggunaan santan kelapa muda.
Nanti nak kena cari resepi atau cipta sendiri.
Kalau tak, memanjanglah sotong masak sambal tumis kat rumah tu, hahaha.
Beef Kailan.
Yang inipun sedap. Kena belajar masak jugak untuk dapatkan rasa yang sedap macam ni.
Ini yang ER nak makan sangat.
Ikan Bakar Thai Style.
Sk rasa, ianya mempunyai sedikit ciri masakan Ayam Bakar Garam yang agak terkenal.
Cuma kaedah dia melumur garam tu Sk tak pasti, adakah dilumur terus pada bahagian sisik/ kulit atau dibungkus dalam kertas sebelum dibakar macam Ayam Bakar Garam tu.
Memang nampak kat bahagian kepala tu berlumur garam kan.
Tapi isi ikan tu taklah masin. Manis ikan sangat terasa dan langsung tak hanyir.
Pencicahnya dua jenis cili iaitu cili padi merah dan cili padi hijau.
Dua-dua sos memang meletops sampai meleleh air hidung dibuatnya.
Anak Tuan Belog yang meletops pom pom!
Bulan puasa ni Ya Allah, banyaknya makannnnn.
Sk kata masak nasi dua (pot) cukup, dia kata nak tiga.
Bonda bagi Yaya nasi sahur tak cukuppppppppppp.. huwaaaaaaaaaaa!!
Salam Ramadhan SK..
ReplyDeleteLZ suka deco Carabao Restaurant ni, nampak unik.
Makanan Thai selalu tidak menghampakan.. Nampak sedap..
Mengancam iman orang puasa ni.
ReplyDeleteSedap2nya menu kat sana..tomyam tu mmg mengancam sungguh!!!
ReplyDeleteooo...dekat dekat dengan hotel new york ye..tapi situ banyak kedai makan kan kak seri
ReplyDeleteTunggu anak dara kita balik nak makan kat sini. Dia suka kalau tempat unik-unik kuno macam ni.
ReplyDeleteTang Iman tu, biorlah dia nak makan, janji sihat. Nanti dah besor tau laa dia nak pasang badan vouge macam aunty Lin ni..hahahaha *Eh tercakap diri kita plak hahahaha
ReplyDeletejudi online yang berkedudukan International, sungguh dan terpercaya hanya dijudi online via pulsa