JALAN-JALAN CARI BAJU RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

WAHHHHH...  Ramai yang mengambil kesempatan membawa keluarga membeli-belah keperluan raya sempena cuti sehari, hari wesak semalam kan.  Sk tahulah,  sebab Sk pun semalam keluar juga.  Paradigm penuh,  Angsana penuh,  JBCC Komtar pun boleh tahan jugak ramai.  Eh,  Sk pergi sampai tiga shopping kompleks ke?  Tak laaa..  Sk lalu jer depan Angsana tu. Phewww.. Melimpah-limpah kereta dari padang car park Angsana sampailah ke Jakel.  Punyalah ramai umat dan di JB ni Angsana adalah tempat paling happening bila bulan puasa.  Apa yang tak ada di Angsana? Semua ada,  sediakan saja ongkosnya.

Sebenarnya tujuan kami keluar semalam ialah mencari pakaian raya untuk Iman.  Seperti yang anda semua ketahui,  Iman ni bukannya kecik-kecik orang.  Nak cari baju, kasut.. punyalah payah.  Kalau ada yang berkenan,  tentu tak ada saiz.  Kalau yang ada saiznya belum tentu pulak berkenan.  Atas cadangan Iman,  kami menuju ke Paradigm Mall.  Kata Iman,  di sini ada Butik Nyla yang menawarkan pakaian raya bersaiz sehingga 6XL.

Biasanya kami ke Peace Collection,  tapi bila Iman cakap tentang Butik Nyla ni rasa apa salahnya kita tengok dulu.  Kalau tak ada yang berkenan,  baru kita ke PC pulak.

Sebaik masuk ke dalam butik,  kami terus disapa seorang staf Nyla.  Agak peramah orangnya,  dan Sk terus straight to the point la..  Pasal malas nak belek-belek lagi takut nanti dah berkenan tak ada saiz, hihihi.

"Adik,  dekat mana baju-baju plus size? "
"Ooo..  Ada..  Kat sebelah sini, " dan dia membawa kami ke sudut kanan kedai.
"Saiz 50 ke..  4XL ke..  Ada?"
"Ada..  Ada.. "

Kami sampai ke sudut yang menempatkan pakaian plus size.  Boleh tahan cantik jugak.  
"Siapa pakai?" Dia bertanya sopan. Sk menunjuk Iman. 
"Ada nak pilih kaler tak?" Tanyanya lagi.  
"Kalau boleh nak kaler grey," jawab Sk.

Tak ada pulak baju warna kelabu.  Kebanyakannya pink belacan,  hijau lumut,  biru muda yang agak pucat.  Tiba-tiba dia menarik sepasang baju dari rak gantungan berwarna seakan pink. Di bahagian kanan baju,  ada tampalan kain seakan broked berwarna kelabu dengan sulam sedikit keemasan.  Terus bersinar-sinar mata menengoknya.  Cantikkkk! Tengok saiz,  memang saiz Iman pun.  Jomlah kita terai.

Baju kurung moden  dengan kain potongan duyung warna kelabu itu kami bawa ke fitting room.  "Lawo Imannn," kata Sk. Iman mengangguk-angguk.  Suka campur teruja. 


Senyum lebar Iman bila kain dan baju bagai terletak di badan.  Pendek kata tak nampak macam baju beli.  Nampak macam ditempah khas.  Tunjuk dengan ER,  ER pun berkenan.  Staf butik pun tak habis memuji, bagus betul pr dia..  Hahaha. Lupa pulak nak ambil gambar masa Iman sarung baju tu.  Kita tampal gambar lainlah ya. 

Kedua-dua baju ala bebek (bare back) ni Iman acah-acah try di Metrojaya.  Ya..  Lepas habis urusan di Paradigm,  kami ke JBCC Komtar pula.  Menghabiskan masa sebelum masuk waktu berbuka katanya.

ER pulak asyik mengulang pasal sampinnya yang dah berapa tahun tak bertukar.  Balik-balik pakai yang tu.  Eh,  kita ingatkan dia tak kisahlah kan,  hahaha.  Tengok-tengok di Parkson ada yang cantik dengan rekaan terkini.  Harga pun taklah tahap cekik leher,  jadi kita tapau sampin ER sekali. Bajunya pakai baju teluk belanga yang dibeli dua tahun lepas dari Butik Jamil di Danga City Mall.  Baru pakai sekali tu,  lepas tu terperap dalam gerobok.  Eh,  nak kena keluarkan la kan cuci balik.  Karang tengah solat raya,  orang kiri kanan depan belakang bersin-bersin cium baju bau almari.  Kalau bau kedai tak apa lagi,  hihihi.

Sk?  Sk tak beli baju raya pun.  Ingatkan nak beli baju vulu-vulu ni tapi tak cukup selimlah pulak.  Haiiii..  Dah dua minggu puasa pun tak kecik-kecik perutnya.  Orang bahagia memang susah nak kurus,  kan. Alhamdulillah,  terlebih bahagia dah ni.

Jadi,  semalam Sk tak masaklah.  Terus booking Ong Shun Seafood Restaurant untuk berbuka puasa di sana.  Terus order siap-siap pasal dia kata nanti orang ramai takut tak sempat masak.  Dan memang betul pun.  Penuhhhhh!!

Kami order tiga lauk aje.  Sotong Sambal, Salted Egg Chicken dan Baby Kailan Goreng.  Tengok-tengok siap ada petai pulak dalam sambal sotong. Memang seleralah makan.  Makan laju-laju pukul 7.30 dah selesai.  Tengok meja sebelah belum dapat semua makanan lagi.  Nasib tak ada yang menangis tepi meja,  huwa huwa huwa.

Dah..  Dah..  Jom balik!




Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah, beraya sakanlah iman tahun ni ya

    ReplyDelete
  2. amboi..baju bulu² weh...hehehe.tapi cantik

    ReplyDelete
  3. Eh kenapa laa lawa sangat baju bebek tu Iman oii! Aunty Lin nak gi cari laaa..
    Baju bulu tu berBULU waa nengokk hahahahha

    ReplyDelete
  4. baju bebek tuhhh cantik je terletak si iman tuh pakai...suka ain nengok..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!