DURIAN DAN KHASIATNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH...

MUSIM Durian tiba lagi dan kini boleh dibeli pada harga yang jauh lebih murah.  Bila durian dah murah,  Sk dan Encik Rizar tak mahu melepaskan peluang untuk membeli.  Di sebalik tanggapan negatif tentang durian tahukah anda bahawa durian merupakan antara buah yang mengandungi banyak khasiat. Jom kita ketahui tentang khasiat dan manafaat yang terkandung dalam buah durian.


DURIAN DAN KHASIATNYA

Buah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.

Ini Adalah Antara Manfaat Buah Durian

Mengubati Insomnia

Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

Menguatkan Tulang Dan Gigi

Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah

Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

Merawat Tekanan

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

Merawat Anemia

Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia

Mencerahkan Kulit

Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.

Mencegah dan Menghilangkan Jerawat

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

Memudarkan Bintik Hitam

Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

Wow nampaknya buah durian bukan sahaja enak dimakan, tetapi juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kita manfaatkan bersama. Tapi hati-hati ketika sendawa ya!

Sumber : www.manfaatbuahan.com

NASI,  SANTAN,  GULA DAN DURIAN
nikmat apakah yang hendak kita dustakan. 
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Walau banyak mana khasiatnya, makanlah berpada2.
    Kalau sampai over limit, jadi mudharat pulak.

    ReplyDelete
  2. Seriuss merawat imsonia? Nape saya takleh tido kalo makan banyak sangat durian..hahahahha..

    ReplyDelete
  3. mengubati insomnia?hahahaa.patutlerr ain asyik tetido je.ain ade mslh tido,tapi lepas bnyk makan durian boleh terlelap je.hahahhaa..

    ReplyDelete
  4. Merawat jerawat?? waaa nak suruh anak makan bebanyak leee hahahaha

    ReplyDelete
  5. Selalu negok kawan2 post durian..atie lom ada masa nak g sopink buah durian..Encik suami bizi nooo :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!