PAK INCHE MENANG TV

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

Awal pagi tadi Pak Inche mengulang sejarah lebih 12 tahun lepas.

... Masa tu Pak Inche menghadiri jemputan Media Nite anjuran Plus dengan tema World Cup.  Pak Inche pakai jersi bola siap bawa bola sekali.  Malam tu Mak Inche dah tido tetiba rasa ada orang goyang kaki.

Babah menang tv. (semput2 bcakap)
Haaa.. Apa?
Babah menang tv. (mengah)

Ooo..  Alhamdulillah..  Dahlah..  Tidolah,  esok baru anu tv tu..
Kalau nak tahu sbelum ni pun Pak Inche dah pernah dua kali menang tv hadiah cabutan bertuah. Jadi Mak Inche memang macam dah agak Pak Inche menang lucky draw tv malam tu,  hihi.  Yg selebihnya melayan mata mengantuk... Baru nak sambung tido,  dia goyang lagi kaki kita.
Kenapa?
Kat bawah ada lagi satu tv. (semput2)
Haahhh?!  (sambil tolak selimut)
Kat dalam kete ada lagi satu tv,  babah menang best dress.
Zaman tu zaman tv kotak lagi.  Merengkek oo bawa naik tangga sbb masih duduk di rumah lama (flat)  dan Mak Inche duduk rumah atas sekali. Nasib baik ada jiran2 yg tengah main dam kat bawah tolong angkatkan,  hihi.

Awal pagi tadi.. Rasa ada orang goyang kaki. Buka mata nampak Pak Inche yg tentu baru balik dari Media Nite anjuran UTM. Dia tunjuk2 kat tepi katil. Tengok...  Sekali...
Fuyohhhhh..  Besarnyaaaa!
Ya,  Pak Inche menang tv lagi.  Hadiah pertama lucky draw. Mana nak gantung pon tataw..  Esok kita fikir ya 😁😁😁

Sk copy paste text dari facebook aje. 
Malas nak taip entry baru...  Kikiki. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhh.. menang besar tu pak inche dapat tv.. congrats la pak inche.. kalau x tau nak gantung kat mana, meh gantung kat rumah dilah ni kak seri.. hahha

    ReplyDelete
  2. Wah!!! tahniah Pak Inche dan Mak Inche... kalau merajuk boleh tengok tv asing2.. hihi

    ReplyDelete
  3. Asyik goyang-goyang kaki jeee hahahahaha..
    Penuh tv laaa uma Mak Inche yee..
    Tahniah Pak Inche..heheheh
    Iman orang paling suka tu hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!