Assalamualaikum...
MANA boleh jadi kalau baju yang kita baru pakai sekali dua dah rasa ketat, kan. Bila timbang, rupanya berat dah naik, mendadak pulak tu naiknya. Isk isk isk.
Lalu Sk isytiharkan tiada lagi air manis. Tahukah anda bahawa diet air kosong mampu menurunkan berat badan antara 1 - 2 kg sebulan? Sk pernah amalkan diet air kosong ni dan memang mujarab tau. Yang paling ketara dan menunjukkan perubahan adalah perut. Kalau nak lebih mujarab kenalah amalkan dengan senaman dan makanan sihat dan seimbang.
Dalam pada tak ambil minuman bergula boleh pulak pi pekena ABC selepas ambil Iman balik sekolah. Sebenarnya nak minum cendol tapi cendol tak ada. Lepas tu takkan nak tengok aje Iman minum kan, tu yang ter.. Order ABC, kui kui.
Dua biji telur separuh masak untuk sarapan pagi. Tiada lagi nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, lontong goreng atau lontong kering.
Tengahari makan ikan caru goreng cicah kicap.
Nasi ambil sikit karang tak makan nasi melepek la pulak Mak Inche korang nih, hahaha.
Salad, timun dan tomato cicah sambal belacan pedas meletop.
Pas tu malam makan ala mat salehhhh.
Siap ada kentang goreng, mayonese dan cheese.
Diet kununnnn!
Pooooodahhh! !
sedap ni :)
ReplyDeleteMudah2an berjaya mendietkan diri
ReplyDeletekah kah kahhhh... gambar first je dah rasa ,"eh mana dietnya".hhahahhaa...
ReplyDeletediet ke? meriah je menu dia ni.tambah nasi..tambah nasi..
ReplyDeleteJanji Kita
Hahaha det kununnn hahahaha
ReplyDelete