BURASAK DAN ASAM PEDAS IKAN PARANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

SIAPA penggemar burasak di sini?
Walaupun Sk bukannya orang Bugis,  tapi burasak ni memang dah jadi kegemaran Sk dan Iman.  Encik Rizar jangan cakaplah,  dia memang tekak lain sikit.  Kalau sesuatu yang tak biasa dia tak berapa nak makan sangat.

Burasak ni Sk tempah dari seorang pembantu am di kolej Sk.  Ceritanya,  dalam satu majlis pot luck,  kakak ni bawa burasak.  Katanya malam sebelum pot luck tu,  rumahnya ada kenduri dan tulah diangkutnya burasak tu.  Bila makan,  Sk suka pulak.  Walaupun tidak dibungkus berlapis-lapis dengan daun pisang muda seperti yang biasa Sk makan sebelum ni,  tapi Sk suka sebab ia tebal dan lemak.  Sekarang ni kalau jumpa burasak bukan main nipis lagi orang jual.  Ke..  Memang burasak tu nipis?  Entahlah..  Sk tak berapa belajar kaedah membuat burasak ini.  Kalau ada sesiapa yang pakar dan sudi tinggalkan komen,  amatlah Sk alu-alukan.

Sengaja Sk minta kakak tu buatkan burasak untuk makan-makan di rumah kakak.  Sampai aje sana,  Sk terus sinsing lengan masak asam pedas ikan parang.  Haaaa..  Ini baru kawwww!

Cuma ketupat loi/ luweh aje belum jumpa lagi.  Mana nak cari??? 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaaa, kita pun suka Kak..Kalau pergi Pontian, kalau jumpa mesti kita beli, lepas tu balik masak asam pedas sendiri..yumsssss

    ReplyDelete
  2. Assalam...Selalu burasak klau buat sendiri memang suka buat tebal sikit baru berasa bila makan, tapi orang berniaga ini mungkin sebab faktor costing kot.

    ReplyDelete
  3. Kalau cari lepat loi, jalan nak pergi pontian dekat simpang nak ke Parit Selangor

    ReplyDelete
  4. ain tak reti makan burasak ni tapi asam pedas tuhhhh...ya allah mengancam betulll

    ReplyDelete
  5. salam kenal..nekcik ni mmg bugis keturunan..mak jawa bapak bugis..asal kukup pontian tapi dah hmpir 40 tahun jadi org kay ell. celik mata pun dah kenal burasak n ketupat loih..mmg makanan raya keluarga kami..klau ikut bugis mmg kna nipis melambai baru dpt 10* tapi nekcik suka tebal baru ouas makan he he.

    ReplyDelete
  6. Salam sis, Boleh order LEPAT LUI dan burasak dengan Puan Noreen dari Pontian dia boleh pos luar Pontian juga. No dia 0197816566

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!