TIPS MEMBERESKAN KERJA LIPAT KAIN BAJU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

DAH masuk tiga hari bekerja dalam minggu ini.  Dan setiap kali dah masuk hari ketiga,  setiap kali itulah dah mula ada timbunan-timbunan kain baju yang tak berlipat.  Ialah..  Balik kerja dah sibuk nak menguruskan rumahtangga,  sedar-sedar hari dah malam.  Masa tu nak melipat kain pun dah tak larat.  Yang nampak cuma bantal..  bantal..  bantal memanggil-manggil.

Tips memastikan tiada lagi kain baju berlonggokan :

1. Lipatlah kain baju anda sebelum membuat kerja-kerja lain.  Macam Sk sekarang,  biasanya Sk akan melipat kain baju pada waktu pagi sebelum menggosok pakaian untuk ke pejabat.  Masa ni kita masih banyak tenaga jadi sementara menunggu waktu mandi (Sk bangun awal setiap hari) maka Sk akan lipat baju seberapa laju yang boleh.

2. Lipat kain baju di atas iron board atau meja banquet.  Ya,  lebih mudah bagi anda melipat kain di atas kawasan kerja yang tinggi daripada bersila di atas lantai.  Dengan ini tubuh badan terutama ketiak dan lengan anda tidak mudah penat ketika mengibas pakaian untuk ditegangkan.

3. Asingkan pakaian mengikut tuannya.  Biasanya bila musim cuti sekolah,  Iman akan melipat pakaiannya sendiri tapi bila dah sibuk dengan kerja sekolah dan penat membantu kerja rumah, terpaksalah juga Sk yang melipatnya.  Biasanya Sk akan lipat mengikut tuannya masing-masing sehingga selesai semua baju.

4. Gantung baju pada hanger dan terus angkat masuk dalam almari.  Haaa..  Kalau anda mempunyai ruang penyimpanan baju yang luas,  bolehlah mempraktikkan langkah ini.  Macam Sk,  Sk guna hanger no 8 tu jadi tak bolehlah nak gantung terus dalam ruang kloset.

5. Peruntukkan satu masa hanya untuk melipat pakaian.  Masa ni tak payah buat kerja lain.  Ini termasuklah memasak atau mengemas rumah.  Kalau sambil jaga anak tu,  ajaklah anak anda tolong melipat sekali.  Tapi kalau dia jadi tukang kirai tak dapeklah Sk nak menolong,  hahaha.

6. Keringkan baju di kedai dobi dan terus melipatnya di sana.  Ini adalah antara cara yang paling berkesan Sk praktikkan.  Biasanya Sk akan buat kerja macam ni sementara menunggu Iman ke kelas tuisyen atau sementara menanti waktu kerja bermula.  Itupun kalau keluar awal.  Kalau tak sempat terpaksa juga longgok dalam bakul dahulu,  hiks.

8. Bila dah angkat kain baju dari ampaian terus sumbat dalam almari.  Kerja ni paling cepat siap tapi jangan pulak mengaruk bila tak jumpa pakaian dalam.  Terpaksalah menyelam dalam almari.

9. Boleh buat juga tips di atas tapi asingkan siap-siap la pakaian dalam masuk dalam laci.  Tapi kalau anda guna tips di atas maknanya anda kena rajin menggosok pakaian setiap kali hendak dipakai... Kui kui.

10. Apa kata anda kongsikan tips yang seterusnya dan kita cuba praktikkan bersama.

Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waaaa siap ada tips laaa..
    Saya kalau melipat kain, automatik semua benda saya tak layan, duduk bersila mengadap bakul. Kecuali kalau buka tv. Lepas siap lipat, duduk pulak menggosok, memang kerja dua tu kena buat serentak, kalau tak, memang tak siaplah kerjanya...

    ReplyDelete
  2. Kak seri.. dilah ni lagi la, anak 4org.. setiap ari mesti ada kena basuh 1 trip bakul besar.. pastu baju pun melambak x sempat nak lipat. dilah guna tips no 3,4&5 tu.. baju jalan/kerja/baju sekolah/t-shirt semua hanger je, xyah lipat. baju dah angkat terus asingkan siap2 ikut tuan. lipat baju biasa antara magrib ke isyak.

    ReplyDelete
  3. mak oi , pepagiii dah bertenaga lipat baju.hahahha..malu pulak ain..ain selalu memang longgok dekat depan ruang tamu.bila dh longgok kat situ nak tak nak kena gak lipat.sebab nampak semak kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!