Assalamualaikum...
SETIAP kali perjalanan pulang ke rumah bersama Iman, memang ada jer cerita nak disembangkan. Itu kalau dia tak tidur laaa.. Iman biasanya akan ceritakan aktiviti atau apa kejadian menarik yang terjadi di sekolah atau Sk cerita apa yang terjadi di kolej. Kadang-kadang termembawang jugaklah, kahhhh.
Lepas tu cerita punya cerita, termasuklah bab pengalaman seram Sk masa budak-budak dulu. Budak tak budak sangatlah.. Dah darjah enam pun. Saiz Sk darjah 6 bukan macam Iman darjah 6. Dulu Sk kurus melidi jer ditiup angin pon boleh ke tepi, kekeke.
Betul ke siang-siang tak ada hantu. Susah nak cakap, sebab pengalaman dikacau hantu yang terjadi pada Sk yang paling Sk ingat berlaku dua kali di waktu siang tengahari buta. Waktu yang memang kita tak terfikir akan ada 'dia'. Walaupun tak menunjukkan wajah, namun sudah cukup membuat menggigil satu badan.
Cerita ni berlaku di tandas atau lagi senang sebut jamban laaa.. Hahaha. Jamban ni kalau kita faham, dia cuma ada tempat atau ruang untuk buang air besar aje. Kalau sekarang ni tandas kebanyakannya dua dalam satu kan.. Haaa.. Gitulah ceritanya baru senang nak memahamkan..
Jamban ni terletak lebih kurang 10 meter rasanya dari pintu belakang rumah Sk. Masa tu kami sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Jalan Pontian. Memang dulu-dulu jamban kan berasing jauh dari rumah dan cerita ini berlaku dalam tahun 1987. Haaa.. Tu diaaa punyalah tak lupa kan.
Apa yang terjadi masa Sk baru nak memulakan hajat tu.. Kekeke.. Tetiba Sk dengar macam bunyi pelik macam ada binatang mungkin ayam bergaduh dekat belakang jamban tu. Eh, perasaan tu tertanya terus, bunyi apa lak tu. Sk pun bangun tak jadi nak gitu-gitu. Kan dinding jamban yang dibuat dari papan tu.. Bahagian atas sekali boleh jenguk kepala. Agak luas la kot untuk budak darjah enam macam Sk kan. Belakang jamban memang semak samun la.. Nampak rumput lalang semua bergoyang macam baru lepas dirempuh. Sk fikir agaknya ayam gaduh. Lalu Sk pun menyambung hajat...
Tetiba...
"Sari.... Tolongggg.. Sakit.... "
Kedengaran suara perempuan tua mengerang. Masa tu memang tak fikir panjang dah. Terus berdiri dan sarung apa yang patut lari sambil menjerit..
Ya Allah, hanya Allah jer yang tahu macam mana ketakutan seorang budak perempuan masa tu. Dalam kepala ni memang fikir hantu jer.
Sebenarnya bila fikir-fikir balik Sk rasa macam ada orang yang nak menakutkan Sk. Tapi siapalah yang bodoh-bodoh sangat kan sanggup duduk kat belakang jamban yang busuk dan semak tu. Dan sampai sekarang masih tertanya-tanya suara siapakah yang meminta tolong tu.
Untuk pengetahuan, di sebelah kiri jamban tu cuma ada parit yang memisahkan dengan lot rumah-rumah milik penduduk berbangsa cina. Jadi, memang fikir 88x pun tetap tak ada logiknya orang nak mengacau Sk kan.. Eiii... Sampai sekarang kalau diingat memang terngiang jer suara perempuan tua tu tau.
Sejak tu memang tak adalah pergi jamban tu seorang-sorang. Dan Sk sekeluarga berpindah dari sana setahun selepas tu
..kira macam dah selamat kan.. Eh.. Belum selamat lagi... Ada pulak gangguan lain tapi kali ni kat kolej pulak. Wow.. Macam cerita bersiri kan? Taklah.. Ni bukan cerita bersiri tapi siri cerita diganggu teguran yang menakutkan.
Stay tune!
hahahhhaaa...macam mana dia tau nama sari ? jeng jeng jeng... uncle seekers mohon datang siasat. hahahhaa...
ReplyDeleteHaaa. . Mmg misteri... Tunggu kisah seterusnya kat opis
DeleteKita tadi baca ingat, orang yg panggil sari tu dia sembelit dan minta tolong ke hahaha ruoanya salah baca hahahahaha
ReplyDeleteHahaha... Senoneng eh Lin
Deletesiapalah yang menyapa tu.
ReplyDeleteJanji Kita
Dah lama tak jumpa rumah kecik macam tu.
ReplyDeleteOrang kata rumah kecik tu memang ada penghuninya.
Sebab tu kena beri salam dan baca doa kalau nak masuk.