MAKAN DI EYE STEAK KILANG BATERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

BERDERET-DERET jamuan dan rumah terbuka Aidilfitri sepanjang minggu ini.  Masa awal raya tuari,  berat Sk masih maintain lagi tapi dalam minggu ni jer naik 2 kg.  Padahal taklah makan banyak pun cuma makan banyak kali aje,  mih mih mih.  Ialah,  pergi sana makan sikit,  pergi sini makan sikit, semuanya makanan terkandung lemak dan gula..  minum air manis bercawan-cawan ditambah dengan pelbagai dessert yang menyelerakan.  Sudahnya..  Nahhh..  Amek ni 2 kg..  Hahahaha.

Okey, cerita pasal makan..  Masih lagi tak serik agaknya.  Malam kelmarin punya cerita aje,  walaupun Sk dah kekenyangan selepas aktiviti masak dan makan burasak bersama asam pedas di rumah kakak namun terpaksa jugaklah temankan Encik Rizar yang ingin mencuba masakan western di Eye Steak yang terletak di Kilang Bateri,  Tampoi.  Jomlah kita!


Encik Rizar memilih Rib Eye dan yang ini Sirlon untuk Iman.  Tak ambil gambar Rib Eye sebab presentation sama dan rupa seakan jer hehehe. 

Tapi yang penting, blackpepper sauce tu sedap sangat okeh.  Susah nak jumpa blackpepper sauce yang sedap macam ni.  Selalu mesti masin atau rasa lada hitam yang menyengat tapi yang ni memang seimbang sampai licinnnnn saucenya tu dikerjakan dua beranak ni.  


Sk cuma memilih appetizer jer kununnya kenyang padahallll..  Lagi tinggi karbo ni oi,  hahahha. 
Okey,  wedgesnya lagi sedap dari kefci punya,  sedappp. 


Bagi yang nak datang ke sini mudah jer. 
Eye Steak terletak di bahagian luar kilang bateri di sayap kanan bangunan dan terletak paling hujung. 


Kalau nak buat birthday party pun sesuai sebab ada ruangan tertutup juga. 


Sambil menunggu boleh tengok chef menyediakan hidangan. 

Selain steak,  Eye Steak turut menawarkan pelbagai hidangan pasta dan burger dengan harga yang berpatutan. 

Jom kita ke Eye Steak..  Jom.. Jom! 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tak pernah sampai lagi sini, kena jugak pergi ni cuba..")

    ReplyDelete
  2. Ya Allah peberet kita ni Kak...Kakkkk belanjer kita kakkkkk...
    Tiberrrr hahahahaa

    ReplyDelete
  3. hahhahaha.kak seri ni boleh plak menimbang.komfomnya naik .hahhaa.. lain kali tunggu habis raya baru timbang.hehhee

    ReplyDelete
  4. sama la kita kak..naik 2 kg dalam seminggu..hahahahahahhaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!