Assalamualaikum...
SETELAH lama menanti, akhirnya filem Pulang menemui penonton pada hari esok. Ya, inilah filem yang saya tunggu-tunggu selepas membaca novel adaptasi filem ini tulisan penulis kegemaran saya Kak Lily Haslina Nasir yang saya ikuti tulisannya sejak beliau bergelar wartawan di Majalah Jelita.
Walaupun novel Pulang merupakan novel adaptasi dari skrip filem Pulang arahan Khabir Bathia namun Kak Lily mengakui bahawa beliau mula mengarang sebelum skrip asal datang ke tangannya sendiri demi mengejar dateline. Dalam gelap, Kak Lily yang diberi peluang menonton filem Pulang mencatat setiap apa yang dilihatnya. Pakaian, tingkah laku, cuaca, pasang surut laut semua dicatatnya. Padanlah, terasa seperti menonton sendiri di layar perak biarpun dengan hanya membayangkan watak utamanya sahaja, Remy Ishak.
kiteee suka Abam Remy ehehe..
ReplyDeleteBoleh pinjam tak Mak Inche hehehe...
ReplyDeleteBolehhh je
Delete