IMAN MENDAFTAR DI POLITEKNIK UNGKU OMAR PART 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum…


AKHIRNYA tibalah masa yang ditunggu-tunggu, hari pendaftaran Iman di Politeknik Ungku Omar (PUO). Memandangkan jumlah pengambilan yang agak ramai, sesi pendaftaran dibuat sebanyak dua kali, sesi pertama pada hari Sabtu manakala sesi kedua pada hari Ahad. Bagi kursus Iman, pendaftaran dibuat pada hari sabtu. Kami bertolak dari Johor pada pagi Jumaat tu dan selepas beberapa kali berhenti untuk berehat dan perkara wajib yang lain, kami sampai ke Ipoh dalam pukul 5.20 petang dan terus menuju ke hotel yang telah ditempah awal.

Yang bagusnyakan, senior-senior PUO ni telah menubuhkan group WhatsApp bagi pelajar-pelajar ambilan Jun ini. Jadi, Iman dah berkenalan dengan seorang bakal pelajar dari Selangor yang mendapat kursus yang sama dengan Iman. Jadi, dia dah pesan dengan Iman supaya beratur sama-sama semasa pendaftaran nanti supaya boleh dapat sama bilik. Memang itulah yang dipesan oleh senior, kalau nak bilik sama, beratur sama-sama, gituuuu.. bagus kan.

Jadi, kami berjanji akan berjumpa di dewan pendaftaran pada jam 8.15 pagi tapi sebab eksyen yang hotel kami dekat dengan PUO, Iman cakap kalau kawan dia dah keluar hotel nanti baru kita gerak. Kami tersangkut dalam kesesakan kenderaan lain yang memasuki politeknik. Kawan Iman pulak dah sampai, tunggu Iman dalam khemah luar dewan sambil beratur sebab dia kata ingatkan suruh beratur aje, sekali dia kena masuk dewan. Jadi, bila Iman beratur kawannya tu dah masuk ke dalam dewan untuk pendaftaran. Hurmm.. cemana nak duduk sebilik ni??


Seperti kebanyakan IPTA yang lain, hanya pelajar sahaja yang dibenarkan memasuki dewan untuk membuat pendaftaran. Disebabkan semua pendaftaran dan bayaran telah dilakukan secara online, semua urusan menjadi cepat dan mudahlah sepatutnya kan. Tapi, kami ni tunggu punya tunggu punya tunggu di luar, tak selesai-selesai lagi Iman. Rupa-rupanya dia terjumpa geng-geng nak duduk sebilik laaa kat dalam tu termasuklah kawan dari Selangor tu tadi yang menunggu Iman di dalam dewan untuk pendaftaran kediaman. Jadi, kenalah menunggu masing-masing selesai mendaftar supaya tidak terpisah bilik. Lega hati bila mereka dapat duduk sebilik, ialah.. sebab dah janji dari awal kan, takut nanti kecewa pulak dahlah baru hari pertama, boleh down perasaan dibuatnya, kan.


Kami terus pergi ke kereta untuk bergerak ke kediaman pulak yang disebut KAMSIS atau Kediaman Mahasiswa Mahasiswi. Bagi pelajar baru, KAMSIS terletak di dalam kawasan kampus yang merupakan bangunan lima tingkat. Tanya Iman, dapat tingkat berapa, Iman kata Tingkat Dua. Hish, mintaklah naik satu aras aje sebab ada juga yang Tingkat Dua tapi kena naik dua aras. Dahlah barang Iman punyaaaaaaaaaalah banyak, kalau boleh dia nak bawa bilik sekali koooo.. hahahaha. Sampai di KAMSIS, kami hanya dibenarkan menurunkan barang sahaja, kereta parking tempat lain. Dahhh.. jom tengok bilik Iman dan rasanya kena tolong kemas sekali sebab Iman kata nanti satu beg bawa balik ke Johor semula selepas dikeluarkan pakaiannya.


Cuma 9 pasang sahaja baju kurung Iman yang Sk bagi bawa, asalnya dia bawa 11 pasang tapi Sk paksa dia keluarkan lagi dua sebab ada harinya yang Iman akan pakai baju korporat. Untuk baju korporat memang kami dah belikan skirt labuh warna hitam. Rasanya tak perlulah banyak sangat bersalin baju, kan. Baju-baju kurung ni boleh basuh petang lepas kelas, sidai, esoknya dah kering. Untuk baju kurung ni Sk belikan hanger baldu, bagus tau hanger baldu ni, pakaian kita taklah tergebeh bila digantung atau melurut bahu baju dari hanger. Kalau nak gantung t-shirt pun bagus guna hanger ni dan kami dah lama praktikkan di rumah.



Suruh Iman tulis nama kat baldi, maklumlah kalau dah ramai-ramai tu nanti karang tertukar pulak baldi lepas tu tak puas hati dah bermasam muka, hahaha. Untuk hari pendaftaran semua pelajar baru diwajibkan memakai uniform hitam putih ni, dah macam dalam Leftenan Zana pulak, kan.. hihihi. Uniform yang sama juga untuk minggu orientasi, jadi kami sediakan dua pasang, pesan Iman, petang cuci. Iman ni, di rumah memang tak pernah cuci baju guna tangan, adoiii.. kesiannya anak akuuuu… hahahaha. Nasib baik juga Iman dapat bilik yang dekat dengan ruang mencuci, menyidai dan menggosok serta dekat dengan bilik air dan tandas jugak. Ni Iman cakap, turun aje tangga jumpa mesin air coway dan mesin basuh syiling, hari tu kami naik tangga lain, tu tak Nampak mesin basuh. Sebenarnya tak jauh dari blok asrama ni memang ada Kedai Dobi Koperasi cuma buat masa sekarang tak mungkin sempat menunggu bertangga di dobi, kan. Minggu orientasi, kelam kabut uiii.


Dah siap kemaskan katil Iman, cadar tu tak boleh nak tegang almaklumlah tilam hostel kan, hihihi. Gambar sebelumnya lupa pulak nak snap. Atas meja tu Iman kata biar aje nanti dia kemas sendiri. Haaaaa.. memang bonda tanak kemas pon, nanti Iman bosan pulak tak ada kerja, hihihi.


Esoknya pagi-pagi Iman dah hantar gambar ni. Dah siap kemas katanya tapi nak beli board gantung depan meja tu supaya tak nampak kosong. Obses betul Budak ni dengan warna pink, kan. Sampai kawan-kawan semua kagum tengok tempat Iman, biarlah asalkan dia seronok tinggal kat sana, lagipun Iman yang buat keputusan untuk masuk PUO tiada paksaan dari bonda. 

Bersambung….











Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronok nya masuk belajar...terigat Uyui dulu daftar Poli Merlimau...padahal masa tu mak ayah dok melaka lagi..dekat je..tapi barang macam satu bilik nak dibawa nya..hihihi..

    ReplyDelete
  2. Nanti belikan Iman tisu kotak pink yang terbaru bau aromatheraphy ...gile wangi nanti bilik Iman..anak-anak Lin semua pakai tu,s ebilik bau harum termasuk bilik Lin hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya iman...nampak dia pun happy je kat sana tu. Sep sikit kat iman sebab auntie pun suka pink...hehehehe

    ReplyDelete
  4. Congrats Iman. Semoga parents rajin jjcm Di Ipoh.. bolehlah jengah selalu..
    Semoga tabah Dan bersemangat untuk belajar..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah & tahniah iman.
    Nampak bersemangat iman tu, pandai bawa diri. All the best!

    ReplyDelete
  6. Saya bekas pelajar PUO sesi Jun 2017-Disember 2019. Rindunya puo rindunya ipoh 😭 sebagai student lelaki, suasana malam la paling rindu slalu pusing2 ipoh naik moto kalau pandai cari makan banyak yg sedap, kalau suka air terjun dan mendaki pun keliling ipoh banyak tmpat adventure.

    ReplyDelete
  7. nak tanyaa, baju korporat tu beli kt mana ye?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!