MENGINAP DI PUTRADE ALLSUITES AT RPGC

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum…


DI SINILAH kami tiga beranak berkampung sepanjang berada di Bandaraya Ipoh. 
Pada mulanya Pak Inche bercadang hendak menginap di Syuen Hotel atau Heritage tapi memandangkan sebelum ini pernah tinggal di Syuen, jadi Sk teringin nak tinggal di tempat lain tambahan lagi kedudukan Putrade ini yang sangat hampir dengan Politeknik. 
Nampak bangunan Putrade ni ketika meninjau kedudukan politeknik semasa balik raya lepas, hati terus jatuh cinta. jadi, Sk cuba buka di Agoda, boleh tahan jugak diskaunnya masa tu berbanding harga asal. Bila Pak Inche bagi lampu hijau, Sk cepat-cepat book sebelum kehabisan, hihihi.


Sebelum check-in, kami singgah makan dulu di Nasi Vanggey. 
Bayangkan sampai di Ipoh dah petang dan memang betul-betul lapar. Cadangnya nak makan Nasi Bamboo di Sungkai tapi tutup pulak. Cari tempat makan lain tak ada yang berkenan. 
Alang-alang Sk ajak makan di Ipoh sahajalah, tak payah fikir-fikir tempat makan lain. 
Ni memang antara wish list Pak Inche bila sampai di Ipoh.
Kebanyakan orang yang baru sampai ke Ipoh ni selalu keliru antara Nasi Vanggey dan Nasi Ganja dan ada yang ingat Nasi Vanggey ni cawangan Nasi Ganja. Dulu, Sk pun fikir macam tu tapi selepas kerap datang ke Ipoh, Sk dah tahu keduanya memang tak sama, sama sekali.



Suasana di ruang lobi, Putrade Allsuites at RPGC. Gaya moden kontempori yang diterapkan mendatangkan suasana damai dan harmoni ditambah lagi dengan layanan mesra dari staf RPGC yang tak lekang dengan senyuman. Disebabkan kami dah buat tempahan melalui agoda dan segala bayaran telah dijelaskan oleh Agoda, kami hanya perlu meninggalkan deposit sebanyak RM100 sahaja yang akan dipulangkan semasa check-out seperti kebanyakan penginapan yang lain. Dah dapat kad (kunci), jom kita masuk bilik.




Rasa puas giler tengok bilik yang kami tempah ni. Buat pengetahuan anda, Putrade Allsuites ini menawarkan perkhidmatan penginapan gaya apartment satu bilik, dua bilik dan tiga bilik. Sk ambil satu bilik ajelah, Iman tidur di ruang tamu, lagipun Iman tinggal dengan kami semalam sahaja, esoknya dia akan tinggal di hostel, kan. 




Luas mata memandang biliknya. Pilihan warna amat mendamaikan pastinya menjanjikan tidur yang lena, hahahaha. Dalam bilik lengkap dengan almari, meja solek, seterika, penghawa dingin dan kipas siling. 




Ruang mandi berasingan dengan tandas dan sinki cuma tekanan airnya tak laju jadi mandi macam tak puaslah gitu. Tapi masih boleh dimaafkan. Air paip lain laju jer cuma shower jer tak berapa nak kuat semburannya.


Malam tu pergi makan Mee Rebus Ramli yang juga termasuk dalam wish list Pak Inche. Sk takkan nak tengok ajekan, walaupun masih kenyang lagi makan Nasi Vanggey tapi takutlah nanti teringat-ingat, hahaha.. dasar betul! Tapi, Iman tak makan, Sk tahu.. dia takut mengenangkan hari esok, kesian Iman. Dia order kentang goreng jer itupun tak habis.
Sedap tau Mee Rebus Ramli ni, siapa datang Ipoh, mesti cuba Mee Rebus Ramli ni, dia tak muak dan kuahnya taklah pekat likat.


Esoknya pagi-pagi lagi Sk dan Iman dah pergi sarapan. Disebabkan masih awal lagi, Pak Inche suruh kami pergi berdua aje, lagipun dia sejenis yang tak makan pagi-pagi kecuali sahur. Iman cuma makan koko crunch aje, Sk ambil American Breakfast.



Cuma Sk dan Iman sahaja bersarapan, satu manusia pun tak ada lagi masa ni, hahaha.. awal giler kot, baru pukul 7.15 pagi. Orang nak main golf pun belum sampai.


Iman ambil American Breakfast pulak, tapi tak habis makan, tak sedap katanya. Ialah, bila hati tak sedap, semua rasa tak sedap, kan. Sk ambil sikit Hor Fun (Cantonese Kuay Teow), bolehlah.. tapi udang mana udang? hahaha. Lepas sarapan, kami terus balik ke bilik dan tunggu kawan Iman gerak dulu sebelum kami bergerak ke Politeknik.



Lepas hantar Iman, kami balik semula ke RPGC, masuk ke bilik air, terkejut Sk tengok susun atur toiletries kami di tepi sinki. Phewwwwww.. Sk syak housekeeping ni mesti ada sedikit OCPD, hahaha. Terbaiklah. Sk bagi lima bintang!

Malam tu kami bercadang nak makan di Food Court Ipoh tapi entah kenapa pusing-pusing tak jumpa padahal dah selalu jer pergi. Akhirnya ambil keputusan makan di Dataran Bandaraya sahaja tapi sebaik sahaja kami buat pesanan, lampu di meja semua padam, jadi malas la nak ambil gambar sebab dah gunakan handphone buat torchlight, hahahaha.


Esoknya sarapan berdua sahaja dengan Pak Inche dan dah mula rasa kehilangan.
Tapi, habis jugaklah sepinggan nasi lemak berlaukkan sambal tumis udang yang masam, huhu.
Sambil makan sambal berborak pasal Iman (Pak Inche panggil Yaya). Apa Yaya buat, dah mandi ke belum, dah makan ke belum, okey ke tidak, nangis ke tidak. Sobs sobs sobs...





Disebabkan dah dekat pukul 10 pagi selepas sarapan tu, dapatlah Sk ambil gambar suasana persekitaran RPGC. Cantik sangat, teringat Pulai Springs yang dekat dengan rumah kami.


Di hadapan bangunan RPGC, Pokok Tulang Daing yang ditanam pada 20 Jun 1971 oleh YAB Tun Haji Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri (kedua) ketika lawatan rasmi pertama kali ke RPGC. Dah 48 tahun dah usia pokok ni.


Tinggi menjulang dan meneduhkan. Oh, ya.. bangunan kelab ini terpisah dengan bangunan apartment tapi dekat jer la, tak perlu bawa kereta. Di sini ada gym dan kolam renang serta aktiviti kelab yang lain. Lepas makan, rehat sekejap, kemas-kemas dan kami pun check-out.

Selamat Tinggal RPGC.

Kata Pak Inche, lepas ni kita cari rumah sewa kat Ipoh, senang kita datang terus duduk tak payah booking-booking.

Kahhhhhhhh!
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik tempat ni.
    Boleh masuk list bila singgah ipoh. Tapi harganya boleh tahan juga ye 😅

    ReplyDelete
  2. cantik kak.. amboi pak inche.. terus nak cari rumah kak ipoh ye.. mcm selalu sgt tu nak pegi ipoh nampak gayanya.. haha

    ReplyDelete
  3. Serius cantik la RPGC tu..nampak selesa sangat..SA kalau pergi mana- mana dan sewa hotel ke memang pentingkan keselesaan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!