KEMPEN PENJENAMAAN OK GROUP UNTUK PESAWAT AIRASIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Orang Kampung Corporation (M)  Sdn Bhd bekerjasama dengan AirAsia Berhad bagi Kempen Penjenamaan OK Group di atas Pesawat AirAsia A320


SENAI - Orang Kampung Corporation (M)  Sdn Bhd (OK Group)  baru-baru ini mngumumkan kerjasama kempen penjenamaan bersama AirAsia Berhad sebagai rakan media di atas pesawat A320 di Malaysia.


Kempen penjenamaan di atas pesawat AirAsia ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group,  En Habibul Ajmi Bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


Istimewanya penjenamaan di atas pesawat AirAsia A320 ini,  ia menampilkan logo Minuman Tenaga Longjack di samping imej Ikonik Orang Kampung. Dengan menggunakan tagline "The True Power", imej di atas pesawat kelihatan elegan dan energetik,  mencerminkan imej OK Group.  Minuman Tenaga Longjack dan Kacip Fatimah merupakan 100 peratus tulen,  keluaran Malaysia dan kini boleh didapati di semua pesawat AirAsia.


Pengarah Urusan OK Group,  Encik Habibul Ajmi berkata, "Dengan kejayaan penjenamaan pesawat ini,  OK Group melihat ini sebagai peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah memenangi anugerah World's Best Low Cost Airline sebagai strategi penjenamaan korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021.



Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih lagi peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategi pengiklanan jangkamasa panjang.  Tambahan pula, OK Group melihat peluang ini akan membuka lebih kebolehpasaran bagi produk OK,  sekaligus melonjakkan nama OK Group ke peringkat yang lebih tinggi.  Objektif penjenamaan ini adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenama OK,  domestik dan juga antarabangsa."



Untuk rekod,  OK Group telah menceburi bidang perniagaan kesihatan,  makanan dan minuman selama lebih 40 tahun.  Diasaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar Haniff,  OK Group bermula secara kecil-kecilan,  menghasilkan produk kesihatan tradisional untuk penduduk dan pasaran seluruh Melaka,  ia kini diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di Malaysia khasnya dan pasaran antarabangsa amnya. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Harapan sy supaya AA turunkan lgi harga tiket

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ni, dah penat travel, boleh minum ni untuk segarkan semula badan...

    ReplyDelete
  3. wowwww balut kapal terbangg..hahahahha

    ReplyDelete
  4. tes post

    https://www.hartacod.com merupakan situs poker online , judi poker online, agen poker online terpercaya di Indonesia yang ada di Indonesia pada saat ini.

    ReplyDelete
  5. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!