Assalamualaikum…
YEY! Tahniah Wacha Tea atas pembukaan café terbarunya di Taman Sutera Utama, Skudai, baru-baru ini. Jadi, peminat Wacha Tea di kawasan Skudai, lepas ni tak perlulah pergi jauh-jauh sebab dah ada yang dekat, hehehe.
Sk berkesempatan untuk join acara Grand Opening yang sungguh meriah ini. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menikmati gelas kedua Wacha Tea dengan harga RM1 sahaja di acara ini. Pelanggan juga dihiburkan oleh persembahan artis dan nyanyian dari pemilik Wacha Tea sendiri.
Inilah dia bos-bos besar yang memantapkan Wacha Tea. Dari kiri, Kenneth Toi, Sean Wong dan Ivan Teo. Kacak-kacak semuanya tapi nampaknya macam sudah berpunya, hahaha. Masing-masing bergaya dengan perisa minuman kegemaran masing-masing nampaknya tu.
Antara perisa yang hot di Wacha Tea. Seperti biasa, mesti ada perisa 'Brown Sugar Black Pearl Fresh Milk'. Saiz pearl di Wacha Tea ni agak comel dari biasa. Selain dari tu, kalua anda tidak sukakan pearl, Sk rekomen Strawberry Cheese Cake atau Oreo. Matcha Chocolate Fresh Milk pun sedap jugak tau.
Oreo! Yang ni favourite Iman. Iman dengan oreo memang sukar dipisahkan, dari kecik suka sangat oreo. Sk pulak bukan penggemar biskut lagi-lagi bila ia dijadikan minuman tapi bila sedut Oreo yang ni rasa wacha sangat, hahaha.
Pilihan SK, tentulah Strawberry Cheese Cake. Siapa yang nak bina badan macam Sk, memang herloklah minum ni, sedap namatey. Selain tu ada juga Matcha Cheese Cake, jadi jika anda peminat cheese cake bolehlah cuba salah satu dari flavour ini.
Brown Sugar Black Pearl Fresh Milk.
Comel sangat pearl dia tu. Rasa dia pun taklah manis menikam, sedang-sedang aje manisnya tu.
Kalau anda tak mahu gula dalam minuman, pun boleh request di kaunter masa memesan. Yang ni, tea without sugar, tapi sedap jer walaupun tak manis.
Puas minum wacha tea ni tambahan lagi dengan harganya yang sangat berpatutan dengan saiz gelasnya.
Sempena pembukaan, ada pulak game lumba minum Wacha Tea.
Tergamam tengok saiz tea yang kita kena minum tu, hahahahha.. mahu kembong perut ke depan lepas minum setangki tu.
Puaslah minummmm.. wachaaa!!
Wow! Terror kakak ni kan...
Pertandingan tembak pearl, hahaha.
Pemenang pertandingan tembak pearl.
Tahniah ya yang baju pink tu dapat nombor satu!
Kalau lapar boleh pesan croissant, sedap dan gebusssssssss.
minuman gini sedap tp manis..jadi abe kie minum sikit2 je..
ReplyDeletehahahahhaha tergelak aku baca entri kak seri ni...lawak lerrr Ain kena tembak pearl 🤣🤣🤣
ReplyDeletesuka strawberry cheesecake juga!! nanti nak try matcha cheesecake pulak!
numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*